BAB 6

Romance Completed 9504

“Mak dengan abah dah jodohkan aku dengan pilihan mereka. Hujung bulan 3 nanti kami bernikah. Jemputlah datang. Kau orang pertama aku jemput.”Muhammad cuba ceriakan suaranya. Arif tergamam. Tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Patutlah Muhammad seakan tidak ceria setelah pulang dari kampung.

“Kau ok?” Muhammad mengangguk. Ya. Dia harus ok. Dia percaya Allah itu lebih mengetahui apa yang lebih baik buat dirinya.

“Awak dah nekad ke?”Haryanti tersenyum. Menyambung Master adalah cita-citanya. Kalau ada rezeki , selepas Master dia ingin menyambung PhD pula.

“In Shaa Allah. Saya bersyukur sangat. Alhamdulillah, Allah izinkan saya sambung pelajaran. Awak tu, tak nak join saya ke?” Diyana memuncungkan bibirnya sambil menggelengkan kepalanya.

“Saya rasa rancangan saya dah berubah kot. Saya nak kerja dulu dalam 5 tahun, pastu saya nak ambil Master untuk jadi certificate accountant.”Haryanti kagum dengan perancangan Diyana.

“Alhamdulillah, saya ingat awak nak terus kahwin tadi.” Haryanti tergelak. Diyana membulatkan matanya.

“Itu pun dalam perancangan saya.”Diyana tersenyum. Berat hatinya ingin melepaskan Haryanti.

“Saya tak ada nanti jaga diri baik-baik. Jangan menggatal.”

“Ye saya tahu, awak pun. Jaga diri, awak tu bakal jadi suri orang. Erm, awak tak buat keputusan ni sebab Muhammad kan? Arif macam mana?”Akhirnya terluah juga apa yang ingin dia katakan.

“Bukanlah,kenapa pula dengan dia?Saya memang nak sambung belajar kan sebelum ni. Zakiah akan pantau Arif nanti. So, don’t worry.”Haryanti menggenggam tangan Diyana.

“Awak, jangan lupa saya tau. Saya tak ada nak teman awak dah.” Air mata Haryanti mengalir mendengar kata-kata Diyana.

“Awak ni, tak payah lah buat ayat sedih-sedih. Saya sambung belajar kat Nilai je. Setiap hujung minggu boleh turun Melaka tau.”

“Janji?”

“In Shaa Allah. Tu pun kalau saya tak busy lah.”Haryanti memeluk Diyana. Diyana menghamburkan tangisnya. Sudah bertahun dia bersama Haryanti. Berat hati untuk berpisah dengan Haryanti. Sahabat baik yang Allah kurniakan padanya. Sahabat susah senangnya. Sahabat saat tawa dan tangisnya. Selama dia menjalinkan persahabatan dengan Haryanti selama itulah dia merasakan keikhlasan dalam bersahabat kerana Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience