BAB 5

Romance Series 2988

Uwais menanggalkan topi keledar nya lalu melangkah menuju ke teman-temannya, Iman dan Aiman .

“Sorry lambat, tadi lepas balik surau aku sakit perut tu yang lambat,” jelas Uwais kepada kedua kawan baiknya.

“Tak apa kita orang pun baru je sampai,” balas Iman.

“So Aiman, macam mana rasa memaut jawatan sebagai big bos?” soal Uwais kepada temannya.

“Tah la… rasa kekok sikit. Tapi macam nak bergaul dengan staff yang lain dorang macam formal sangat,” balas Aiman. Sudah seminggu dia memengang jawatan sebagai CEO Sky holding, menggantikan tempat ayahnya. Sebelum ini sudah kerap kali Aiman di pujuk untuk menggantikan tempat ayahnya. Tetapi Aiman berkeras untuk bekerja di bawah syarikat yang lain. Kerana dia ingin belajar dari bawah. Dan bulan lepas, kesihatan ayahnya semakin teruk, dan doktor menasihatkan ayahnya untuk berehat. Oleh itu ibunya memujuknya untuk mengambil alih syarikat suaminya.

“Formal macam mana tu?” tanya Iman.

“Nak cakap macam mananya. Erm… Kalau time luar waktu pejabat aku try la join dorang, tapi dorang layan aku sebagai seorang majikan bukan sebagai seorang kawan,” jelas Aiman.

“Dorang tak biasa lagi tu. Lama-lama nanti ok lah, kau teruskan buat dorang macam kawan. Lama-lama dorang tahu lah, kalau dekat luar tu kau sebagai kawan dan dalam waktu kerja kau sebagai majikan,” nasihat Uwais.

“Eh, korang ada kawan tak yang tengah cari kerja sebagai secetery? Aku nak pakai orang la,”
“Lah bos baru, secetery pun nak baru,” seloroh Iman.

“Ye lah Iman kau ni pun, dah tu tak akan lah nak pakai yang lama. Lagi pun yang lama tu dah ade yang punya tak boleh nak tackle,” usik Uwais.

“Bukan lah, mandai-mandai je korang ni. Secetery lama tu dah nak berhenti. Suami dia dapat kerja dekat Singapura so dia kena ikut sekali,” jelas Aiman.

“Ooo… Aku ingatkan nak yang single boleh buat jadi calon isteri. Nanti aku try tanya-tanya kawan-kawan aku,” balas Uwais.

“Kau ni kan tak ada benda lain nak fikir. Aku kalau nak kahwin aku tak akan tackle perempuan yang satu pejabat dengan aku lah dan lagi-lagi perempuan tu staff aku,” ujar Aiman. Sudah ditanam prinsip itu di dalam dirinya. Baginya kalau satu pejabat dan lagi-lagi staff sendiri nanti susah nak arah buat kerja, dah lah dirinya ini kalau bab-bab kerja amat lah strick, sambungnya “Kalau bergaduh nanti susah dibuatnya, lepas itu nak arah buat kerja pun susah nanti.”

“Kau jangan cakap, sekali buatnya kau jatuh cinta dengan staff sendiri baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Kau kena ingat dekat dunia ni bukan semuanya yang kita nak dapat, kadang-kadang benda yang kita tak mahu kan sangat lah yang akan kita dapat sampai tak boleh pandang kiri kanan untuk buat pilihan,” ujar Uwais lalu teh ais yang sudah sampai lima minit yang lepas di sedut sedikit menggunakan penyedut minuman. Matanya meleret ke Iman yang sibuk bermessage. ‘Sofea la tu,’ bisik hati kecil Uwais.

“Wei esok malam jangan lupa datang rumah aku. Abang aku ada buat makan-makan,”

“Makan-makan? Boleh aje, tapi kenapa tiba-tiba je buat makan-makan? Kenduri doa selamat ke?” soal Iman yang tadinya sibuk bermain dengan henfon. Iman ni kalau sebut sahaja tentang makanan memang dia lah orang pertama yang akan bersuara. Memang juara makan mamat ni!

“Tak lah. Hari jadi anak buah aku hari jumaat ni, jadi nak buat lah makan-makan tapi kita orang plan buat hari sabtu malam. Datang tau jangan tak datang, lagi-lagi kau Aiman, mesti datang. Wajib! Nanti tak ada lah penat aku nak melayan budak seekor tu,” mereka sudah sedia maklum Wan amat rapat dengan Aiman berbanding dirinya dan Iman. Macam mana tah dorang boleh jadi kamceng dia sendiri pun tak tahu, tapi kalau tidak silap Uwais ketika Aiman dan Iman datang beraya di rumahnya dua tahun lepas. Tapi tidak heran lah anak buahnya amat kamceng dengan Aiman berbanding pak su nya sendiri, Aiman memang suka kan budak-budak dan pandai melayan karenah budak-budak. Jangan harap kan si Iman tu budak menangis terus panic, tak kurang juga dengan dirinya. Hehehe…

*****

Dyaz yang baru menuruni anak tangga terus menuju ke dapur, terasa haus tekaknya minta dibasah dengan air sejuk. Lalu tangannya membuka peti sejuk, air kosong dibawa ke rak cawan untuk di tuang ke dalam gelas. Puan Sumayyah yang berada di situ melihat anaknya berpakaian cantik.

“Dyaz pakai baju cantik-cantik nak kemana?” soal Puan Sumayyah, sambil itu tangannya masih sibuk menyapu whipping cream ke atas kek yang sudah siap diibakar sepuluh minit yang lepas.

“Nak keluar sekejap dengan Ana. Nak beli hadiah untuk anak abang Saiful,” air yang tinggal suku itu diteguk sekali.

“Kaki tu baru je nak sembuh, dah nak keluar,” tegur Puan Sumayyah. Dyaz yang sudah selesai membasuh gelas yang di minum tadi menyussun kembali ke rak pinggan mangkuk. Kakinya melangkah perlahan ke meja bulat yang berada di dapur itu dimana umminya sedang meratakan whipping cream ke atas kek.

“Alah ummi bukan Dyaz yang drive, Ana. Lagi pun ummi, kaki Dyaz dah ok dah. Berjalan pun dah boleh ummi, cuma berlari je belum boleh lagi,” ujar dyaz sambil sengih lalu dia mencalit sedikit cream kek yang di berada didalam bekas pemutar kek lalu dimasukkan ke mulut. ‘Em… sedap nye.’ Bisik hati Dyaz. Puan Aziah tidak terkata apa, bila anaknya berkata begitu.

“Ni balik pukul berapa?”

“Tak pasti lagi, nak pergi malam karang pukul berapa?”

“Lepas solat maghrib kita pergi. Dyaz jangan balik lambat sangat ye.”

“Baik Puan!” lalu tabik hormat diberi.

*****

“Conferm kau nak beli buku ni?” soal Farhana.
Dyaz menganggukkan kepala nya menandakan. Ya!

“Alah kau ni, dari pada beli permainan baik beli buku. Dapat memupuk sikap membaca dalam diri budak-budak kau tahu.”

“Memang lah, tapi budak-budak mana lah minat membaca. Nanti rugi je kau beli dia tak baca. Lagi pun kau kena ingat tak semua orang sama macam kau suka membaca. Lagi-lagi budak kecik.” Farhana sudah mengagak bahawa Dyaz pasti akan membeli hadiah seperti selalu. Iaitu buku, itu lah hadiah yang akan diberi kepada sesiapa sahaja yang menerima hadiah dari Dyaz. Tidak terkecuali dirinya juga.

“Biar lah kalau dia tak baca sekarang aku percaya satu hari nanti dia baca juga,” balas Dyaz dengan yakin.

“Kalau kau dah cakap macam itu aku tak boleh cakap apa, terpulang lah pada kau,” ujar Farhana mengalah.

*****

“Dyaz, Ana bawa makanan tu ke dapur ye ummi nak ke tandas sekajap,” arah Puan sumayyah lalu Hafiz yang berada di dukungan nya di beri kepada suaminya. Farhana yang memegang kotak yang berisi paflova mengikut langkah Dyaz.
Dyaz yang melangkah masuk ke rumah berselisih dengan Uwais.

‘Ish mamat ni lagi, tak ada muka lain ke,’ getus hati Dyaz ‘Dah tu ini rumah dia memang la kau nampak muka dia. Dasar otak lembap kau Dyaz,’ balas suara hatinya.

Diberi jelingan maut kepada Uwais apabila mata mereka bertautan. Manakala Uwais pula mencebik bibirnya. Dyaz melangkah laju ke dapur, Farhana yang berada disitu bagai kan orang asing yang pelik melihat kelakuan mereka.
‘Dorang ni dah kenapa?’ soal Farhana pelik.

Sampai sahaja di dapur, “Eh Dyaz, bila kamu sampai? Mak lang tak dengar bunyi kereta pun,”

“Baru je lagi. Nah mak lang kek dengan paflova,” kek yang berada ditangannya diberi kepada mak ngah dan paflova yang berada di tangan Farhana pula diberi kepada seorang perempuan yang berada di sisi mak lang nya.

“Wah mesti sedap ni,” ujar Puan Azizah selaku mak langnya.

Dyaz menghulur tangannya kepada mak lang nya untuk di salam, kemudian kepada perempuan tu pula.

“Siapa ni Dyaz?” soal Puan Azizah kepada Dyaz apabila melihat seorang perempuan yang bersama Dyaz tidak pernah dilihat sebelum ini.

“Oh ini sepupu Dyaz, anak pak long. Nama dia Farhana”

“Anak buah Fii ke. Ha ni isteri abang Saiful, Izzati,” kenal Puan Azizah kepada anak buahnya dan Farhana, sambungnya lagi, “Ha itu kak Sakinah anak kedua mak lang,” Sakinah yang baru masuk ke perut dapur kelihatan blur apabila nama dia disebut.

“Kinah, ni anak mak su,” ujar Puan Azizah kepada Sakinah anaknya.

“Dyaz ye?” soal Sakinah sambil mengukir senyuman.

“Ye,” balas Dyaz lalu disalam sepasang tangan yang sedang sarat mengandung itu.

“Ini pula adik Dyaz?” soal Sakinah.

“Eh tak lah ini sepupu Dyaz. Anak buah papa,” kembang semangkuk bontot si Farhana apabila dirinya itu digelar ‘ADIK’ yang menunjukkan dia lebih muda dari Dyaz.

“Dah jom kita pergi makan. Kek tu bawa sekali, jangan lupa bawa pinggan dengan sudu sekali.” Arah Puan Azizah kepada anak-anaknya. Dyaz dan Farhana membantu membawa barang-barang yang di pesan oleh mak lang nya.
Sesudah sampai ke ruang kolam yang dijadikan tempat mengadakan ala-ala party gitu, Dyaz dan Farhana yang membawa pinggan dan sudu-sudu meletakkan di atas meja. Mata Dyaz melihat makanan yang ada di atas meja itu.
‘Laksa, ayam panggang, udang bakar, sotong bakar, sosej dan daging bakar!’ hati kecil Dyaz mula menjerit apabila melihat makanan. Glup! Telan air liur Dyaz . Farhana yang melihat Dyaz bagaikan dipukau, lalu dimenyiku lengan sepupunya. Dyaz yang baru tersedar dan kembali ke alam nyata memandang Farhana.

“Kawal kelakuan tu, buat malu kaum perempuan je kau ni. Macam tak pernah jumpa makanan.” Dyaz tersengih apabila ditegur sepupunya. Tiba-tiba bajunya ditarik seseorang.
“Kakak oleh ambik kan tuk ite tak cawan tu? Ite tak campai,” kata budak lelaki yang paras pinggang Dyaz. Lalu cawan yang berada ditengah-tengah, meja di ambil dan di berikan ke pada budak itu.

“Nah,” lalu di usap kepala budak lelaki itu.

‘Rasanya ini la Wan, comel.’ Bisik hati Dyaz.
Kek yang dibawa oleh Dyaz sudah tersusun di hadapan meja. Lalu Puan Azizah memanggil Wan untuk berdiri di hadapan kek untuk upacara meniup lilin dan sekali gus memotong kek. Semua ahli keluarga sudah berkumpul di meja makan. Nyanyian selamat hari jadi dinyanyi bersama, setelah itu Wan meniup lilin dan bersedia memegang pisau untuk memotong kek tersebut. Tetapi sebelum itu sempat lagi budak kecil itu berposing dengan kek yang hendak di potong itu. Budak-budak zaman sekarang bab-bab posing tak payah kita ajar, diri sendiri dah tau nak buat gaya apa.

Dyaz yang dari tadi hanya melihat aksi bergambar itu baru perasan akan dua orang lelaki yang tidak pernah di lihat. ‘Rasanya bukan ahli keluarga ni. Ah lantak la, tak ada kena mengena dengan aku pun.’ Tepukan gemuruh kedengaran apabila Wan memotong kek tersebut, sekali gus mematikan lamunan Dyaz.

“Dyaz, Farhana mari makan, apa duduk lagi dekat situ,” panggil Puan Azizah apabila melihat dua anak dara itu duduk di situ seperti orang asing. Mungkin sengan gamaknya. Sambung Puan Azizah lagi, “Iman, Aiman mari makan. Tak payah bakar lagi makanan itu, biar pak cik dengan along yang buat. Uwais bawa kawan kamu tu makan.” macam bertih jagung mulut Puan Azizah tidak berhenti bercakap.

‘Ooo… kawan dia rupanya,’

“Weh jom lah ambil makanan,” ajak Farhana, perutnya rasa lapar pula apabila melihat makanan-makanan yang terhidang di atas meja itu.

“Jom,” balas Dyaz lalu mereka serentak berdiri.
Farhana mengambil pinggan plastik lalu di isi dengan dua ketul kepak ayam, beberapa hiris daging dan sebatang sosej. Tiba giliran Dyaz pula untuk mengambil pinggan dan ketika itu sepasang tangan juga turut memegang pinggan yang sama. Matanya melihat tuan empunya badan. Mamat sengal! Dyaz menarik pinggan plastic itu tetapi pinggan itu masih lagi melekat pada tangan lelaki itu. Ditarik lagi, ingatkan lelaki itu akan lepaskan rupanya lelaki itu menarik balik pinggan tersebut. Sudah seperti bermain tarik tali pula. Dyaz berasa geram dengan sikap lelaki itu yang tidak mahu mengalah. Lalu dia menarik kasar pinggan itu.

Zarppp…

Terbelah dua pinggan tersebut sekali gus kedua-dua mereka jatuh ke belakang.

“Aduh!” ngeluh Dyaz dan Uwais serentak sambil memegang pinggang. Semua mata tertumpu ke arah mereka.

“Ya Allah kamu berdua ni dah kenapa?” soal Encik Zakri ayah Uwais. Farhana yang baru ingin melabuhkan punggungnya di kerusi lantas berdiri kembali dan berlalu pergi ke Dyaz.

“Berebut pinggan ke? Kan banyak lagi pinggan tu kenapa nak yang tu juga?” marah Puan Azizah yang datang mendekati mereka. Dilihat di tangan masing-masing mempunyai sebelah pinggan polisterin sahaja.

Iman dan Aiman yang sedang mengambil air seketika tadi hanya mampu ketawa melihat temannya tergolek hanya kerana berebut pinggan. Dyaz berasa sedikit berang tidak bercakap, hanya mengetap bibir dan memberi jelingan tajam. Encik Syafii yang sedang membantu abang ipar nya membakar makanan hanya menggelengkan kepala sahaja. Manakala Puan Sumayyah yang sedang bermain dengan Hafiz bersama sakinah dan Izzati tidak terkata apa. Puan Sumayyah sendiri tidak faham kenapa mereka sangat bermusuh. Dyaz kembali bangun dengan dibantu oleh sepupunya mengambil pinggan yang baru.

*****

“Banyaknya kau ambil makanan, boleh habis ke?” soal Farhana.

“Tak boleh pun aku boleh kan,” tutur Dyaz dalam keadaan marah. Mood marahnya itu masih belum reda lah tu. Tidak lama kemudian dua jejaka datang ke meja empat segi yang sedikit jauh dari meja yang terhidang dengan makanan itu.

“Boleh kita orang tumpang duduk sini? Dekat sana penuh.” tanya Aiman.

Dyaz hanya membisu, Farhana yang melihat Dyaz seperti endah tidak endah menjawab, “Duduk je lah,”

Lalu mereka berdua melabuhkan punggung ke kerusi putih. Kemudian datang pula Uwais dengan membawa kerusi yang diambil dari mana lalu mengambil tempat di sebelah Iman. Dyaz yang berada di kiri Iman menganjak sedikit ke kanan iaitu mendekatkan kerusinya dengan Farhana. Ini kerana Dyaz berada dikedudukan sebalah kiri Iman dan Uwais pula mengambil tempat di tengah-tengah antara mereka.
“Peh banyak nya kau makan. Ni kau makan ke, saka kau yang makan?” soal Uwais terkejut apabila melihat di pinggan Dyaz yang penuh dengan makanan. Mata Dyaz yang tadi khusyuk menatap makanan di kalih ke Uwais.

“Kau apa pasal? Suka hati aku lah nak makan banyak mana, yang kau sibuk apa pasal. Sekali pun aku bagi saka aku makan, bukan makanan ni yang aku bagi makan. Tapi kau tu yang aku jadi makanan saka aku,” berbau ugutan diberi kepada sepupu tirinya itu. Mulut langsung tidak ada insuran. Ingat lelaki je boleh makan banyak, perempuan pun boleh lah.

“Dah la korang ni asyik bergaduh je, penat aku tengok,” celah Iman apabila melihat Uwais ingan membuka mulut untuk membalas kata-kata pedas minah yang berada disisi Uwais.
Suasana kembali sepi, masing masing sibuk menjamah makanan.

“Awak siapa nama? Adik Dyaz ke?” soal Iman memecah kesunyian. Dyaz yang enak makan tersedak apabila sekali lagi orang menggelarkan Farhana yang sepupunya itu adik dia. ‘Hei aku lagi muda dari dia tahu tak!’ jerit Dyaz dalam hati.

“Uhuk, uhuk, uhuk…” tangannya menepuk-nepuk dada. Air dia tidak pula diambil memang pandai. Dah lah danging bakar itu dicicah dengan sos lada hitam. Berapi tekak hanya saka yang tahu. Ceh ni masuk saka tiba-tiba apa pasal pula. Ni semua berjangkit dengan si sengal.

“Ha! Itu saka kau marah la tu makan gelojoh sangat. Saka pun tahu makan perlahan-lahan,” api Uwais. Dyaz rasa nak je cekik-cekik mamat yang berada disebelahnya itu.

“Uhuk, uhuk…” belakang badannya ditepuk Farhana. Tiba-tiba sepasang tangan kecil menghulurkan air kepadanya. Lantas tanpa menunggu panjang terus di teguk air sirap sejuk itu dengan sekali tenguk. Air yang diteguk Dyaz sudah habis, lalu tangan yang memberi minuman itu tadi mengambil kembali cawan itu dan kembali dengan membawa air yang di isi.
Tekak Dyaz merasa sedikit lega.

“Kakak ok?” soal Wan. Dyaz menganggukkan kepalanya dan memberi senyuman sebagai tanda terima kasih. Lalu Wan melangkah ke Aiman dan duduk di riba teman pak su nya. Farhana yang melihat Dyaz kembali reda menyambung kembali makan.

“Saya sepupu Dyaz,” balas Farhana apbila teringat akan soalan yang ditanya sebentar tadi.

“O… duduk mana?” soal Iman ramah. Sememangnya Iman memang seorang yang peramah berbanding dengan Aiman yang pemalu lagi-lagi dengan perempuan. Itu sebab sampai sekarang tidak ada girlfriend.

“Duduk Perak,” balas Farhana.

“Oh, datang bercuti ke?”

“Lebih kurang macam itu la.”

“Lebih kurang?”

“Sebenarnya datang sini nak cari kerja,” jelas Farhana jujur.

“La baru lepas graduet ke?”

“Eh tak lah. Saya dah lama graduet. Sebelum ni saya kerja dekat Perak tapi sekarang nak cari kerja dekat sini.” Jelas Farhana.

“Kenapa ada masalah ke dekat tempat kerja dekat sana?”

“Tak ada, ok je kerja dekat sana. Cuma tukar sini nak senang jenguk mak ayah,”

“Cari kerja apa? Sebab Aiman ni tengah cari pekerja sebagai secetery,”

“Ouh, ye ke? Saya sebelum ni memang kerja secetery pun,” balas Farhana dengan teruja. Tak sia-sia datang sini.

Aiman yang tadi senyap kini bersura, “Ini kad saya, kalau nak boleh datang pejabat alamat dalam kad tu,” kad bertuka tangan. Laju sahaja Aiman mengeluarkan kadnya. Peluang jangan disia-sia kan. Bukan senang nak cari pekerja dalam masa yang singkat.

“Bila boleh saya datang?” soal Farhana.

“Kalau boleh secepat yang mungkin. Dalam isnin ni? Boleh? Ke awak ada hal nak kena uruskan dahulu di pejabat sana?”

“Boleh, boleh. Saya dah berhenti semalam dah. So segala urusan saya dah selesai sebelum datang kemari.” Aiman hanya mengganggukkan kepalanya lalu menyambung kembali melayan Wan. Dyaz hanya menjadi pendengar perbualan tersebut. Dyaz yang enak menjamu selera mengangkat mukanya dan melihat Wan tidak lepas dari memandangnya.

‘Budak ni dah kenapa pandang aku semacam je?’
Dyaz mengangkat punggungnya untuk pergi mengambil air. Wan yang sedang di suap oleh Aiman turut mengikut Dyaz. Sesudah sampai Dyaz menuang air ke dalam cawannya. Dilihat Wan berada disebelahnya.

“Nak air juga ke?” soal Dyaz lembut.

“A’ah,” balas Wan.

Ketika Dyaz menghulurkan air baru dia teringat akan hadiah yang di beli siang tadi.

“Wan, kakak ada sesuatu untuk Wan. Nak tak?” soal Dyaz

“Nak!”

“Jom ikut kakak,”

*****

Wan yang berada diatas ribanya dibawa turun. Rasa berat hatinya untuk meninggalkan Wan. Rasa senang dengan gelagat si kecil itu membuatkan dia merasa sayang.

“Nanti kakak atang cini agi tau,” tutur Wan.

“Insyaallah,” balas Dyaz lalu mencium pipi si kecil itu. Si kecil itu membalas dengan memberi ciuman ke pipi Dyaz.

“Kakak je Wan nak kiss, uncle tak nak?” soal Aiman seakan-akan merajuk. Lalu kaki sekecil itu melangkah menuju ke Aiman lalu dirangkul leher Aiman dan dicium pipi Aiman. Uwais yang jadi pemerhati terbit rasa cemburu dan iri hati.
‘Aku pun tak pernah kau cium, orang lain bukan main lagi kau bagi cium. Lagi-lagi si minah gedik tu. Menyampah aku,’

Aiman dan Iman yang ingin beredar mengingat kan Farhana, “Jangan lupa Isnin ni ye datang pejabat,”

“Ok, insyaallah.” Balas Farhana yang sedang menyarung kasut.
‘Semestinya aku akan datang. Tak akan nak menganggur lama-lama kut.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience