BAYANG

Horror & Thriller Series 547

(Di rumah panjang)

"Kita solat semua ya. Allahuakhbar!" Tok batin menjadi imam untuk solat asar pada petang itu. Kesemua pelajar plkn solat berjemaah dengan aman.

Aduka, Suffian, Azman dan Raja berada di bahagian saf hadapan bersama cikgu Ikram. Kelibat Hariz dan Harun tidak kelihatan. Solat Aduka kurang kusyuk selepas menyedari ketiadaan Hariz disisinya. Perasaannya gundah gulana.

Setelah selesai solat, Aduka segera turun ke tanah dan mula mencari kawan baiknya itu. Dia melalui kawasan tempat dia menyumpit sebentar tadi. Tiba-tiba, satu anak sumpit terkena pokok dihadapannya. Berdiri Hariz dengan penyumpit di tangan. Matanya yang merah terbuntang menakutkan Aduka.

"Hariz, kenapa ni? Apa yang kau nak buat dengan benda tu? Bahayalah." Tegur Aduka cuba berlagak berani sambil merapati Hariz yang masih berdiri tidak berganjak.

Serta merta Hariz menerkam kearah Aduka dan kedua-dua jatuh ketanah dengan Hariz di atas Aduka.

"Kau.. kau.." Hariz cuba bertutur. Tangannya masih mencengkam leher Aduka.

"Hariz... sedarlah... tolong.. bangun..." Aduka sedaya upaya menolak badan Hariz yang dirasakan teramat berat bagi remaja berusia 18 tahun.

Cengkaman semakin kuat menyebabkan pernafasan Aduka tersekat. Wajah Hariz bertukar perlahan-lahan. Wajah yang berlainan dan amat dikenali oleh Aduka.

"He! He! Mesti kau tak sangka yang Hariz adalah aku kan! Ha! Ha! Sekarang dendam aku akan terbalas. Aku akan dapat apa yang aku nak dengan hapuskan kau! Pakcik tu akan bagi segala harta dan kebolehannya pada aku jika aku dapat hapuskan kau! Tak sangka kau akan masuk perangkap aku Aduka! Hariz begitu penting bagi kau bukan?" Harun mengilai seperti orang gila dan bercakap seperti kurang siuman.

Aduka mesti melepaskan diri dari cengkaman Harun tetapi bagaimana? Bunga melati! Hanya Allah dan neneknya sahaja yang dapat menyelamatkannya dan kembalikan Harun seperti sediakala.

"Ya Allah... tolonglah sedarkan semula Harun... Nek... nek bunga..." bisik hati Aduka sambil memejam mata.

Dirasai kehadiran seseorang tidak jauh dari mereka. Satu ngauman dari atas bukit mengejutkan kedua-duanya. Bau hamis dan hanyir menyelubungi keadaan sekeliling. Harun bangun dengan wajah pucat. Dia berlari meninggalkan Aduka yang masih terbaring.

Dia yang terbatuk-batuk cuba menarik nafas sedalamnya. Ketika duduk di situ, muncul seekor harimau yang besar dari dalam semak. Harimau itu menyeringai dengan menunjukkan taringnya yang tajam. Air liurnya menitik ke bumi.

"Inikah yang dimaksudkan takdir kematian untuk aku? Adakah aku akan mati disini walau aku cuba untuk elakkannya?" Luah Aduka perlahan sambil mengundur kebelakang sampailah ke sebatang pokok.

Harimau itu mencium bau di badan Aduka dan mengelilinginya. Aduka mendiamkan diri dengan mata tertutup. Satu suara kedengaran di cuping telinganya.

"Ikut aku jika kau mahu kawan kau selamat." Kata-kata itu dapat didengar oleh Aduka dengan jelas.

Perasaan takut hilang serta merta. Harimau belang itu melangkah memasuki semak samun. Aduka mengikutinya dari belakang.

(Di rumah panjang)

"Hei! Aduka mana? Kata nak pergi tandas. Dah lama ni." Tanya Suffian yang sedang menanti bersama-sama kawan-kawan yang lain.

"Hei korang! Perasan tak Harun diam je dari tadi? Kau tengok tu! Kat sana tu! Dia asyik duduk termenung je. Aku rasa dia ada masalah ni. Cuma malu nak sebut. Apa kata kau cakap dengan dia?" Arah Raja. Harun yang masih duduk di tepi bukit hanya merenung jauh.

"Biar aku yang pergi." Azman bangun dan berjalan kearah Harun. Dia menepuk bahu Harun perlahan. Harun memandang dan tersenyum.

"Kau kenapa Harun? Aku tahulah aku ada buat silap dengan kau. Tapi janganlah diam macam ni. Kita orang risaulah. Jomlah borak dengan kita orang. Bukannya kita orang nak pulaukan kau. Jomlah." Ajak Azman selembutnya.

Harun masih tersenyum dan tersenyum. Azman merasa hairan dengan sikap Harun yang berada di hadapannya sekarang.

"Oit! Kau faham tak apa yang aku cakap ni?" Tanya Azman lagi. Harun mulai ketawa perlahan hinggalah mengilai.

         Seorang lagi Harun berlari keluar dari semak di belakang Suffian dan Raja. Kedua-dua mereka terperanjat.

"Kejap! Itu Harun kan? Tapi.... itu pun Harun? Ah! Sudah!" Suffian mula gugup.

Raja melihat ke arah Azman yang masih berada di samping Harun pertama. Manakala Suffian memandang kearah Harun yang kedua. Kesemua mata bertemu dan kedua-dua Harun ketawa besar.

"Azman!! Lari man!" Jerit Raja kuat. kebanyakan penduduk di situ terkejut mendengar jeritan dari Raja.

Mereka juga dapat melihat Harun dan kelibatnya sebelum salah seorang dari mereka hilang. Harun yang kedua ditangkap oleh salah seorang anak buah tok batin. Harun meronta-ronta untuk melepaskan diri.

"Tok! Ada benda datang tok! Budak ni dah kena rasuk!" Anak buah tok batin memanggil tok batin yang sedang leka berbual dengan cikgu Ikram.

"Kena rasuk? Takkanlah kot." Cikgu Ikram mula gusar dan berlari mendapatkan mereka. Harun masih dipegang. Raja, Azman dan Suffian berada agak jauh dari Harun.

"Cikgu! Tadi kami nampak ada dua Harun. Lepas tu Harun yang ada kat sana jadi benda hitam. Lepas tu hilang. Kami tak tahu apa yang jadi sebenarnya." Cerita Raja tanpa disuruh.

"Bawa Harun ke rumah panjang. Siang-siang macam ni pun berani benda tu keluar. Saja nak mengacau anak-anak adam ya."arah Tok batin tegas.

Mereka membawa Harun ke rumah panjang sambil ditemani oleh penduduk lain. Mereka masih tidak menyedari kehilangan Aduka dan Hariz.

(Di dalam hutan berdekatan bukit)

           Aduka masih mengikut jejak harimau belang itu. Hatinya redha dan tawakal jika perkara buruk terjadi selepas ini. Harimau itu berhenti di salah satu pokok yang rendang. Kelihatan Hariz tersandar keseorangan dengan mata yang tertutup. Bajunya dikotori lumpur. Darah yang telah kering dilihat di dahi yang terluka.

"Hariz! Hariz!" Aduka berlari sekuat hati untuk mendapatkan Hariz yang disangkakan tak bernyawa. Digoncangnya badan Hariz sambil memanggil namanya.

"Aduka.... kenapa ni? Aku nak tidurlah... penat..." sahut Hariz mamai.

"Hoi! Bangunlah! Kau sedar tak kau kat mana ni? Macammana kau boleh ada kat sini? Kau okay tak?" Tanya Aduka bimbang. Hariz membuka mata dan melihat keadaan sekeliling.

"Aku kat mana ni? Kau buat apa kat sini?" Hariz menguap dan menggosok matanya. Seolah2 baru sahaja bangun dari tidur. Aduka menarik nafas lega.

"Ada benda jadi. Kau hilang. Jadi aku datang sini cari kau. Jom balik." Aduka memapah Hariz keluar dari hutan itu.

Harimau belang tadi hilang dari pandangan. Mereka berdua berbual kosong. Hariz seakan-akan lupa apa yang terjadi pada dirinya. Aduka pula cuba mengelak dari menjawab soalan dari Hariz sebelum memastikan mereka selamat keluar.

"Aduka? Hariz? Oi korang!" Jerit Azman yang melilau seorang diri di kawasan itu. Azman menolong Aduka membawa Hariz kerumah panjang yang sibuk dengan penduduk dan pelajar lain.

"Cikgu! Hariz cedera!" Terang Azman ringkas.

"Seorang lagi." Cikgu Ikram mula pening dengan situasi yang berlaku.

Harun yang masih meracau cuba dipulihkan semangatnya oleh tok batin manakala Hariz dirawat secara tradisional oleh penduduk lain. Aduka duduk ditepi Hariz. Hariz yang masih mamai hanya membiarkan dirinya dirawat. Fikirannya seperti masih berada di kem mereka.

"Macammana boleh ada dua Harun? Dan macammana Hariz boleh dijumpai di dalam hutan? Kalau Hariz dah lama berada dalam hutan tu, Hariz yang kita jumpa tadi siapa?" Azman bermonolog sendiri. "Dan bagaimana Aduka boleh tahu dimana Hariz berada? Aku kena cari jawapannya." Azman mula musykil atas apa yang terjadi dalam masa yang singkat itu.

            Azan berkumandang. Sepatutnya mereka perlu balik ke kem sebelum maghrib tetapi oleh kerana masalah belum selesai, tok batin menyarankan merek bermalam di situ untuk semalaman kerana bahaya untuk turun ke bukit pada waktu malam.

          Mereka bersedia untuk solat maghrib berjemaah dan membaca yasin beramai2 seusai solat. Semoga mereka dilindungi oleh Allah S.W.T ketika berada disitu.

(Di dalam dewan lama)
(Pukul 9 malam)

"Tempat ni dah lama tak digunakan. Hanya dibuka bila perlu sahaja. Di rumah panjang tak dapat tampung kesemua pelajar. Jadi disini sahajalah tempat yang sesuai." Tok batin mengemas sedikit dewan orang ramai yang telah lama ditinggalkan.

Disebabkan kesemua pelajar kem tidur di kampung itu, dewan orang ramai itu sahaja tempat yang ada untuk semua pelajar kem.

"Tak apa tok. Dewan ni pun dah cukup baik untuk kami. Maafkan kami tok sebab susahkan tok dan orang kampung. Pasal Harun dan Hariz tu, kami serahkan pada tok untuk rawat mereka. Aduka dan Azman! Saya nak awak berdua teman kawan awak kat sana. Kalau ada apa-apa terus bagitahu saya. Faham?" Terang Cikgu Ikram panjang lebar.

"Baik cikgu!" Aduka dan Azman mengikut tok batin ke rumah panjang.

Keadaan sekeliling yang gelap dan suram membuatkan hati mereka berdebar2. Hanya lampu jalan yang menjadi teman mereka untuk melihat.

"Apa yang terjadi ada hikmahnya. Dan ada sebabnya. Jadi tok harap korang berdua tetapkan iman ya. Orang lelaki ni kena kuat." Nasihat tok batin sambil tersenyum.

"Em.... tok.. saya nak tanya sikit boleh? Kat sini... memang ada harimau ke?" Pertanyaan Aduka membuatkan tok batin berkerut.

"Hoi! Selamba je kau tanya soalan tu! Jangan cabul cakap tu boleh tak? Harimaulah apalah. Aku bagi backhand kang." Marah Azman. Dia berjalan semakin dekat dengan Aduka.

"Pada pengetahuan tok yang dah lama tinggal kat sini, harimau tak pernah muncul kat kawasan kampung. Dan setahu toklah, tak ada harimau kat atas bukit ni. Kenapa kamu tanya?" Jawab tok batin seringkasnya. Tongkat ditangan digunakan ssbagai kaki ketiga supaya tidak jatuh.

"Tak ada apa-apa tok. Saja tanya." Balas Aduka perlahan. Tok batin hanya merenung wajah Aduka. Mereka meneruskan perjalanan mereka kesana.

(Pukul 1 pagi)

         Kesemua penduduk sedang kena tidur di rumah masing-masing termasuklah ke semua pelajar di dewan. Malam yang hening dan sunyi menambahkan kelenaan mereka. Hanya unggas dan cengkerik kedengaran.

Aduka, Azman dan Hariz tidur bersebelahan. Disebabkan kepenatan, mereka tidak menyedari bahawa Harun telah berada di bawah. Di hadapannya muncul lembaga hitam yang amat dikenali oleh Aduka.

"Tidak mengapa. Kali ini kita lepaskan dia. Lain kali kita tidak akan biarkan dia hidup. Kamu teruskan hidup seperti biasa. Teruskan lakonan kamu. Aku akan datang secara senyap di lain hari. Selamat tinggal anak muridku." Lembaga hitam itu menghilangkan diri.

Harun naik semula ke dalam rumah dan baring agak jauh dari mereka bertiga. Di sebalik dinding, berdiri tok batin memerhatikan tindak tanduk Harun. Dia mengangguk perlahan.

(bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience