WANITA DAN BAYI

Horror & Thriller Series 547

(Di dorm Charlie 2)
(Pukul 11 malam)

"Mana dia ni? Roh pun boleh mungkir janji. Tapi nama pun roh yang tak aman. Roh yang tak aman mana ada yang baik. Semua hanya tahu nak menyesatkan manusia je. Dan aku pun terkena sekali. Hai....." rungut Aduka perlahan sambil menunggu seseorang di belakang tandas yang berada tidak jauh dari dorm. Tiba2 angin dingin bertiup perlahan.

"Hai sayang!! Maaf lambat! Dah lama tunggu?" Wanita petang tadi muncul secara tiba-tiba di hadapan Aduka dengan senyuman yang lain dari lain. Aduka masih dapat mengawal emosi terkejutnya dan hanya mengeluh.

"Apa sayang-sayang? Aku nak tidur tau. Esok banyak lagi program aku kena buat. Nah!" Aduka memberi satu keychain yang berbentuk piano kepada wanita berkenaan.

"Apa ni? Ini ke benda yang kau kata nak berikan pada aku tu? Ini? Aku tak nak!" Keychain di baling ke longkang. Wanita itu membuat muka merajuk.

"Yang kau baling kenapa!! Aku susah payah belikan untuk kau tadi tahu tak! Sampai habis duit simpanan aku! Langsung tak hargai pemberian orang. Patutlah kau tak ada kawan! Dahlah! Taknak sudah! Aku nak balik!" Aduka bangun dan melangkah pergi. Tangannya ditarik lembut.

"Janganlah merajuk. Aku tak berniat pun nak buat kau macam tu. Sebenarnya aku inginkan benda lain. Bukan benda yang murah ni. Aku... aku... aku nakkan hati kau..." wanita itu merapati tubuh Aduka hingga Aduka terhimpit ke dinding. Peluh mula menitik. Tangannya meniti diatas dada Aduka.

"Apa ni?! Tepilah! Kau nak bunuh aku kan? Supaya kau dapat hati dan jantung aku ni dan makan semua! Kau nak wujud selamanya kat dunia ni dengan makan manusia bukan?" Tengking Aduka sambil menolak wanita yang terapung itu.

Wajah wanita itu seolah2 terkejut. Satu tamparan tepat mengenai pipi kanan Aduka.

"Kau ingat aku jahat sangat ke? Kau ingat aku nak sangat ke makan manusia macam kau ni? Kau ingat aku nak wujud selamanya ke dalam dunia yang dah tak lama ni? Kau ingat aku tak sunyi duduk sendiri kat sini tanpa teman? Kau ingat aku suka? Kau ingat aku seronok jadi hantu yang konon kejam ni? KAU INGAT AKU SUKA?!" Balas wanita itu.

Rambutnya mengerbang dan matanya bertukar merah. Kuku yang panjang keluar dari jari-jarinya. Makhluk yang dipanggil roh yang tak aman itu mulai berang.

Aduka masih berdiri disitu tidak berganjak walaupun hatinya kuat mengatakan keadaan semakin bahaya. Dia menetapkan iman didada dan berpegang teguh pada kepercayaannya iaitu hanya takut pada Allah S.W.T. sahaja.

"Habis tu, apa lagi yang kau nak aku fikirkan pasal kau roh yang tidak diterima bumi dan langit? Apa yang dapat mengubah pendapat manusia mengenai kau?! Apa?!" Marah Aduka lagi.

"Aku... aku hanya inginkan kehidupan aku yang dulu... aku rindukan keluarga aku... aku inginkan teman hidup untuk mati bersama. Tetapi aku tahu... aku dah tak boleh melalui semua itu lagi disebabkan kebodohan aku sendiri. Hanya kerana cintakan manusia aku korbankan diri aku.. aku korbankan hidup aku... aku sesat.. aku murtad... aku hilang arah... aku dah tak boleh berpaling ke belakang semula... aku menyesal..." wajah yang menakutkan sebentar tadi bertukar sedih. Suasana bertukar suram. Angin menderu.

            Aduka terdiam. Dia hanya mendongak kelangit. Dia masih tidak dapat membuang segala maklumat yang dia tahu mengenai makhluk ini sedari kecil hingga dewasa tidak kira dari sumber lisan atau tidak lisan. Kepercayaannya kepada makhluk halus ini tetap yang sama. Tidak boleh dipercayai sepenuhnya.

"Entahlah.. aku tak tahu nak cakap apa. Apa yang aku tahu kamu semua yang dipanggil makhluk halus ni tak boleh dipercayai. Aku hanya percaya pada Allah S.W.T." Aduka masih dengan pendiriannya. Wanita itu berdiri berdekatan Aduka dengan wajah ditundukkan di lantai.

"Aku tak paksa kau percayakan aku. Aku hanya ingin luahkan perasaan aku pada kau sebab kau istimewa. Kau dapat melihat aku dan makhluk seperti aku. Jadi aku rasa selesa dengan kau. Lagipun kau tak takut bila pertama kali kau tengok aku dua hari lepas. Aku seronok berada dekat dengan kau. Janganlah kau halau aku. Aku cuma nak berkawan. Dan untuk pengetahuan kau, aku tak makan manusia! Kalau aku makan manusia, kau dah tak ada kat sini." Jelas wanita itu. Senyuman di wajahnya agak melegakan hati Aduka.

"Tapi tadi... kau cakap kau nak hati aku! Betullah kau makan hati manusia!" Ujar Aduka serius. Wanita itu mengilai sakan. Seram sejuk Aduka dibuatnya.

"Apa yang aku maksudkan aku nak kau jatuh cinta pada aku! Takpun buka hati kau untuk terima makhluk buruk macam aku ni sebagai kawan kau! Bukannya aku nak makan hati kau! Kau ni langsung tak faham sastera dan kata-kata cinta ke? Tak romantik!" Terang wanita itu agak teliti.

Aduka menarik nafas lega. Dia mulai dapat menerima kehadiran 'hantu' itu disebelahnya.

"Maaf sebab salah sangka. Tapi aku rasa semua orang akan salah sangka kalau dia jadi aku. Dan jumpa dengan makhluk macam kau." Ulas Aduka perlahan. Bulan semakin tinggi dan mengambang. "Kejap! Hari ni malam apa? Dah pukul berapa ni?" Aduka kelam kabut melihat jam ditangan. Wajahnya berubah pucat.

"Kau kenapa? Kau dah nak balik dorm ke? Pergilah balik. Aku pun nak balik ke tempat aku. Esok kita jumpa lagi ya. Bye!" Wanita itu menghilangkan diri.

Aduka bangun dan berlari anak ke dorm. Jam telahpun menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dan malam itu adalah malam jumaat. Sebaik sahaja dia membelok ke kanan, satu lembaga hitam berdiri di hadapannya. Wajah lembaga itu membuatkan hati Aduka berdegup kencang.

"Berjumpa semula kita. Dah lama aku tunggu saat pertemuan semula kita. Kelam kabut nak kemana? Malam masih muda. Temankan aku malam ni boleh?" Lelaki itu memegang tongkatnya dan tersenyum sinis. Aduka cuba melepaskan diri tetapi keadaan yang gelap gelita menyesakkan dadanya.

"Lepaskan aku! Aku dah tak ada urusan dengan kau! Kau tak ada kaitan dengan aku! Pergi dari sini!" Jerit Aduka. Peluh menitik di dahi.

"Kau dah termasuk ke dalam alam maya yang aku ciptakan. Kau tak akan terlepas kali ni. Dan nenek kebayan itu pun tak akan dapat tolong kau! Serahkan jiwa kau pada aku atau setujulah untuk menjadi rakan kongsi aku untuk selama-lamanya. Yang mana kau akan pilih?" Lelaki itu mula mengugut Aduka seperti biasa. Aduka masih terketar2.

"Aku tak akan jadi mangsa kau! Aku tak akan terpedaya! Aku taknak jadi orang suruhan makhluk zalim macam kau! Pergi!" Aduka masih dengan pendiriannya.

Tidak mungkin dia berpaling dari agama islam yang suci hanya kerana terperangkap di dalam mimpi mainan syaitan.

         Satu tangan mencengkam leher Aduka. Seperti pertama kali mereka bertemu, keadaan berulang kembali.

"Kalau macam tu, kau dah tak ada gunanya untuk aku. Tak guna aku biarkan kau hidup selepas kau tahu semua rahsia aku. Jadi... matilah kau kat sini. Di alam maya ciptaanku!"

Matanya bertukar merah. Keadaan hitam pekat sehingga Aduka sendiri tidak dapat melihat tangannya. Dia cuba melepaskan diri dari cengkaman lelaki yang tidak kelihatan itu. Semakin lama, semakin kuat lehernya dicengkam.

"Aku tahu Allah ada melihat apa yang terjadi. Dan aku tahu Allah akan tolong hambanya. Namun jika ditakdirkan aku hilang nyawa disini, aku redha. Aku tak kisah.." bisik hati Aduka di alam yang gelap itu.

             Di hadapan Aduka kelihatan sesuatu bersinar. Cahaya memasuki alam hitam itu sedikit demi sedikit. Wajah yang tidak disangka-sangka muncul dihadapan Aduka dan menghulurkan tangannya. Aduka cuba mencapai tangan yang pucat itu sehingga pandangan gelap. Segelap alam hitam itu.

(Di dalam dorm)
(Pukul 5.45 pagi)

            Aduka tersedar apabila mendengar azan subuh berkumandang. Dia melihat keadaan sekeliling. Kawan-kawannya bersedia untuk solat berjemaah. Dia bangun dan mula berfikir mengenai apa yang terjadi sebelum ini.

"Aduka! Cepatlah! Pergi mandi! Kita solat berjemaah sama-sama." Ajak Azwan yang berada di katil hadapannya.

"Baik. Sekejap!" Aduka bangun dan berlari ke bilik air untuk mandi.

Di ambil wuduk dan mula solat beramai-ramai. Masa untuk mereka berada di kem PLKN itu semakin pendek. Lagi dua minggu mereka akan pulang kerumah masing2. Aktiviti mereka selama dua minggu ini adalah tertumpu di luar kem. Tiada lagi aktiviti lasak di bawah cahaya matahari.

Pagi itu mereka dibawa ke sebuah klinik lama untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekeliling. Wajah masing-masing ceria apabila bas mula bertolak. Kali pertama selama hampir tiga bulan berkampung di kem berkenaan, mereka keluar meronda. Keadaan kampung dan bandar di sekitar Perak sangat bersih. Mereka mencuci mata seketika.

          Selepas sejam, mereka sampai ke destinasi. Klinik lama itu seakan-akan usang dan tidak terurus. Selepas selesai memberi tugas masing-masing, mereka memulakan kerja. Aduka terdengar suara seseorang dari jauh. Suara itu menyebut perkataan belakang.

"Cikgu, saya nak kemas belakang klinik boleh? Saya dengan Hariz." Minta Aduka sambil mengangkat tangan.

"Kau kenapa? Tiba-tiba je." Hariz menyiku lengan Aduka. Aduka tersenyum. Selepas mendapat persetujuan, mereka melangkah ke tempat yang diinginkan.

               Aduka dan Hariz berada di bahagian belakang klinik. Di kawasan yang agak gelap dengan semak dan lalang tinggi. Aduka memegang sabit manakala Hariz mula menyapu daun-daun kering. Sebaik sahaja Aduka mula menyabit, hatinya berdebar-debar.

"Kenapa dada aku berdebar-debar dari tadi? Ada benda ke kat sini? Kenapa aku rasa lain macam?" Aduka menyelak kesemua lalang dan semak samun disitu.

Sebaik sahaja dia menyelak semak yang rimbun di bahagian hujung pagar, dia terduduk dengan mata yang terbuntang.

"Arghh!" Aduka tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terjerit. Hariz berlari kearah Aduka.

"Kenapa? Kenapa?" Aduka menunjuk kearah benda itu.

Satu bungkusan kain yang sudah lusuh dan menampakkan tangan yang kecil dari dalam. Tangan yang hampir bertulang.

"Ya Allah! Cikgu Ikram! Cikgu Ikram! Kecemasan!" Panggil Hariz dan berlari kehadapan klinik.

Aduka yang terduduk di rumput masih merenung bungkusan itu. Sayu hatinya melihat bayi yang tidak bersalah menjadi mangsa manusia yang sesat. Tiba-tiba, suara seseorang menangis kedengaran di sebelahnya. Dia berpaling perlahan-lahan. Bayangan seorang wanita muda dan pucat sedang menangis dengan air mata darah.

"Anakku.... terima kasih sebab menjumpai anakku.. sudah lama aku mencari tapi tidak berjumpa. Maafkan ibu kerana melakukan perkara seperti ini padamu anakku sayang. Ibu tidak berdaya melawan ayahmu ketika dia membuangmu... ibu merindui anakku.. maafkan ibu..."

wanita muda itu memeluk roh bayinya dan berlalu pergi. Namun jasad masih ada disitu. Aduka masih tergamam tidak terucap apa-apa.

          Cikgu Ikram menelefon polis apabila disahkan isi bungkusan itu adalah mayat seorang bayi yang dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Mereka membatalkan aktiviti pagi mereka dan pulang semula ke kem. Di saat bas mula berjalan, Aduka dapat melihat bayangan wanita itu melambai ke arahnya dan tersenyum manis. Kelihatan bayinya dipangkuan memegang jari ibunya. Aduka tersenyum.

(bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience