HUTAN

Horror & Thriller Series 547

(Di salah sebuah kem PLKN)

"Kita dah dua bulan kat sini. Esok cikgu cakap nak bawak kita masuk hutan belakang kem kita ni. Nak ajar cara hidup di hutan ketika berkhemah. Kau rasa hutan belakang ni okay ke? Aku rasa seramlah setiap kali aku pandang hutan tu." Ujar salah seorang remaja lelaki yang memakai cermin mata. Kawan baiknya yang duduk di katil hanya mengeluh.

"Aku rasa tak ada masalah. Kenapa? Kau seram macammana tu?" Tanya kawan baiknya itu sambil membaiki rambut yang semakin panjang.

"Aku..... entahlah Aduka. Aku susah nak cakap. Setiap kali aku lalu kat pagar belakang dorm kita ni, rasa angin sejuk bertiup. Bulu roma meremang. Ada jugak aku terlihat bayangan seseorang melintas di belakang aku. Tapi aku pendamkan je sebab aku takut orang cakap aku gila. Kau rasa betul ke apa yang aku rasa ni?" Tanya remaja itu lagi sambil mengelap peluhnya. Kipas siling di buka tahap tertinggi.

"Tak ada apa-apalah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Aku tahu benda halus ni memang ada tapi kita tak bolehlah fikirkan sangat pasal diorang. Aku risau kita lagi takut dengan diorang dari Allah S.W.T. kau kena ingat tu Hariz!" Tegas Aduka sambil menatap wajah kawannya serius.

"Aku faham. Aku memang taknak fikir buruk tapi..."

Belum sempat ayat dihabiskan, satu panggilan di muka pintu mengejutkan mereka.

"Hariz! Cikgu nak jumpa!" Panggil salah seorang penuntut PLKN yang sama dorm dengan mereka. Hariz bangun dan berlalu dari situ.

         Pandangan mata Aduka tertumpu pada satu sudut yang agak jauh dari katilnya yang berada di hadapan sekali. Satu bayangan hitam berdiri di situ sambil menatap Aduka. Aduka sedaya upaya tidak menunjukkan perasaannya yang bercampur baur ketika itu. Dia mengucap panjang dan beristighfar untuk seketika. Suara azan maghrib berkumandang di surau kem. Aduka bergegas ke surau untuk solat maghrib berjemaah dengan kawan-kawan yang lain.

         Usai solat mahhrib, mereka yang hadir di surau menunggu ketibaan ustaz untuk mendengar ceramah agama sambil menunggu solat isyak. Ketika menunggu, Aduka yang berada di muka pintu surau tersentak melihat satu lembaga putih melayang-layang di bawah lampu jalan yang agak jauh dari kawasan surau. Dia serta-merta mengalihkan pandangannya ke dalam surau. Ketika dia bangun untuk berjauhan dari kewujudan asing itu, angin sejuk menerpa kearahnya. Angin sejuk dan dingin itu membuatkan Aduka terketar.

"Payah ni. Dia dah tahu aku boleh tengok dia. Harap-harap aku tak dikacau oleh dia nanti."

Aduka duduk di saf hadapan sekali bersama-sama Hariz. Ustaz datang dan memulakan ceramahnya. Aduka dan Hariz memberi tumpuan pada syarahan ustaz kesayangan mereka itu. Tetapi fikiran Aduka sentiasa teralih ketika lembaga itu menghampiri surau dan menyanyi. Hanya Aduka yang dapat mendengarnya. Aduka mula hilang fokus. Satu hentakan lembut di bahu mengejutkan Aduka.

"Kenapa Aduka? Nampak macam terganggu je. Ada masalah ke?" Tanya Ustaz yang berada di hadapannya.

"Tak... tak ada apa-apa Ustaz. Maaf kalau saya tak tumpukan perhatian." Ucap Aduka.

"Apa yang ada di hadapan kamu itu semua mainan hidup kita. Bukan kita sahaja yang mendiami dunia ni. Banyak benda yang tak nampak di mata manusia tetapi tetap jelas di hadapan mata yang lain. Namun tidak perlu ditakuti kerana mereka tetap makhluk ciptaan Ilahi. Takut hanya pada Allah." Terang Ustaz panjang lebar secara umum sambil melihat kearah semua penuntut. Aduka tersenyum dan mengangguk faham.

(Selepas sejam)

        Mereka bersiap-siap untuk ke kantin selepas selesai solat berjemaah. Selaku ketua dorm, Aduka ditugaskan menutup pintu dorm setiap kali penuntut keluar dari bilik.

Ketika Aduka menutup pintu, satu lembaga berdiri dibelakang Aduka. Aduka tidak bergerak walau seinci. Dia tidak mahu bersentuhan dengan makhluk halus itu. Peluh menitik di dahi. Angin seolah-olah nafas dan suara garau dari seseorang kedengaran di cuping telinga Aduka. Tangannya mengeletar. Aduka menatap pintu dorm dan lembaga itu masih berdiri di belakangnya.

"Tolong jangan kacau aku. Aku tak kacau kau. Aku ada urusan. Tolong pergi." Tegas Aduka.

Lembaga itu ketawa kecil dan menghembus nafas ketelinga Aduka. Dia ghaib meninggalkan Aduka yang masih berdiri di situ. Nafas berombak dan kaki seakan-akan lumpuh. Aduka terduduk di situ dan menarik nafas panjang.

"Aduka! Kau buat apa lagi ni? Aku dan lama tunggu kau kat depan. Cepatlah! Nanti cikgu marah kalau lambat." Ajak Hariz dari jauh. Aduka bangun dan tersenyum.

"Maaf. Aku tengah ikat tali kasut. Kejap!" Balas Aduka dan sedaya upaya bangun. Dia berlagak seperti biasa supaya Hariz tidak menyedari tentang apa yang terjadi.

"Kau ni suka melambatkan aku. Cepat!" Gesa Hariz. Mereka berlari ke kantin.

(Pukul 12 malam)

        Aduka bermimpikan sesuatu yang menyeramkan. Wajah-wajah yang menakutkan menerpa di fikirannya bersilih ganti. Dia bangun serta-merta dengan wajah yang pucat dan berpeluh. Keadaan yang agak cerah menghairankan Aduka. Dua tiga kawannya masih belum tidur.

"Aduka.. kau ok tak? Berpeluh-peluh ni." Tanya salah seorang kawannya risau.

"Aku tak apa-apa... maaf kacau korang." Aduka mohon maaf dan baring semula di katilnya. Dia mengalih ke kanan menghadap ke dinding. Dia menarik nafas sedalamnya. Tiba-tiba, dia terbatuk. Hidungnya menangkap bau yang kurang menyenangkan.

"Takkanlah.... bau kapur barus..." bisik hatinya. Dia menutup mata dan membaca ayat-ayat suci Al-quran.

         Keadaan senyap sunyi. Tidak dapat didengar sebarang bunyi. Unggas dan cengkerik juga tidak kedengaran. Aduka membuka mata perlahan-lahan. Keadaan bilik gelap gelita. Aduka bangun dan melihat kawan-kawannya tiada di bilik.

"Mana pergi semua orang? Aku kat mana sebenarnya ni?" Aduka mula panik. Dia dapat meneka bahawa dia bukan berada di alam nyata.

"Akhirnya kita berjumpa juga. Aku dan lama menunggu." Kedengaran suara seseorang dibelakangnya. Aduka dapat melihat dengan jelas seorang lelaki yang berusia dan berjanggut panjang serta berpakaian hitam menatapnya dengan mata yang merah.

"Si- siapa kau...?" Aduka berundur beberapa tapak. Wajahnya semakin pucat.

"Kau tak akan mengingati aku kerana aku hidup sudah lama. Dan kau baru sahaja mendiami dunia ini. Aku adalah salah seorang dari kawan datuk dan ayah kau. Dan aku ingin menjadi kawan kau juga. Boleh kita berkawan?" Suara garau itu menyeramkan Aduka. Aduka mengenali siapa gerangan makhluk ini.

"Tak akan! Aku tak akan jadi kawan kau dan masuk perangkap macam ayah aku!" Aduka melarikan diri dengan membuka pintu dorm.

Namun bukan kem yang berada di hadapannya. Keadaan hutan yang tebal dan berkabus kelihatan di situ. Hutan yang begitu asing bagi Aduka.

"Kau tak boleh lari dari aku apabila kau sudah masuk ke alam mimpi aku. Bahkan kau tak boleh lari walaupun di dunia nyata. Tetapi di sini aku lebih berkuasa. Masih menolak tawaran perkenalan dari aku?" Lelaki tadi muncul di hadapan Aduka. Aduka terduduk di tanah.

"Aku taknak! Aku dah berjanji pada ibu yang aku tak akan ikut jejak ayah! Ayah mati tanpa nisan! Tanpa tanda yang nyata. Aku taknak ibu aku kehilangan orang yang dia sayang disebabkan syaitan macam kau!" Tengking Aduka dengan nafas yang tercungap2. Lelaki itu merenung Aduka dengan mata yang berapi.

"Aku yang beri harta pada ayah kau! Aku yang tunjukkan jalan kesenangan pada ayah kau! Pada keluarga kau! Aku beri segala-galanya pada keluarga kau! Tetapi ayah kau mungkir janji pada aku! Dia menolak aku jauh dan cuba buang aku dari hidup dia! Hanya kerana kau! Hanya kerana seorang manusia hina yang bernama Aduka! Kau yang membuatkan ayah kau beralih arah! Aku sudah lama memerhatikan kau. Aku ingin kau menggantikan ayah kau dengan menjadi kawan baik aku tetapi... aku silap. Selama 18 tahun, kau menolak aku sejauh mungkin dan tidak mengendahkan kehadiran aku. Hanya kerana perempuan bodoh yang bernama Sarimah! Dan kau.. ingin mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh ayah kau. Kesiannya.. tetapi aku masih memberi kau peluang. Aku akan bertanya untuk kali yang penghabisan. Adakah kau menerima tawaran perkenalan aku dan menerima aku dalam hidup kau sepertimana ayah kau?" Tanya lelaki itu lagi.

"Walaupun aku manusia hina, aku bukan sehina kau. Aku ada Allah yang sentiasa memerhatikan umat-Nya dan tidak pernah sedetik meninggalkan makhluk ciptaan-Nya. Ibu aku Sarimah ialah manusia yang mulia di mata aku! Dia insan terpilih oleh Allah untuk menjadi ibu aku! Kau tak berhak menghina ibu aku! Dan kau kena ingat... segala yang kau lakukan pasti akan diberi balasan yang setimpal. Mungkin bukan dari aku tapi aku pasti dan percaya Allah S.W.T akan menghukum kau! Cuma masa yang akan menentukannya." Balas Aduka tegas dan bangun.

            Satu tangan memegang leher Aduka. Aduka sukar bernafas. Dia cuba melarikan diri dari genggaman itu namun gagal.

"Kalau macam tu, baik kau mati dari hidup. Aku akan simpan roh kau disini. Dan biarkan jasad kaku kau di sana. Kau sudah mati Aduka!" Lelaki itu mengangkat tubuh Aduka tinggi.

Api yang marak ditangannya hampir membakar Aduka keseluruhan. Aduka menjerit kesakitan. Dimatanya terbayang wajah ibu tercinta yang manis tersenyum.

"Maafkan Aduka ibu... maafkan Aduka..." bisik hatinya.

Tiba-tiba, genggaman itu terlepas dan Aduka kembali berada di dalam dormnya dengan tiada cacat cela. Berdiri lelaki tadi bersama seorang wanita muda di hadapan Aduka.

"Kalau kamu inginkan cicitku, langkah jasadku dahulu." Ayat dari wanita itu menghairankan Aduka.

"Kau terselamat hari ini tetapi kau tidak akan terlepas dari aku!" Lelaki tadi menjerit dan hilang dalam sekelip mata.

Aduka menarik nafas lega. Wanita yang memakai hijab dan berpakaian serba putih berpaling kearah Aduka dan tersenyum indah. Aura damai kelihatan disekelilingnya.

"Aduka... sudah besar kamu cicitku. Sungguh ku rindukan cicitku yang satu ini. Kamu sudah selamat. Pulanglah ke dunia kamu. Dia tidak akan sewenang-wenangnya melukakan atau mengacau kamu. Kami sentiasa berada disini untuk melindungi keturunan kita." Usapan di ubun-ubun menyenangkan hati Aduka. Sangat aman dan damai.

"Siapa makcik ni? Saya tak pernah tengok makcik sebelum ini. Saya ada buat salah ke? Atau saya betul-betul dah mati?" Tanya Aduka ingin tahu.

"Aduka, kami hanya pelindung keluarga kamu. Dan kamu masih bernyawa. Tanyalah pada ibu kamu tentang kami. Pasti kamu dapat jawapannya. Kami pergi dahulu. Jaga diri. Ucapkan salam kami pada ibu kamu. Assalamualaikum.." wanita itu menghilangkan diri.

(Di dunia sebenar)

        Aduka tersedar secara mengejut. Di matanya kelihatan wajah Hariz yang risau. Dan beberapa kawannya mengelilinginya dengan wajah yang sama. Aduka bangun perlahan-lahan.

"Aduka! Kau tak apa-apa ke?" Hariz memeluk erat tubuh kawannya. Aduka yang masih bingung hanya melihat ke arah wajah mereka dan keadaan disekitarnya.

"Kenapa ni...?" Suara Aduka serak dan kelihatan lingkaran kemerahan di lehernya.

"Kau bangun tadi. Lepas tu kau meracau. Kau menjerit dan baling semua barang. Mata kau hitam doh! Kami cuba sekat kau tapi kau betul-betul kuat! Aku kena tendang dengan kau. Sakit tau! Kita orang terpaksa panggil ustaz tadi. Ustaz dah balik. Dia kata kau akan sedar nanti. Haru gila kau buat Aduka! Apa kena dengan kau ni?" Hariz menjelaskan segala-galanya ringkas.

"Aku.. aku nak jumpa ustaz..." Aduka bangun dan berjalan beberapa langkah.

"Kau tak boleh bangun lagi! Ustaz tak bagi kau bergerak bro!" Arah kawannya yang lain.

Tiba-tiba, Aduka tumbang dan tidak sedarkan diri di muka pintu dorm. Tubuhnya di sambut oleh ustaz yang kebetulan ingin membuka pintu. Air ditangan tumpah kelantai.

"Aduka! Aduka!" Panggil Hariz. Ustaz memapah Aduka ke katilnya.

"Biarkan dia berehat. Tenaga batinnya dah banyak digunakan. Dia perlu berehat secukupnya. Semua orang pergi tidur. Esok masih ada aktiviti. Biar saya yang jaga Aduka malam ni. Tidur." arah ustaz itu serius.

Mereka semua mengikut. Malam semakin larut. Ustaz hanya duduk di lantai sambil merenung Aduka yang terbaring di katil.

"Kamu seorang yang istimewa Aduka. Sama istimewanya dengan ibu dan ayah kamu. Ustaz harap kamu lebih berhati-hati." Kata Ustaz perlahan sambil mengusap kepala Aduka yang sedang lena tidur. Hariz yang masih terjaga terdiam seketika.

(bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience