GUA

Horror & Thriller Series 547

(Keesokan harinya)

Pagi yang indah di mulai dengan solat subuh berjemaah dan mengingati Allah Maha Pencipta. Di kala azan subuh berkumandang, Aduka telah berada di surau kem sambil ditemani oleh ustaz. Mereka yang terawal sampai disitu. Hariz dan kawan2 yang lain muncul selepas 15 minit.

"Aduka! Aku cari kau kat dorm. Aku takut kau hilang. Rupa-rupanya kau kat sini. Ustaz Ilham dengan Aduka baru sampai ke?" Tanya Hariz sambil menanggalkan selipar.

"Kau okay tak Aduka? Dah sihat?" Tanya kawannya yang lain.

"Aku ok je Hariz, Azwan. Tak payahlah risau sangat. Maaf ya aku susahkan korang semalam." Pinta Aduka perlahan sambil melihat ke lantai. Bahunya ditepuk.

"Kau kawan kami. Takkan kami nak diam je. Aduka, kalau kau ada masalah lepas ni bagitahu kami. Kita kan satu pasukan. Apa yang penting?" Kata Hariz sambil tersengih.

"Apa yang penting? Kerjasama!!" Sahut Azwan sambil membuat gaya cerita kartun wonderpet. Masing-masing ketawa gembira. Ustaz Ilham hanya tersenyum.

(Pukul 2 petang)

"Aktiviti hari ini adalah jungle survival. Cikgu dan sarjan akan tunjukkan pada kamu cara-cara untuk hidup di dalam hutan apabila kamu pergi berkhemah atau berhiking ke bukit atau gunung. Semua yang cikgu ajar ini adalah asas yang perlu kamu semua tahu. Dengar dan lihat betul-betul apa yang sarjan kita akan lakukan selepas ini. Kalau saya tanya tapi korang tak dapat jawab, siaplah! Faham semua?!" Cikgu kumpulan Charlie iaitu cikgu Ikram memberi arahan. Kesemua pelatih menjawab serentak.

Seorang tenaga pengajar yang berpangkat Sarjan dijemput khas untuk mengajar mereka pada pagi itu. Semua pelatih mendengar dengan teliti. Selepas beberapa jam, mereka berhenti mengadakan aktiviti.

"Memandangkan dah pukul 6 petang, cikgu nak bawa kamu semua ke satu tempat yang agak menarik. Tempatnya tak jauh dari sini. Belakang bukit ni je. Sekarang ikut cikgu. Ingat! Dengar arahan cikgu. Jangan memandai buat sesuka hati!" Tegas cikgu Ikram yang bermisai.

Semua pelatih membaiki baju celoreng mereka dan mula berjalan. Aduka yang berada di bahagian belakang mulai resah. Hariz menyedari perubahan yang dialami oleh kawannya itu.

"Aduka, kau okay ke?" Bisik Hariz ditelinga Aduka.

"Aku ok.. tapi kepala tiba-tiba peninglah.. rasa seram sejuk je. Aku..." ayatnya terhenti disitu dan memikirkan sesuatu. "Tak ada apalah. Janganlah risau." Jawab Aduka sambil tersenyum.

"Ok. Aku percayakan kau kali ni." Tambah Hariz.

Mereka sampai di hadapan sebuah gua di dalam hutan. Kesemua pelatih teruja melihat keadaan gua berkenaan. Cikgu Ikram memberi arahan supaya mereka diberi kumpulan dan masuk ke dalam gua mengikut giliran. Aduka dan Hariz dalam kumpulan terakhir.

Selepas setengah jam, akhirnya tiba giliran mereka. Aduka yang berada di belakang satu batu menekup hidungnya yang tiba-tiba mengeluarkan darah. Dia panik dan tanpa berfikir panjang terus mengelap darah itu dengan lengan baju celoreng dari bahagian dalam. Dia bertenang dan membuat lagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hariz berada di hadapan Aduka manakala Aduka belakang sekali. Sebaik sahaja mereka memasuki gua itu, angin kuat bertiup ke arah Aduka. Satu lembaga hitam melihat kearah Aduka dari jauh namun tidak disedari oleh Aduka. Di dalam gua itu terdapat satu lekukkan di bahagian tengah gua. Lekukkan itu seolah-olah tanah mendap. Ramai pelatih berjalan di atas lekukan berkenaan dan berseronok kerana dapat memasuki gua itu.

Selepas seketika, mereka keluar dari gua. Badan Aduka mengeletar dan seram sejuk. Tetapi dia berusaha supaya tidak terlalu kelihatan di hadapan Hariz. Akhirnya, mereka dibenarkan pulang ke kem selepas jam menunjukkan pukul 7 petang.

Sebaik sahaja mereka melepasi pagar kem, azan maghrib berkumandang. Mereka bergegas pulang kedorm masing-masing untuk mandi dan solat maghrib. Aduka cepat-cepat mengambil tuala dan mandi. Mereka semua berlari ke surau untuk solat berjemaah.

(Selepas pukul 11 malam)

Semua pelatih sedang bersiap-siap untuk tidur. Esok mereka perlu jalani aktiviti macam biasa. Aduka merasakan sesuatu yang aneh tentang dirinya. Mungkin demam akan melanda. Namun didiamkan.

"Aku tak sangka gua yang kita masuk tu adalah markas tentera jepun zaman dulu. Seram bro!" Kawan2 Aduka mula berbual mengenai gua yang ada di belakang kem.

"Dan yang paling mengejutkan lekuk yang ada kat tengah-tengah gua tu sebenarnya adalah kubur mangsa pembunuhan zaman jepun. Kepala diorang ada kt tengah-tengah tu. Nasib baik aku tak pijak lekuk tu. Kalau tak..." Hariz menyampuk.

Aduka hanya mendengar sambil mengelap kasut hitamnya.

"Hei! Dah-dahlah cerita pasal benda tu. Dahlah malam ni malam jumaat. Kang dia datang malam ni. Tak pijak tanah korang lari nanti." Balas Sufian yang berpakaian ala2 Da'i. Hariz melihat kearah Aduka yang bersendirian.

"Aduka, esok kita ada aktiviti luar. Pertandingan menggunakan kompas. Kau okay tak sebab esok boleh tahan lama juga kita kat luar." Tanya Hariz melafazkan kebimbangannya. Aduka hanya tersenyum.

"Aku okay sangat-sangat. Memang aku tengah tunggu untuk aktiviti esok. Yang kau bimbangkan sangat ni kenapa? Aku boleh jaga dirilah." Balas Aduka ketawa kecil. Dia mengemas katilnya.

"Nama pun kawan. Mestilah risau. Apalah kau ni." Ujar Hariz pula.

Malam itu mereka tidur dengan tenang. Aduka sudah mengambil dua biji panadol untuk menghilangkan sakit kepalanya.

(Keesokan harinya. Di kawasan check point. Pukul 3 petang)

"Kita akan bergerak serentak. Group kita akan menghala ke arah jalan raya. Petunjuk kita adalah longkang lama dan kawasan pokok getah dan hutan. Longkang lama tu ada di tengah-tengah. Misi kita adalah mencari musuh yang berada di kawasan hutan sekitar petunjuk yang kita dapat tu. Jadi, saya nak kamu semua bekerjasama untuk menangkap mereka. Tak kiralah lelaki ke perempuan kita satu pasukan. Charlie boleh!!" Cikgu Ikram memberi kata semangat. Semangat mereka semakin berkobar2.

Mereka memulakan aktiviti mereka tepat pukul 4 petang. Masing-masing bergerak ke arah kawasan yang dikhabarkan itu.

"Sebelum sampai ke sana, saya nak pesan. Petunjuk yang saya bagi bukan senang nak dapat. Kamu kena pakai mata dan minda kamu untuk mencari musuh kita. Cari sebalik benda yang kamu tak nampak. Guna otak kamu. Siapa yang akan pegang kompas dan jadi ketua kamu ni?" Tanya cikgu mereka.

"Saya rasa Aduka boleh jadi ketua. Dia lebih tahu pasal kompas. Saya cadangkan Aduka." Hariz mengangkat tangan menawarkan Aduka menjadi ketua platun Charlie. Aduka terkejut.

"Kau kenapa? Aku taknaklah!" Tegas Aduka sambil mencubit Hariz. Hariz terkejut dengan sengatan dari Aduka.

"Saya pun..." belum sempat cikgu mereka memberi kata putus, seseorang mengangkat tangan.

"Buat apa bagi dia cikgu. Dia ni mudah sakit. Saya takut group kita kalah cikgu. Bagi saya je. Saya pun tahu pakai kompas ni." Seorang pelatih yang agak sombong mengambil kompas dari tangan cikgunya dan berjalan ke hadapan. Cikgunya menggelengkan kepala.

"Berlagaknya si Harun tu. Ingat dia sorang je ke yang bagus." Ejek Hariz.

"Biarlah dia. Tak payah nak ambik kisah sangat." Pujuk Aduka. Mereka memulakan pertandingan.

Mereka bergerak hingga ke beberapa tempat yang dikatakan ada petunjuk tetapi apabila Aduka atau Hariz memberi cadangan, Harun tidak menerimanya.

"Aku ketua platun. Aku yang decide kesemuanya. Korang diam!" Marah Harun. Haris menahan marah.

Semasa mereka melintas satu hutan yang agak jauh dari jalan raya, Aduka tergerak hati untuk mendekati kawasan semak disitu. Dia melihat satu longkang lama yang terselindung dengan semak samun di sana. Berada di tengah-tengah hutan dan pokok getah. Aduka ingin memberitahu Harun namun tidak diendahkan. Malah Aduka di tengking sehabis mungkin. Akhinya Aduka mendiamkan diri. Kepalanya mulai pening.

"Kau takyah ambik hati sangat dengan si Harun tu. Bodoh sombong!" Marah Azwan.

"Tak kisahlah. Biarlah dia." Balas Aduka tidak ambil hati.

Mereka mengikut arahan Harun selama mereka bergerak. Kebanyakan ahli platun tidak menyenangi tindakan Harun dalam memberi arahan dan sikapnya yang panas baran membuatkan ahli platun perempuan selalu menjauhinya.

"Dah nak dekat pukul 6. Tak dapat jumpa lagi musuh kita. Apa ni ketua! Baik balik rumah je. Bazir masa je kat sini!" Sindir salah seorang platun. Harun mulai marah.

"Kau jangan nak menghina aku ya! Aku ketua! Aku tahulah apa yang aku buat! Kau siapa nak ejek aku?!" Harun menolak badan ahli platun tadi. Pertolakan mulai berlaku. Dan perang mulut bermula.

"Korang! Sudahlah tu! Tak baiklah gaduh-gaduh. Kita boleh bincang cara baik. Tak eloklah orang tengok." Nasihat Aduka yang berada di tengah2. Tetapi Aduka ditolak ketepi dengan kasar.

"Kau jangan nak masuk campur! Pasal kaulah benda ni jadi! Kalau kau tak pandai-pandai cakap pasal petunjuk yang cikgu cakap tu, diorang tak akan memberontaklah! Semua masalah punca dari kau!" Harun menolak badan Aduka lebih kasar hinggakan Aduka tersungkur ketanah.

"Hoi budak! Kurang ajar kau!" Hariz mencengkam kolar baju Harun tetapi sempat disekat oleh Azwan.

"Jangan Hariz. Jangan jadi bodoh macam dia!" Pujuk Azwan. Aduka bangun dan menarik tangan Hariz jauh dari Harun.

"Kurang ajarlah budak bodoh tu! Kau okay tak bro?" Marah Hariz lagi.

"Aku okaylah. Aku boleh jaga diri. Janganlah risau. Kita tak payah susah-susah. Aku tahu kat mana musuh kita tu. Bagitahu kawan-kawan yang lain. Kita serbu terus. Tak boleh tunggu lama. Dah nak maghrib. Jom!" Arah Aduka.

Hariz mengangguk faham dan segera memberi arahan kepada kawan-kawan yang lain. Harun mengetap gigi menahan marah. Dendamnya pada Aduka semakin bertambah.

Akhirnya kesemua musuh mereka iaitu ahli dari platun lain telah ditemui termasuklah cikgu mereka. Semasa mereka dapat menahan seorang musuh yang terakhir, Aduka menyedari dua daripada kawannya tiada. Yang lain-lain telah pulang ke tempat perkhemahan. Aduka memasuki hutan kerana hatinya kuat mengatakan bahawa mereka berada di dalam hutan itu.

Aduka mencari mereka iaitu dua ahli perempuan yang dikatakan mengambil jalan sendiri dengan memasuki hutan dari arah belakang tanpa guide. Suasana semakin gelap.

Semasa Aduka melintas satu pokok besar, Aduka mendengar suara seseorang sedang menangis. Aduka was-was untuk melihat tetapi dia terpaksa kerana bimbangkan ahli pasukannya.

"Gina! Ira! Jumpa juga dengan korang! Jom balik! Bahayalah kat sini petang-petang macam ni" Aduka gembira melihat kawan-kawannya baik sahaja.

"Aduka! Nasib baik kau jumpa kami! Kami dah putus asa tadi! Dari tadi kami cari jalan keluar tapi tak berjumpa!" Cerita Gina.

Mereka mencari jalan keluar. Malam hampir menjelma. Tiba-tiba, mereka terdengar tapak kaki seseorang sedang berlari kearah mereka. Gina dan Ira semakin takut.

"Jom! Cepat!!" Panggil Aduka sambil mengangkat akar-akar kayu yang menutup jalan keluar.

Mereka berdua terpaksa merangkak keluar dari bawah kerana akar pokok yang berselirat di bahagian atas. Selepas mereka selamat keluar, Aduka memberi arahan supaya mereka pergi kearah jalan raya sebelum azan berkumandang. Aduka berusaha keluar dari bawah akar kayu itu. Namun agak sukar apabila dilakukan sendiri.

Tiba-tiba, kakinya seperti ditarik oleh sesuatu apabila dia hampir keluar dari situ. Aduka terkejut dan cuba menarik semula kakinya. Cengkaman tangan misteri itu sangat kuat hinggakan Aduka merasakan kakinya seakan-akan tercabut.

Azan akhirnya berkumandang. Tangan misteri hilang dan Aduka segera melarikan diri. Disaat dia sampai di hadapan hutan, cikgunya iaitu cikgu Ikram sedang menenangkan Gina yang mengalami histeria. Van Plkn sampai dan mereka berjaya keluar dari hutan berkenaan.

Semasa mereka pergi agak jauh, Aduka dapat mendengar satu ngauman kuat dari dalam hutan. Dia melihat kearah Cikgu Ikram. Cikgu Ikram hanya mendiamkan diri. Bermakna bukan dia sahaja yang dapat mendengarnya. Kaki Aduka berdenyut-denyut. Aduka dan yang lain-lain sampai di kawasan perkhemahan mereka.

Aduka sempat mandi dan bersiap-siap untuk solat jemaah. Sebelum itu, dia membuka kasut dan stokin. Matanya terbuntang apabila melihat kakinya kemerahan dan ada kesan jari dengan kuku tajam di pergelangan kakinya. Kepala semakin pening.

(Pukul 11 malam)

Mereka semua tidur dengan nyenyak apabila selamat sampai di kem selepas membuat aktiviti sebentar tadi termasuklah Aduka yang lebih letih dari yang lain. Wajahnya yang agak pucat membimbangkan Hariz dan kawan-kawan sebilik.

(Keesokan harinya pukul 12 tengahari)

Mereka berlatih kawat kaki di bawah matahari yang terik. Platun charlie sedang berlatih kerana tidak lama lagi akan diadakan pertandingan kawat kaki antara kumpulan. Aduka yang sedang berkawat bergerak agak lambat di bahagian belakang. Sebaik sahaja mereka berhenti menghentak kaki, Aduka hampir tumbang tetapi sempat dipegang oleh Hariz yang berada di tepi.

"Kita berhenti setakat ni. Bersurai!" Cikgu Ikram memberi arahan. Mereka keluar dari kawat dan berjalan ke arah kantin untuk makan tengahari.

"Hariz, aku nak pergi ke bilik medik sekejap. Kau tunggu aku kat dalam dorm ya." Minta Aduka perlahan.

"Aku teman kau. Jom!" Bantah Hariz.

"Tak apalah. Aku bukan sakit teruk pun. Aku nak mintak ubat je. Kau makanlah dulu." Aduka tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Dia tiba di bilik medik dan diberi rawatan. Aduka disahkan demam panas dan dibiarkan berehat di dalam bilik medik untuk seketika. Tetapi Aduka mesti menghadirkan diri di dalam kelas modul petang nanti. Aduka tertidur di situ.

"Aduka... Aduka... bangun.. dah nak dekat setengah jam ni. Awak kena makan sebelum ambik ubat. Boleh ke awak balik ke dorm ni?" Kejut doktor yang bertugas.

"Em... saya boleh. Terima kasih sebab rawat saya. Saya pergi dulu." Aduka bangun dan mula berjalan ke arah dorm.

(Di dorm charlie)

"Aduka! Kau kemana? Aku tunggu kau lama kat kantin. Kau nak makan tak? Aku ambilkan makanan." Hariz menyambut kehadiran Aduka di muka pintu.

"Tak payahlah Hariz. Aku okay. Nak mandi jap. Lepas ni ada kelas. Aku tak boleh ponteng." Kata Aduka seolah2 bersemangat. Untuk menutup kelemahannya itu. Aduka mengambil tualanya dan bergerak ke bilik air.

Semasa dia membelok kekiri, pandangannya samar2. Wap panas mula membahang. Dia mandi agak lama untuk menghilangkan panas berkenaan. Selepas segar sedikit, dia bersiap untuk ke kelas.

"Kau betul-betul okay ke Aduka? Kalau ada masalah bagitahu aku tau." Ujar Hariz serius.

"Ya Hariz. Aku akan bagitahu kau serta-merta ok. Terima kasih sebab ambik berat pasal aku." Ucap Aduka gembira.

(Di dalam kelas)

Aduka tidak dapat memberi sepenuh perhatian pada pelajaran yang berlaku di hadapan matanya. Matanya mulai merah, wap panas mulai keluar dan dia mula batuk serta selesema.

Selepas tiga jam, kelas tamat. Masing2 dibenarkan ke dorm untuk minum petang. Kelas dikosongkan dan Aduka yang tertidur dibiarkan di mejanya tanpa siapa yang mengejutnya.

"Aduka... Aduka..." Satu suara memanggil Aduka perlahan. Aduka yang mamai terbangun.

"Siapa?" Aduka menguap dan menggosok mata. Wanita muda yang menyelamatkannya berada disitu. Wanita yang bernama Bunga Melati itu berdiri di hadapannya dengan senyuman manis.

"Kenapa tidur disini? Kamu tidak sihat. Pulang ke bilik." Tanya Bunga Melati lembut.

"Mana semua orang? Dah balik ke? Kenapa tinggalkan saya kat sini?" Aduka merungut dan bangun.

Bunga Melati mengekori Aduka dari belakang. Sebaik sahaja dia membuka pintu yang tertutup sebelah, Harun muncul dihadapannya.

"Harun.. ingatkan siapa tadi. Aku masuk bilik dulu." Aduka senyum dan berlalu dari situ. Harun hanya terdiam. Dia hanya melihat Aduka melalui hujung matanya.

Tiba-tiba, tangan Harun cuba mencapai baju Aduka. Bunga Melati menepis tangan Harun secara halus. Harun yang bermata hitam keseluruhan hanya merenung bunga Melati. Senyuman sinis terukir di wajah Harun. Bunga Melati dapat melihat bayangan lelaki yang cuba merampas cicitnya di alam mimpi tempoh hari.

"Jangan cuba sentuh keturunanku." Sayup-sayup kedengaran suara bunga Melati memberi amaran. Kelibat Harun lenyap serta merta.

"Aduka tidak apa-apa bukan? Boleh berjalan sendirian ke bilik?" Tanya Bunga Melati lagi tanda risau.

"Boleh makcik. Janganlah risau." Jawab Aduka ringkas. Aduka melihat Hariz yang berlari-lari anak kearahnya.

"Aduka! Kau kat sini rupanya. Aku risaukan kau. Aku ingat kau dah masuk bilik. Aku cari kau tapi tak jumpa. Kau pergi mana?" Hariz termengah-mengah menarik nafas.

"Aku tertidur dalam kelas. Diorang tinggalkan aku seorang diri dalam tu. Hariz, alang-alang kau ada kat sini, boleh tak pimpin aku ke bilik? Demam aku semakin teruk ni." Pinta Aduka sambil meletakkan tangannya di bahu kawan baiknya.

"Boleh je Aduka! Untuk kau, aku tak kisah buat apa pun. Kita kawan sejati bro. Jom balik bilik. Aku ada buatkan air teh dengan roti yang aku cilok di kantin tadi. Jom!" Hariz memapah Aduka ke bilik mereka.

Di kejauhan, sepasang mata merah melihat mereka berdua. Gigi taring kelihatan dan hembusan nafas kelihatan.

(bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience