BAB 1 -PART1-

Romance Series 2988

Pagi yang sangat mendamaikan bagi uwais. Jam menunjuk kan pukul 6.30 pagi solat subuh sudah dilaksanakan, kebiasaannya selepas selesai melaksanakan solat subuh pasti dia akan melelapkan matanya semula tetapi tidak pula pada hari.

Uwais berjalan ke koridor dengan hanya memakai baju tidur yang berwarna kuning. Uwais kelihatan begitu comel dengan baju tidurnya yang bergambar spongebob squarepants iaitu kartun kegemarannya. Uwais mengeliat sambil menghirup udara segar. Setelah puas matanya di cuci dengan keindahan alam semula jadi lalu kakinya mula bergerak keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Dilihat sekujur tubuh tua sedang sibuk membancuh air.

“Ibu,” sergah uwais.

“Ya Allah Uwais ni kalau ibu ada sakit jantung dah lama ibu mengeras tahu tak,” marah Puan Azizah sambil mengurut dada. Uwais hanya tersenyum.

“Ala ibu senaman pagi untuk jantung,” balas uwais dengan nada gurauan.

“Awal adik bangun, mimpi apa bangun awal-awal ni?” walaupun umur uwais sudah menjangkau ke dua puluh lima tahun panggilan adik masih melekat pada dirinya, bak kata orang umur bukan penghalang bagi segala-galanya.

Uwais anak ke tiga dari tiga orang adik-beradik , senang cerita uwais ni anak bongsu.Uwais mempunyai seorang abang yang berumur dua puluh sembilan tahun dan seorang kakak yang berumur dua puluh tujuh tahun, jarak umur mereka bertiga hanyalah dua tahun sahaja. Selepas 2 tahun kelahiran kakaknya barulah muncul hero kedua keluarga Encik Zakri dan Puan Azizah iaitu ‘Muhammad saifullah uwais B. Muhammad saifuddin zakri’ .

“Sahaja, kenapa tak boleh ke?”

“Tak ada la ibu cuma pelik selalunya kamu tu lepas solat terus tidur, tunggu tengahari baru la nak bangun.”

Uwais hanya membalas dengan senyuman.

“Ibu tak masak lagi ke?”

“ Belum, dah tu baru pukul 6.50 pagi. Kenapa dah lapar? Bahan semua dah siap potong ini nak mula masak la ni.”

Uwais bergerak ke peti sejuk lalu diteguk susu dutch lady.

“Ni ibu ada nak cakap sikit ni .”

“Mmm , apa dia?”

“ Kamu dah ada ke?” tanya ibu sambil ligat tangannya memasak.

“ Dah ada apa?” kepala uwais mula memikirkan apa yang ibunya cuba maksudkan.

“Kawan.”

“ Mesti la ada. Apa la ibu ni, lepas itu iman, saiful tu siapa? Bukan kawan orang ke?” balas uwais kebingungan.

“Maksud ibu kawan perempuan yang special la,” eceh ibu dah pandai berbahasa english ni mesti tengok ‘Oh My English’ banyak sangat ni.
Uwais terdiam.

‘Dah mula dah.’ Uwais berbisik didalam hatinya sendiri.

“Kenapa?”

“Ibu tanya cuba jawab bukan bagi soalan balik,” suara Puan Azizah mula bernada tegas.

“Esok kawan adik nak datang.”

“Ibu tak tanya pun pasal kawan adik nak datang atau tidak, ibu cuma tanya adik ada kawan perempuan yang special ke tidak. Cuba jawab soalan yang ibu tanya sahaja.”

“Ye la itu la jawapan adik. Esok adik nak bawak dia jumpa ibu.”

Puan Azizah tergamam seketika.

“Kamu dah serius dengan dia?”

“Mmm,” jawab uwais sambil menganggukan kepala nya.

“Ibu kenal dia ?”
“Mmm tak pasti la tapi raya tahun lepas dia ada datang dengan kawan-kawan adik, nama dia Balqis.”

‘Bukan rezeki aku kut,’ bisik hati puan azizah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience