BAB 8

Romance Completed 9504

Tidak dibalas mesej tersebut. Dia beristighfar dan terus beristighfar. Air matanya mengalir. Terus dia bersujud. Meluahkan apa yang dirasanya kepada Allah. Wajarkah dia kecewa? Wajarkah dia menangis? Hanya Allah yang maha mengetahui. Jika benar dia cintakan Allah, maka dia harus reda dengan ketentuan Allah. Jika benar cinta yang hadir buat Muhammad itu kerana Allah, maka dia harus terima kenyataan itu juga. Cinta itu milik Allah kan?

Setelah terkejut dengan berita pernikahan Muhammad, dia dikejutkan pula dengan keputusan ayahnya.

“Ayah dengan mak dah bincang. Kami nak nikahkan kamu 27.3 ni. Kamu ada apa-apa bantahan?” Haryanti hanya mampu menggeleng. Jika tarikh sudah ditetapkan, tiada apa yang harus dibantahkan.

“Kami akan uruskan segala persiapan dan majlis kamu. Kamu hanya perlu pergi kursus kahwin je.”

“Orang dah pergi kursus kahwin dah masa kat UMT dulu.”Haryanti menahan rasa. Terasa ingin menangis tetapi ditahankan.

“Owh, baguslah kalau macam tu. Cuma mak nak tanya, Yanti ada apa-apa permintaan tak untuk majlis Yanti nanti?”Haryanti diam. Cuba berfikir.

“Orang tak nak bersanding, majlis bersanding tu mungkin mak boleh gantikan dengan ceramah agama.Tak perlu buat besar-besaran.” Hajah Hanita terdiam.

“Kalau itu yang kamu mahukan mak dengan ayah turutkan saja. Baju nikah kamu macam mana?”

“Kalau mak jahitkan jubah satin untuk orang bolehkan. Sekali dengan tudung. Kalau tak menyusahkan mak lah. Kalau mak rasa tak sempat, Yanti beli sendiri je.”Terharu Haji Borhan dan Hajah Hanita mendengarnya. Hajah Hanita hanya mengangguk. Bukan dia ingin memaksa anaknya bernikah dengan pilihan hatinya. Dia yakin lelaki pilihannya itu mampu untuk membahagiakan anaknya.

“Awak nak kahwin? Tiba-tiba je. Minggu depan pulak tu. Sampai hati ea, baru nak beritahu saya.”Diyana merajuk.

“Saya pun baru tahulah minggu lepas. Pilihan mak dan ayah saya. Saya tak mampu nak tolak lagipun saya rasa saya tak boleh menolak sebab masa mak dengan ayah bagi tahu, diorang siap bagi tarikh terus.”Haryanti tersenyum. Cuba menceriakan hatinya sendiri.

“Apa nama dia? Orang mana?”Berkerut dahi Haryanti mendengar soalan itu.

“Aahlah, saya sendiri tak tanya mak saya. Saya lupa.”Haryanti tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Awak tak kenal dia?Nama dia pun awak tak tahu? Boleh pulak terus setuju untuk kahwin. Awak ni biar betik?”Diyana memulakan celotehnya. Haryanti tersenyum. Sudah lama dia tidak mendengar celoteh sahabatnya itu. Dia jadi rindu.

“Awak nak saya jemputkan Muhammad ke?”Haryanti menggeleng.

“Tak perlulah, saya tak nak dia datang. Lagi pun masa tu mesti dia busy dengan majlis dia kan. Selang 2 hari dari majlis saya.” Diyana menganggukkan kepalanya. Dia menggenggam tangan sahabatnya. Dia tahu sahabatnya itu walaupun nampak ceria di luar tetapi di hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Di luar sudah kedengaran suara riuh dari sanak saudaranya. Seketika nanti dia akan dinikahkan. Diyana di sebelahnya membelek hantaran yang disediakan oleh emak dan ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience