BAB 7

Romance Completed 9504

“Kau still nak teruskan pernikahan kau?” Arif memecah kesunyian. Muhammad mengangguk.

“Yanti macam mana?”Muhammad tersenyum hambar. Setelah sebulan mereka praktikal di syarikat itu, Haryanti memberitahunya yang dia akan melanjutkan pelajarannya. Apabila diceritakan pada Muhammad, riak Muhammad tampak biasa. Masuk hari ni dah 2 bulan Haryanti melanjutkan pelajarannya.

“If I love somebody, should I have the person that have my love?Should I?”Arif menepuk bahu sahabatnya itu. Faham akan apa yang dimaksudkan oleh Muhammad. Cinta itu milik Allah. Allah memberi dan Allah juga boleh menariknya. Dia tahu, memperoleh cinta Allah itu adalah cita-cita seorang muslim. Begitu juga Muhammad dan begitu juga dirinya. Dan untuk mendapat keredaan Allah, cinta Allah. Dia ketepikan perasaannya. Itulah yang seorang mukmin harus lakukan dalam mencari reda dan cinta Illahi. Meletakkan Allah pada tempat yang teratas. Itulah yang dikatakan adil pada perasaan sendiri.

“Haryanti tahu kau nak bernikah bulan depan?”

“Aku dah minta Diyana sampaikan. Dia kata Yanti tengah busy sekarang.”Arif hanya mengangguk. Istikharah Cinta dari Sigma sedang berkumandang di radio IKIM.fm. Arif memandang Muhammad. Muhammad suka lagu itu. Dia hanya mampu untuk mendoakan agar Muhammad bahagia dengan pilihan abah dan emaknya. Semoga Allah memudahkan urusannya.

Haryanti berteleku di atas tikar sejadahnya. Dia baru sahaja menunaikan tahajudnya. Teringat dia akan berita yang disampaikan Diyana petang tadi melalui pesanan ringkas.

Muhammad nak kahwin hujung bulan depan ,29.3.2015. Dia minta saya tolong jemputkan awak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience