BAB 4

Romance Completed 9504

“Mak dengan abah dah berbincang dan kami bersetuju untuk nikahkan kau hujung bulan 3, tahun depan.” Tersentak Muhammad mendengar kata-kata emaknya itu. Bulan 3? Sekarang bulan 12. Maknanya dia hanya ada masa dalam 3 bulan sahaja untuk menamatkan zaman bujangnya.

“Abang kerja pun tak lagi mak. Baru nak praktikal.”Muhammad mencari akal untuk menolak permintaan emak dan abahnya.

“Itu kamu tak perlu risau, mak dan abah dah jumpa pihak perempuan. Diorang tak kisah cuma minta kamu izinkan bakal isteri kamu tu sambung belajar. Itu saja. Fasal kenduri pun kamu tak perlu risau. Mak dan abah akan uruskan untuk kamu.”Muhammad kehilangan kata-kata mendengar kata-kata emaknya itu. Emaknya meletakkan sampul surat di hadapannya.

“Ini gambar bakal isteri kamu, nombor telefonnya pun ada dalam tu. Kamu tengoklah.” Melihat wajah muram Muhammad,Hajah Thuaibah tahu anaknya itu masih belum menerima hakikat. Tapi dia tekad untuk satukan anaknya dengan anak sahabatnya.

“Kalau macam tu, abang letak satu syarat. Abang tak nak bertunang. Abang nak terus bernikah. Abang tak nak tahu nama dan rupa dia sampailah kami di akad nikah. Bolehkan?”Haji Abdul Karim terkejut dengan permintaan anaknya. Sangkanya anaknya akan menolak. Tidak disangka semudah itu anaknya menerima. Muhammad satu-satunya anak lelakinya.Dia tahu anaknya itu seorang anak yang baik. Tidak pernah melawan dia dan isterinya. Sungguh dia bertuah mendapat anak sesoleh ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience