ROH MATI

Horror & Thriller Series 547

(Di bilik Charlie 2)
(Pukul 8.30 malam)

"Hei korang! Aku tak pergi perjumpaan kat kantin tau. Aku nak temankan Aduka ni. Demam tak elok lagi. Kesian pula kalau tinggal sorang-sorang. Bagitahu cikgu Ikram tau." Minta Hariz yang duduk di katilnya.

Aduka sedang lena tidur dengan hanya memakai seluar tanpa berselimut.

"Ok bro! Nanti aku inform kt cikgu. Kami pergi dulu." Kawan2 mereka keluar dari bilik dan menutup pintu. Hariz mengunci pintu dari dalam sebagai langkah berjaga-jaga.

          Selepas itu, Hariz mengambil selimut dan menyelimut kawannya itu. Dia membaca buku yang dipinjamkan dari cikgu Ikram sambil duduk berdekatan dengan Aduka.

Keadaan senyap sunyi. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. Semakin jam berjalan, keadaan semakin sunyi. Angin kedengaran bertiup di luar bilik. Daun-daun berterbangan. Angin sejuk memasuki ruang bilik. Hariz melihat keadaan sekeliling.

Dia merasakan sesuatu yang sedang memerhatikan dirinya dan Aduka tetapi tidak dapat melihat dengan mata kasar. Dia meletakkan bukunya dan mengambil surah Yasin di bawah bantal. Dia yang masih berwuduk membaca surah Yasin perlahan-lahan.

           Tiba-tiba, pintu bilik diketuk beberapa kali dari luar. Semakin lama semakin kuat. Hariz menelan air liur. Dia tidak berganjak dari tempat duduknya. Badannya tidak dapat bergerak walau seinci. Mata hanya merenung pintu yang masih diketuk. Suara membaca Yasin semakin kuat.

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Hujan rintik-rintik mulai turun. Sebaik sahaja Hariz membaca di pertengahan surah, ketukan hilang. Angin bertiup kencang. Satu bayang di luar bilik kelihatan jelas di mata Hariz. Susuk tubuh seorang manusia memeranjatkan Hariz dan membuatkan Hariz tergagap semasa membaca surah Yasin. Peluh menitik di dahi.

"Jangan takut Hariz. Dia tak akan dapat masuk. Ustaz dah pagarkan bilik kita. Pedulikan dia. Habiskan surah yasin tu." Aduka bangun perlahan-lahan sambil menyelimutkan dirinya dengan selimut tebal.

Sekali-sekala dia terbersin menahan angin sejuk yang bertiup.

"Kau nampak ke Aduka? Aku... seramlah..." bisik Hariz sambil mendekati Aduka yang menguap.

"Nampak. Tapi aku tak larat nak bagi amaran kat kau. Janganlah takut pada dia. Takutlah kamu pada Allah S.W.T. ingat tu!" Nasihat Aduka dan berbaring semula. Dia terlena sekali lagi.

"Hei Aduka.. aku rasalah malam ni mesti hujan lebat. Dan aku pasti benda kat luar tu datang dari gua yang kita masuk hari tu. Aku tidur sebelah kau boleh kan?" Ujar Hariz sambil matanya melilau keseluruhan bilik. "Aduka.. kau dengar tak? Aduka!" Hariz melihat Aduka menyambung semula tidurnya tanpa memberi sedikit perhatian pada pertanyaannya.

Tiba-tiba, bunyi salakan anjing dari luar. Hariz melompat naik ke katil Aduka dan terus menyambar selimut yang ada di sebelah lalu menutup keseluruhan badannya. Sekali-sekala matanya melilau. Tidak berapa lama kemudian, dia terlena di sebelah Aduka.

(Pukul 4 pagi)

"Bangun Aduka.. bangun..." badan Aduka digoyang agak kuat. Sayup-sayup kedengaran suara seseorang. Aduka membuka mata dan melihat kawan-kawannya merenung dengan wajah resah.

"Kenapa ni? Orang tengah syok tidur. Kenapa?" Aduka bertanya sambil menguap. Matanya digosok.

"Kita orang puas kejut kau tadi. Kau tidur mati ke apa?" tegas Hariz.

"Aku tidurlah. Kenapa? Apa masalah korang ni? Macam ada benda jadi je." Tanya Aduka lagi.

Dia melihat semua kawan-kawannya bangun dari tidur. Ada yang berbual dengan wajah yang ketakutan. Jam menunjukkan pukul 4 pagi.

"Sebenarnya... kita orang.. Sufian! Kau ceritalah!" Arah Azwan. Suffian yang memakai kain pelikat serentak memandang kearah Azwan.

"Aku ke? Em... sebenarnya tadi kami semua kena kacau. Start pukul 1 pagi tu. Mula-mula, Roy yang tidur hujung sana kena. Dia nampak ada benda hitam kt sebelah katil dia. Lepas tu, si Tahir pula nampak benda hitam besar melekat kat siling dorm ni. Dari hujung sana sampailah hujung sana." Cerita Suffian menyusun ayat. Masing-masing memberi perhatian kepada Suffian.

"Lepas tu, apa jadi?" Tanya Aduka lagi ingin tahu.

"Lepas tu, si Lie yang tidur sebelah pintu tu bagitahu. Dia masa tu tidur mengereng sebelah. Dia rasa macam ada orang tidur sebelah dia. Dia ingatkan orang lain. Diorang duk main tolak2. Last-last, Lie berpaling ke sebelah kanan dia, tak ada sesiapa! Dia tarik selimut tutup muka. Masa tu pula dia nampak ada kelibat perempuan tengah lipat kain.. tapi tak ada kepala!! Ada seorang budak lelaki berlari-lari sekeliling perempuan tu! Apa lagi! Dia terus bangun buka lampu. Kejut kita orang semua. Cuma kau je yang tak bangun-bangun!" Tambah Suffian lagi.

Yang lain hanya mendiamkan diri dan mula resah. Aduka menggosok kedua-dua lengannya yang meremang.

"Rasanya diorang datang sekejap je kot. Diorang kan dah lama menghuni tempat ni. Jadi diorang nak lawat tempat asal diorang. Jadi, aku rasa tak payahlah kita kelam-kabut sangat. Kita berdoa je semoga roh mereka aman di sana. Itu je yang mampu kita buat sekarang." Nasihat Aduka serius.

"Em! Betul tu. Mungkin mereka mangsa tentera jepun tu. Roh diorang tak aman. Sebab tu diorang masih ada kat dunia ni." Sampuk Azwan.

           Tiba-tiba, pintu diketuk kuat dari luar. Semua ahli Charlie 2 terkejut. Dan ada yang bersembunyi. Tiada sesiapa yang sanggup membuka pintu.

"Assalamulaiikum! Buka pintu ni. Ni Ustaz Ilham!" Suara Ustaz Ilham kedengaran dari luar. Mereka menarik nafas lega. Hariz membuka pintu.

"Ustaz! Nasib baik ustaz datang. Kami ingat siapalah tadi. Masuk Ustaz!" Ajak Hariz selepas menjawab salam.

"Apa yang jadi ni? Boleh ceritakan? Dari jauh ustaz dengar suara kamu semua. Cer cite!" tanya Ustaz Ilham tegas.

Hariz melihat Azwan. Azwan memandang kearah Suffian. Dan Suffian menjeling kearah Aduka. Mereka mula bercerita...

(Keesokan harinya)

"Nasib baik tak ada apa-apa yang jadi malam tadi. Kalau tak, aku awal-awal minta balik dari pengetua. Seram doh!" Azwan memulakan cerita ketika mereka sedang makan tengahari di kantin.

Yang lain hanya mendengar. Aduka masih mengambil makanan. Sesekali dia kelihatan resah. Namun, cuba ditutup keresahannya dari diketahui rakan- yang lain.

Sebaik sahaja Aduka duduk di kerusi, tangannnya terlepas tray yang dibawa dan kedengaran bunyi agak kuat dari impak. Kebanyakan mata merenung melihatnya. Dia hanya tersenyum dan mengelap sup yang tumpah.

"Kau okay tak Aduka? Lain macam je." Hariz mula meneka.

Aduka hanya menggelengkan kepala. Dia membaca doa makan dan mula menyantap makanannya. Kawan-kawan lain hanya mendiamkan diri.

          Sebaik sahaja selesai makan, Aduka kelihatan tergopoh-gapah kearah tandas. Pintu dikunci dari dalam. Wajah Aduka kembali resah. Peluh mulai menitik.

"Kau ingat kau boleh lari dari aku? Hanya kau seorang sahaja yang aku inginkan. Dan hanya kau seorang sahaja yang memiliki kebolehan melihat makhluk halus. Kemana kau mahu pergi?" Satu makhluk menyerupai seorang wanita yang berwajah cantik terapung2 di belakang Aduka.

Keadaannya yang seakan-akan di dalam air berlegar-legar disekeliling Aduka sambil tangannya mengusik pipi anak muda itu.

"Aku.... aku tak takut dengan kau.. jangan kacau aku.. aku tak pernah usik kau selama kau ada kat sini.. kenapa sekarang kau ganggu aku? Pergi dari sini!" Tegas Aduka dengan suara terketar-ketar.

"Awww.... cuba berlagak berani ya anak kecil. Control macho ke? Tak ada siapa-siapa kat sini. Hanya kita berdua sahaja. Jadi tak salah kalau kita bermesra-mesraan selama yang kita mahukan. Bukan begitu?" Dagu Aduka disentuh dan dahinya dijentik lembut.

Bulu roma Aduka meremang seluruh badan. Secepatnya dia keluar dari tandas sehingga terlanggar Suffian yang berada di pintu masuk.

"Oi! Kau kenapa hah? Sakit tau kena langgar!" Marah Suffian sambil menggosok bahunya. Serentak dengan itu, angin sejuk menerpa wajahnya. "Sejuklah pula. Tiba-tiba ada angin ni. Peliknya." bisik hati Suffian. Wanita mistik itu ketawa kecil sambil terapung berdekatan Suffian.

"Kau bukan yang aku mahukan." Wanita itu menghilangkan diri.

Aduka duduk di tepi Hariz yang masih berada di kantin dengan keadaan gugupnya.

"Tak pernah aku serapat tu dengan jantina lain. Seram sejuk aku dibuatnya. Harap-harap dia dah tak ada kat sini. Tolonglah.." bisik hati Aduka.

"Cak! Miss me?!!" Wajah yang tidak ingin dilihat terpampang diwajahnya. Aduka hampir jatuh kebelakang. Namun sempat menyambar sisi meja. Dia mengurut dadanya yang berombak.

"Kau ni dah kenapa Aduka? Dari tadi tak duduk diam. Kau ada masalah ke?" Tanya Hariz lagi yang pelik melihat kawannya sedari tadi.

"Tak... aku tak apa-apa. Betul!" Jawab Aduka secepatnya dan ketawa palsu. Wanita tadi juga ketawa melihat wajah terkejut Aduka sebentar tadi.

"Lucu betul wajah kau tadi! Kau cepat terkejut rupanya! Apalah..." wanita itu masih berada disitu sambil merenung Aduka.

"Tolonglah... pergilah dari sini....jangan kacau hidup aku lagi..." kata Aduka dengan suara yang amat perlahan sambil menutup mata.

"Aku akan pergi. Tetapi kau mesti memberi aku sesuatu dahulu. Kalau tidak, aku akan sentiasa menganggu hidup kau disini." Balas wanita itu.

"Baik... jumpa malam ni sebelum pukul 11 malam. Di tandas dekat dorm aku." Aduka memberi syarat. Wajah wanita itu semakin ceria.

"Baiklah! Nanti malam aku datang! Janji tau kau datang jumpa aku! Kalau kau tak datang, aku akan kacau kau kat kem ni sampailah kau balik ke negeri kau. Faham!" Tegas wanita itu dan terus hilang. Aduka menarik nafas lega.

"Bodoh juga aku ni rupanya. Silap aku sebab kacau tasik kat tepi kantin ni. Kan dah kena sampuk. Apalah nasib." Rungut Aduka sendirian tanpa menghiraukan kawan-kawan yang lain.

(bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience