BAB 2

Romance Completed 9504

“Bila lah kita nak kahwin kan.” Terangkat kening Haryanti mendengar keluhan sahabatnya itu.

“Dah gatal dah?”Diyana tersenyum.

“Bukan gatal tapi jealous.” Haryanti buat muka bingung. Tidak mengerti apa yang sahabatnya katakan.

“Jealous sebab apa?”

“Yelah jealous. Jealous sebab kawan-kawan kita ramai yang dah kahwin. Kita je tak lagi. Awak lainlah. Dah ramai merisik tapi awak je yang tak nak. Kalau saya jadi awak…” kata-kata Diyana terhenti di situ.

“Kita kan baru 23 tahun. Baru setahun kerja Na. Diorang tu lainlah ada simpanan masing-masing, keluarga diorang mampu. Kita kan nak sambung Master.”Sejak mereka bergelar graduan Diyana selalu membangkitkan isu kahwin. Naik pening kepala nak melayan.

“Lepas kahwin kan boleh sambung belajar.”

“Memanglah, tapi berat tanggungjawab nanti. Belajar lagi,nak uruskan rumah tangga lagi. Awak ingat senang. Kalau ada anak nanti lagi berat tau. Allah lebih tahu awak mampu atau tak. Mungkin sebab tu Allah lambatkan jodoh awak. Kalau betul awak nak kahwin, awak kenalah sediakan diri awak. Kalau kehidupan sekarang pun awak tak mampu nak handle inikan pula masa kahwin nanti.”Ternganga mulut Diyana mendengar kata-kata sahabatnya itu. Ada betulnya kata Haryanti. Masak pun dia tak reti. Tak kanlah nak makan kat luar hari-hari. Alamat bankraplah dia nanti. Bukan setakat bankrap, suami pun lari nanti.

“Aahkan , awak dengan Muhammad macam mana?”Diyana sengaja mengubah topik. Dia sengaja membuka lagu Muhasabah Cinta dari Edcoustic. Haryanti selalu dengar lagu tu sejak dia berpisah dengan Muhammad.

“Ntah, dah lama tak contact dia.”
“Lama mana?”

“Erm, dalam 3 tahun. Kot.”Diyana tidak bertanya lagi. Membiarkan Haryanti yang seakan melayan perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience