PULANG

Horror & Thriller Series 547

(Keesokan harinya)

"Terima kasih pada tok batin dan semua penduduk sebab melayan kami semalaman. Saya minta maaf banyak-banyak atas masalah yang kami timbulkan. Saya harap persahabatan yang terjalin antara pelajar kem dan penduduk di sini tidak terjejas hendaknya. Kami berterima kasih juga pada penduduk yang bersusah payah merawat pelajar saya semalam. Kalau kamu semua tak tolong kami, tak tahulah macamana kami nak selesaikan masalah. Tok, terima kasih ya kerana terima kehadiran kami disini. Terima kasih banyak-banyak." Ucap cikgu Ikram sayu sambil bersalaman dengan tok batin dan penduduk kampung.

"Tak ada apa-apalah cikgu. Kami sentiasa menolong sesiapa sahaja yang dalam kesusahan. Tak kiralah orang mana sekalipun. Lebih-lebih lagi pelajar-pelajar kem yang sememangnya kami tahu kamu semua akan jadi tetamu kami. Mengenai kejadian semalam, saya harap kamu semua dapat lupakannya. Anggap sahaja benda tu tak pernah jadi. Ada sesuatu yang di dalam dunia ni ditakdirkan tersembunyi. Ianya akan kelihatan apabila tiba masanya. Cuma diharapkan anak-anak semua cekal dan tabah dalam menghadapi hidup di dunia ni." Nasihat Tok batin pula. Mereka sudah bersedia untuk bertolak.

Lori renjer yang telah disediakan akan memulakan perjalanan pulang semula ke kem selepas mendapat arahan dari dekan.
Mereka bertolak dengan sedikit bacaan Al-quran.

"Nak, ambillah ini. Jadikan pelindung kamu. Kayu ni banyak keistimewaannya. Dan juga bulu pelepah ini. Simpan elok-elok. Buat rantai pun boleh. Tok amanahkan pada kamu. Terimalah pemberian tok." Tok batin menemui Aduka di belakang bas sebelum Aduka naik secara senyap.

Aduka mengangguk dan mengucapkan terima kasih sebelum pergi. Mereka melambai kearah penduduk kampung yang masih menanti mereka.

"Cikgu, saya harap lepas ni kita boleh datang sini lagi. Saya dah mula rindu dengan kampung tu walaupun saya tak kenal penduduk situ sebelum ni." Ujar Raja sedih. Buku di tangan digenggam erat.

"In syaa Allah Raja. Nanti ada rezeki kita boleh jumpa lagi. Kalau tak ada aral melintang, sampailah kita disana." Jawab cikgu Ikram tenang yang duduk dibahagian depan sekali.

(Di kem)

        Mereka dibenarkan ke dorm masing-masing. Aduka berlari masuk tanpa melihat ke kiri dan ke kanan. Sepanjang perjalanan pulang ke kem, kelibat hitam mengekori mereka sehinggalah mereka sampai di sana. Aduka mengenali kelibat itu.

Di sebabkan tidak mahu bertentang mata dengannya, Aduka berharap dia tidak terjumpa kelibat itu di mana-mana walaupun harapannya boleh dikatakan agak tipis.

Disaat kunci dibuka, satu tepukan di bahu mengejutkan Aduka hingga mangga pintu melambung ke atas dan jatuh di kakinya. Nasib baik kasut kerasnya belum dibuka. Kalau tidak, jarinya pasti bengkak.

"Kenapa dengan kau ni Aduka? Macam nampak hantu je?" Tegur Ayuna yang terapung dibelakangnya.

"Ya Allah kau ni! Terkejut aku! Ingatkan siapa tadi. Kau kan hantu. Sebab tu aku terkejut. Kau... Tak ada apa-apalah. Kenapa kau datang?" Jawab Aduka ringkas. Kawan-kawannya belum sampai.

"Tadi masa kau nak keluar, ada benda hitam ikut korang keluar juga. Aku cuba nak panggil kau tapi kau tak dengar. Ada tak benda jadi kat tempat yang kau pergi tu? Sebab aku rasa benda tu tak baik. Aku tunggu kau balik tapi kau balik lambat." Balas Ayuna serius. Aduka tersentak. Memang terjadi sesuatu di sana. Sesuatu yang buruk.

"Tak ada apa-apa yang jadi. Tak payahlah nak risau. Dahlah! Kau pergi sana! Aku letih. Nak rehat." Halau Aduka dan masuk ke dalam dorm.

Ayuna tidak dapat memasuki dorm mereka di sebabkan dipagar oleh ustaz Ilham. Ayuna menghilangkan diri. Mereka semua berehat untuk seketika sebelum mereka makan tengahari. Petang nanti mereka perlu berada di kantin kerana ada program yang akan dijalankan.

(Di kantin)

"Oi Aduka! Kenapa kau tak makan? Pergilah ambil makanan. Nanti nak balik mandi, solat semua. Lambat nanti dekan marah pula." Arah Hariz sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Aduka bangun perlahan-lahan dan berjalan kearah pelajar lain beratur. Dia mengambil tray makanan dan menyenduk nasi.

"Hai Aduka! Nak makan ke? Nak aku teman?" Ayuna muncul di hadapan Aduka.

Aduka hanya mendiamkan diri. Dia seolah-olah tidak dapat melihat Ayuna seperti kawannya yang lain. Ayuna membuat pelbagai gaya untuk menarik perhatian Aduka tetapi tidak berhasil. Aduka cuba menahan gelak apabila Ayuna menarik wajahnya seperti orang cina dan menjelirkan lidah. Tetapi dia cuba bertahan. Motifnya diharapkan Ayuna tidak menggangunya lagi. Aduka duduk di kerusi dan mula makan. Ayuna menunjukkan wajah sedih dan hilang.

"Aduka, kejap lagi tolong teman aku tukar kasut untuk kawat. Aku tak boleh pakai kasut lama aku tu. Dah koyak kat belakang. Boleh tak?" tanya Hariz. Aduka hanya mengangguk.

"Hei korang. Kita kat sini lagi sebulan. Lepas tu kita dah boleh balik rumah. Aku... Sedihlah sebab kita terpaksa berpisah. Aku harap walaupun kita dah balik ke negeri masing-masing, kita tak putus kawan ya. Aku sayangkan korang." Raja tiba-tiba meluahkan perasaan selepas terdiam sekian lama. Semua mata tertumpu padanya.

"Memanglah kita tetap jadi kawan. Janganlah risau. Nanti sebelum balik,  kita tulis nombor telefon dan alamat kat baju plkn kita. Lepas tu dah sampai umah kita salinlah dalam fon. Tak susah kan. Kau jangan risau Raja. Kau tetap dihatiku.. " gurau Hariz. Semua kawannya tergelak.

"Banyaklah kau punya hati!" marah Raja malu2. Ayuna muncul Agak jauh dari Aduka. Dia merenung stor lama plkn itu dengan pandangan serius.

"Nampaknya dia dah sampai. Kena bagitahu Aduka. Tapi.. Nak ke Aduka dengar cakap aku? Aku kan hantu. Roh jahat. Tak apalah. Nantilah bagitahu dia." Ayuna menghilangkan diri. Selesai makan mereka balik ke dorm untuk mandi dan membuat aktiviti harian mereka.

(Pukul 6.30 petang)
(Di stor lama)

"Stor ni ke yang kau cakapkan tu? Ada ke kasut yang kau nak tukar tu Hariz?" tanya Aduka hairan dengan keadaan stor yang usang. Hariz yang terdiam sedari tadi hanya mengangguk dan masuk ke dalam stor sambil membawa kasut lamanya. Aduka hanya mengikut dari belakang.

Salah seorang ahli perempuan kelihatan sedang mencari kasut kawat yang ada disitu. Hariz meletakkan kasut lamanya ke tepi. Aduka hanya berdiri ditepi pintu tanpa membantu. Bulu romanya kembali tegang apabila dia mula melangkah masuk kedalam stor.

"Ada siapa-siapa yang tak diingini ke kat dalam ni?" bisik hati Aduka seram sejuk. Sepasang mata sedang merenungnya di sebalik almari kasut. Aduka tidak menyedarinya.

(Di padang)

"Azman! Suffian! Raja! Ada jumpa Aduka tak? Aku cari dia dari tadi ni. Dia kata nak teman aku cari kasut." tanya Hariz berlari-lari anak kearah kawannya.

"Aduka? Bukan ke dia dengan kau tadi? Kau tarik tangan dia masa dia ada dengan kami tadi. Tak adalah kami tanya nak pergi mana. Tapi kau bawa kasut kawat kau tadi. Kenapa kau tanya kami pula? Peliklah kau ni." jawab Azman teliti.

Matanya masih melihat ahli pasukan yang lain bermain bola sepak. Hariz mula tak senang duduk.

"Gawat ni! Aku tak pernah tarik dia ikut aku! Aku baru balik dari office ni. Tanya cikgu boleh tukar kasut tak. Dia mesti pergi ke stor." Hariz berlari meninggalkan kawan2 yang lain kebingungan. Azman dan Suffian mengikut Hariz. Raja masih membaca buku kegemarannya untuk menghabiskan masa riadahnya ini.

"Kalau bukan kau tadi, habis tu siapa? Kau jangan nak buat seram Hariz. Aku dah takut ni!" Azman masih berlari-lari anak bersama Suffian dan Hariz menuju ke stor baru.

"Aku tak tahu!!" Hariz mula bimbang. Mereka masuk kedalam stor baru dengan harapan dapat menemui Aduka namun hampa.

(Di stor)

"Awak seorang je dalam ni? Nak saya tolong?" Aduka menegur gadis kecil itu ketika gadis itu sedang mencapai kasut di rak atas.

"Terima kasih. Saya seorang je. Awak pun nak tukar kasut juga ke? Awak dengan siapa?" jawab gadis itu malu2.

"Saya datang dengan kawan saya. Dia yang nak tukar kasut. Itu dia! Duduk berdiri kat tepi rak tu. Tak tahu nak pilih yang mana kot." jawab Aduka gelak sendiri. Gadis itu mencari 'kawan' Aduka yang dikatakan sedang berdiri di tepi rak. Tetapi hanya dia dengan Aduka sahaja yang ada di dalam stor itu.

"Awak ni pandai bergurau. Mana ada sesiapa kat sana. Awak saja nak takutkan saya ya. Belajar dari mana usik perempuan ni?" gadis itu mulai tidak senang duduk. Wajah Aduka berubah. Dia yang masih melihat Hariz di rak sebelah mula berpeluh. Hariz tersenyum lebar.

"Awak.... Kalau saya kata lari, tolong lari ya. Tolonglah.... " bisik Aduka perlahan.

Matanya masih tertumpu pada Hariz yang memegang rak di hadapan mereka. Tangannya menolak rak yang sarat dengan kasut hanya menggunakan hujung jari.

"Tapi...kenapa?" Gadis itu gelabah dan takut.

Tiba-tiba, rak terpatah dan tumbang ke arah mereka. Aduka cuba menahan rak dari jatuh.

"Lari!!" jerit Aduka. Gadis itu berlari keluar sambil menjerit.

"Dapat ke kau bertahan? Hanya kau yang ada disini." lembaga hitam bertenggek diatas rak dan merenung tajam kemata Aduka ketika Aduka berhempas pulas menahan beban di tangannya.

Semakin lama berat semakin bertambah. Lembaga itu yang ketawa dan melompat-lompat di atas rak yang patah. Peluh mulai menitik di wajah Aduka. Wajah sebenar lembaga hitam itu muncul dan hampir mengenai wajah Aduka.

(Di luar )

              Selepas setengah jam mencari, Hariz, Azman dan Suffian akhirnya keluar dari stor baru. Semasa mereka melalui kantin, seorang ahli perempuan sedang berbual dengan seorang lagi ahli mengenai sesuatu yang berada di dalam stor lama dalam keadaan cemas.

"Betul ke sofia? Aku cari kau tadi tapi tak jumpa. Rupa-rupanya kau pergi ke stor. Tapi betul ke apa yang kau bagitahu ni?" salah seorang ahli perempuan yang memakai cermin mata menunjukkan wajah yang teruja.

"Betul Gina. Tadi masa aku nak ambil kasut kat atas rak, tiba2 je rak tu patah bahagian bawah. Tumbang terus kearah aku. Aku tak sempat elak. Tapi ada seorang budak lelaki ni tolong tahan rak tu dari jatuh kat atas aku. Bayangkan rak tu macam ditolak kuat dari sebelah sana. Budak tu muka dia berpeluh2. Macam tengah tahan beban yang berat. Dia suruh aku keluar dulu sebab stor tu macam bergegar. Aku takut gila tadi! Aku keluar jelah. Jom teman aku bagitahu cikgu. Aku takut benda buruk jadi kat budak lelaki tu! Jom!" luah perempuan tadi dan terus berlari kearah office.

"Itu mesti Aduka! Jom!" Hariz berlari sekuat hati kearah stor lama yang berada bersebelahan kantin. Pintu masuk ditutup rapat dan seperti dikunci dari luar.

"Kita pecahkan! Aku rasa lain macam ni." Suffian mula menendang pintu. Azman dan Hariz mengikut rentaknya.

         Akhirnya pintu pecah ditendang oleh mereka. Kelihatan Aduka sedang terapung seperti ditarik oleh sesuatu di bahagian atas. Dia meronta2 untuk melepaskan diri.

"Keluar!! Korang tak boleh ada dalam ni! Keluar!" arah Aduka cemas.

"Tak! Aku takkan tinggalkan kau macam ni! Azman! Panggil Ustaz Ilham cepat!!" arah Hariz.

Suffian mula membaca ayat suci al-quran untuk melawan syaitan yang ada. Hariz mengikut alunan suara Suffian. Azman sudah menghilangkan diri. Badan Aduka yang terapung dilepaskan dan terhempas ke lantai. Hariz cepat-cepat menarik badan Aduka jauh dari kawasan rak kasut yang bergegar. Di saat mereka ingin keluar,  berpuluh kasut terapung dan melayang kearah mereka.

Sesuatu muncul dan menghalang kasut2 itu dari mengenai mereka bertiga. Suara hilaian dari seorang perempuan menyakitkan telinga.

"Ayuna....?" Aduka berhenti melangkah dan melihat Ayuna sedang melebarkan baju putihnya untuk menghalang kasut2 tadi dari terkena mereka. Ayuna hanya tersenyum.

"Maaf.. Aku tertidur. Aku tak sempat bagitahu kau pasal benda hitam ni. Aku baru muncul. Itupun aku jalan kaki sebab aku tak boleh terbang. Kau patut ucap terima kasih pada aku tau!" ujar Ayuna dengan diselangi hilaiannya. Aduka hanya tergelak.

           Lembaga hitam itu asalnya dari hutan. Dan dia begitu berminat pada Aduka. Dan mengikut Aduka hingga ke kem. Aduka menyedari kehadirannya tetapi terlupa untuk seketika. Dia tidak menyangka lembaga itu mampu menyerupai manusia dan cuba memerangkapnya.

"Aku nak dia!! Aku nak dia! Dia milik aku!!" jerit lembaga hitam itu yang masih membaling kasut2 kearah mereka.

"Dia bukan milik siapa2!! Dia milik tuhan seorang je! Dan kau pun milik Dia!!" balas Ayuna.

"Kau menolong manusia yang berbuat jahat pada kau! Kau khianati kami!" lembaga hitam melayang kearah Ayuna dan cuba menghilangkan Ayuna untuk selama2nya. Hanya Aduka dapat melihat apa yang berlaku dihadapannya.

"Kamu semua pergi kedorm! Dah nak maghrib ni!!" arah Ustaz Ilham yang muncul dibelakang mereka. Mereka mengikut arahan. Ustaz Ilham berdiri di hadapan stor lama dan mula membaca sesuatu. Untuk perlindungan mereka yang berada di dalam kem.

"Aku tak dapat hapuskan kau. Tapi aku dapat halau kau jauh dari sini. Aku harap kau tak akan usik anak2 Adam yang ada disini!"

Ustaz Ilham membaca ayat2 suci Al- Quran yang terpilih untuk menghalau makhluk jahat yang cuba menggangu manusia yang berada disitu. Mereka dapat mendengar suara garau dan hilaian dari jauh tatkala mereka berlari balik ke dorm. Aduka menoleh kebelakang dan melihat satu kain putih terbang dari dalam stor dan hilang.

"Aku harap kau selamat Ayuna. Walaupun kau roh jahat tapi dengan aku, kau baik." bisik hati Aduka sambil mengeluh.

         Di sebalik tasik seorang lelaki sedang melihat Aduka dan kawannya masuk kedalam dorm. Lelaki yang sama. Lelaki yang inginkan Aduka sebagai kawannya. Senyuman sinis diberi.

(bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience