BAB 5

Romance Completed 9504

“Yan, Tuan Mujahid nak jumpa.” Masuk sahaja di dalam pejabat dia disapa Zakiah, teman sepejabat dan teman baiknya semasa dia UPM Kedah.

“Terima kasih, Za.” Haryanti memberikan senyuman buat sahabatnya itu sebelum berlalu ke bilik pengurusnya.

“Assalamualaikum Tuan, Tuan panggil saya?”

“Waalaikumussalam. Duduk Haryanti. Ni saya nak kenalkan awak dengan pelajar praktikal dari USIM. Muhammad Arif bin Fadzil.”Arif menghadiahkan senyuman pada Haryanti dan Haryanti membalasnya.
“Mulai hari ini dan sepanjang awak berada di sini, Haryanti akan pantau kerja-kerja awak. Kalau ada apa-apa masalah awak boleh minta tolong dari Haryanti. Faham?” Arif mengangguk.

“Terima kasih Tuan.”

“Haryanti, awak boleh kenalkan dia pada staf yang lain. Saya serahkan pada awak.”giliran Haryanti mengangguk.

“Baik Tuan. Silakan Arif.” Dia dan Arif berlalu keluar daripada pejabat dan memperkenalkan Arif pada staf-staf syarikat itu.

“Ini tempat awak dan kat sana tu tempat saya. Kalau ada apa-apa awak boleh cari saya kat situ. Saya rasa Tuan Mujahid dah terangkan pada awak skop kerja awak sepanjang awak praktikal di sini kan. Jadi saya rasa awak dah boleh buat apa yang patut awak buat. Kalau ada masalah, just let me know.” Arif mengangguk, Haryanti berlalu ke tempatnya.
Arif menghantar Haryanti dengan ekor matanya. Seakan dia kenal ketuanya itu, tapi di mana ya.

“Awak tahu tak, Tuan Herman letak budak praktikal kat bawah saya.”Diyana meluahkan rasa tidak puas hatinya semasa mereka menikmati makan tengah hari mereka.

“Same here.”Haryanti membalasnya. Pendek.

“Perempuan ke lelaki?”

“Lelaki.”

“Samalah kita. Tapi nama budak tu familiar lah. Saya rasa macam saya pernah dengar nama dia sebelum ni.” Berkerut dahi Haryanti mendengar kata-kata Diyana.

“Ha, tu lah budak tu.” Haryanti tidak terus menoleh. Dia sempat menghirup airnya sebelum memandang pemuda yang dikatakan oleh Diyana itu. Terkejut dia melihat Muhammad di situ. Muhammad juga sedang menoleh ke arahnya. Haryanti melarikan matanya. Hatinya terus beristighfar.

“Tulah ketua aku. Comel kan dia. Aku tak boleh bayangkan ketua aku secomel itu.” Arif tergelak. Sengaja ingin menguji Muhammad. Dia rasa tekaannya betul. Muhammad tergamam melihat Haryanti. Jantungnya berdegup laju. Dia beristighfar. Haryanti bersama ketuanya dan itu bermakna ketuanya itu adalah kawan Haryanti.

“Itu Yanti kan?”Tekaannya mengena.Arif seolah-olah perasan akan perubahan riak wajah Muhammad. Muhammad mengangguk perlahan.

“Ini maknanya jodoh.” Arif sengaja menyakat sahabatnya. Untuk menceriakan keadaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience