BAB 9

Romance Completed 9504

“Pengantin lelaki dah sampai.”Hajah Hanita nampak gembira hari ini. Haryanti berdebar. Diyana meluru keluar untuk melihat pengantin lelaki. Sementara dia tetap di dalam duduknya di atas katilnya yang sudah siap dihias itu. Diyana kembali ke dalam bilik menunjukkan ibu jarinya tanda bagus dari pintu bilik dan berlalu pergi meninggalkan dia keseorangan. Haryanti hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah sahabatnya itu.

‘Kata nak jadi pengapit, ada ke patut tinggalkan aku sorang-sorang.’Haryanti menggumam sendiri.

Terkejut dia apabila mendengar tok imam menjerit ‘Sah’ dari ruang tamu. Akhirnya dia sah menjadi isteri orang. Tidak tahu apa yang harus dirasakan. Gembira atau sedih. Dia hanya menunggu di dalam bilik. Menunggu suami yang baru sahaja dinikahinya datang ke bilik dan menyarungkan cincin dijarinya.

“Pengantin lelaki nak masuk.” Hati Haryanti berdebar mendengar suara alongnya itu. Dia memandang alongnya. Alongnya menghadiahkan senyuman buat dirinya. Dia menundukkan pandangannya.

“Assalamualaikum.” Seseorang memberi salam di pintu biliknya. Sudah pasti itu adalah suaminya. Dia menjawab perlahan, masih menundukkan wajahnya. Suasana menjadi sunyi seketika. Dia mengangkat wajahnya. Suaminya sedang sujud. Dia menjadi bingung melihat situasi itu. Dilihat emaknya dan Diyana mengalirkan air mata. Arif juga ada di situ. Semasa suaminya bangun dari sujud dan membaca doa, dia terus terpana melihat lelaki di hadapannya. Air matanya menitis. Dia terus bangun dan sujud kepada Allah mengucapkan rasa syukur kepada Allah.
Apabila bangun dari sujud. Melihat suaminya yang sedang menanti dirinya.

“Assalamualaikum makmumku.” Tersentuh hatinya mendengar ucapan itu.
“Waalaikumussalam.” Jawab Haryanti, lambat.Haryanti terus memandang Diyana. Masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Diyana menganggukkan kepalanya.

“Muhammad.” Muhammad mengangguk. Ya di hadapannya kini adalah Muhammad. Muhammad bin Abdul Karim,suaminya. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur. Muhammad menyarungkan cincin di jarinya.

“Terima kasih sebab sudi terima saya.”Haryanti menggeleng mendengar kata-kata Muhammad.

“Jangan berterima kasih pada saya. Tapi berterima kasih pada Allah, sebab sudi terima doa kita.”Dia mencium tangan suaminya. Muhammad menggenggam erat tangan isterinya. Dia juga tidak percaya semasa imam menyebut nama isterinya sebelum akad nikah tadi. Dia benar-benar bersyukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience