BAB 10

Romance Completed 9504

“Penat ke?”Haryanti menghulur air mineral kepada suaminya. Muhammad tersenyum. Sungguh dia bahagia saat ini.

“Penat jugaklah, dulu orang kahwin kita buli dia, ni kita kahwin dia pulak buli kita.”Haryanti tersenyum mendengar kata-kata suaminya. Mereka baru selesai membasuh dua periuk besar yang ditinggalkan untuk mereka.

“Biasalah tu, bila lagi nak rasa basuh periuk besar-besar tu kan.”
“Awak memang tahu dari awal ke mak dan ayah nak nikahkan kita?”Haryanti menggeleng. Muhammad menggenggam jemarinya.

“Saya baru tahu 2 minggu lepas. Lepas dapat jemputan dari awak. Tapi mak dengan ayah tak bagi tahu pun saya akan nikah dengan awak. Saya pun tak tanya diorang. Awak pulak?”Haryanti memandang wajah suaminya. Dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Mak dengan abah bagi tahu saya tiga bulan lepas. Tapi saya letak syarat. Saya tak nak tahu siapa bakal isteri saya.”Haryanti mengangguk. Kuasa Allah dan perancangan Allah tiada siapa yang tahu.

“Awak, Diyana tu dah berpunya ke?”Berkerut dahi Haryanti. Dia menggeleng.

“Tak ada. Tak pernah pula dengar dia cerita fasal buah hati dia pada saya. Kenapa? Berminat ke?”Muhammad tersenyum mendengar kata-kata isterinya.

“Tak adalah. Saya dah ada awak.Cemburu ke? Saya nak carikan untuk Arif. Pada saya Diyana sesuai dengan Arif.”Muhammad memperkemaskan genggaman tangan mereka. Mana mungkin dia menduakan isterinya. Bapa mertuanya pun telah meletakkan syarat taklik sebelum akad nikah tadi.

“Owh, rasanya Yana tak ada pilihan lagi. Arif setuju ke?”Muhammad mengangguk.

“Dia pernah tanya saya dulu. Katanya nak terus jumpa mak ayah Diyana kalau Diyana belum berpunya. Sama-samalah kita doakan untuk diorang. Tak kan kita nak biarkan mereka membujang.”Muhammad meletakkan tangannya di bahu isterinya. Merenung bulan yang mengambang penuh sepenuh rasa syukur mereka kepada Allah atas nikmat yang tak terhingga itu.

Mereka berharap ikatan ini terus kekal hingga ke syurga Allah dan agar cinta yang mekar di hati mereka terus kekal di dalam reda dan cinta Allah. Mereka berkongsi cita-cita yang sama. Cita-cita yang ada dalam diri setiap mukmin. Meraih cinta dan reda Allah. Itulah cita-cita mereka. Semuanya kerana Allah.

Kusemaikan kata2 cinta
Dr hati yg terlukis nama
Dlm sukma dlm jiwa
Ku ikhlaskan takdirku didunia

Jika kau restukan ku dengannya
Tak ada cinta yg mampu berpisah
Saat ini hingga mati
Kuingin tuk cinta yg abadi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience