KELIBAT

Horror & Thriller Series 547

(Selepas seminggu)
(Di kantin, pukul 8.30 pagi)

"Kita masih ada masa 7 hari sahaja untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan di sini. Selepas itu, kita dah boleh balik ke rumah masing-masing. Manfaatkan masa ketika kamu masih berada di kem ini. Hanya kaum melayu dan india je yang ada kat sini. Budak-budak chiness dah balik ke kampung masing-masing sempena chiness new year ni. Setiap platun hanya ada beberapa aktiviti untuk mengisi masa kamu disini. Selepas ini setiap platun dibenarkan keluar dari kem untuk aktiviti bebas. Saya taknak bazirkan masa emas kamu. Kamu boleh berseronok di luar tapi ingat jaga tingkah laku dan perangai kamu diluar. Jangan malukan kem kita. Faham?!" Arah dekan yang berucap di hadapan semua pelajar.

"Faham dekan!" Sahut mereka serentak dan disusuli dengan gelak ketawa kerana dapat menjalani aktiviti diluar untuk seminggu ini.

(Di dorm Charlie 2)

"Cikgu Ikram! Kita nak kemana ni? Nak pergi mandi sungai ke?" Tanya Suffian gembira. Cikgu Ikram hanya tersenyum.

"Kita dibenarkan pergi melawat rumah orang asli di satu tempat. Atas bukit. Jadi dari sini kita akan menaiki bas. Selepas itu kita terpaksa naik lori polis untuk mendaki keatas bukit. Sepanjang perjalanan tu, saya harap kamu semua jaga mulut. Jaga perangai. Kita nak pergi ke tempat orang. Jangan tunjuk lagak pandai ok." Arah Cikgu Ikram tegas.

"Ok cikgu! Jangan risaulah. Kami akan dengar arahan cikgu." Jawab Hariz sambil melihat kearah Aduka.

"Kita akan bergabung dengan charlie 1. Satu platun ini akan terus keluar dari kem. So, prepare apa yang patut. Pakai baju celoreng. Cikgu tunggu kat bas. Cepat siap! Pukul 10 kita bertolak." Tegas Cikgu Ikram.

           Masing-masing segera mengemas untuk pergi ke kawasan kampung orang asli yang telah ditetapkan. Semasa Aduka keluar dari dorm, muncul wanita terapung dibelakangnya.

"Hai Aduka! Nak pergi mana ni?" Tanya wanita itu lembut. Aduka tersenyum.

"Kami nak pergi melawat rumah orang asli. Sebelum malam kami baliklah. Ada aktiviti kat luar. Kau okay ke duduk sorang-sorang?" Tanya Aduka ringkas sambil mengunci pintu dorm. Kesemua ahli telah berkumpul di hadapan kantin.

"Aku dah biasalah duduk sendiri. Apalah kau ni. Jangan balik lambat sangat. Aku sunyi kau tak ada. Bawak balik buah tangan untuk aku nanti boleh?" Wanita itu terapung-apung sekeliling Aduka.

"In shaa Allah.. kalau ada aku bawakan. AKu pergi dulu. Tolong jaga dorm kami ya. Kalau ada apa-apa bagitahu aku bila aku dah balik nanti. Bye Ayuna!" Aduka berlari secepatnya untuk berkumpul bersama kawan2nya.

Ayuna hanya melambai dari jauh. Sekilas pandangan teralih, satu kelibat hitam mengekori Aduka dari belakang sehinggalah Aduka menaiki bas.

"Apa benda tu? Siapa yang ikut Aduka tu? Takkanlah pakcik jahat hari tu kot! Habislah kalau dia dapat Aduka! Aku kena bagi amaran pada Aduka!" Ayuna bergerak selaju mungkin kearah kantin.

Namun pergerakannya terhenti ketika berada di hadapan tasik. Jaraknya hanya setakat itu. Dia tidak dapat pergi jauh dari situ.

"Aduka!! Aduka!!" Jerit Ayuna nyaring namun tidak dapat didengar oleh Aduka yang telahpun bertolak keluar dari kem. Ayuna hanya menggaru kepala dan memandang kearah bas yang semakin hilang.

(Dalam perjalanan ke rumah orang asli)

"Kita mengembara ke sebuah alam baru. Ke rumah orang-orang asli nun jauh di sana.... oh! Tidak sabar hati ini... lajulah sikit pakcik!" Salah seorang kawan Aduka yang bernama Raja Syafiq sedang menelaah buku sastera yang baru dibelinya sambil memcuba mereka lirik gurindam terbaru.

Semua mengetahui mat jiwang yang seorang ini. Tidak hairan kalau Raja mendapat title bujang popular di dalam kem.

"Apa yang kau bebelkan ni Raja Kapur? Dah lama tak makan ubat ke?" Usik Hariz sambil gelak. Raja mencebik.

"Suka hati akulah. Yang kau kisahkan sangat hal aku kenapa? Jangan kacau aku! Sibuk je." Marah Raja. Dia melangkah pergi dan duduk di belakang sekali di sebelah Aduka yang sedang termenung.

"Ala.. baru usik sikit dah sentap! Jangan kuat merajuk sangat. Nanti berkedut dahi tu." Usik Hariz lagi. Raja menjelirkan lidah kearah Hafiz.

"Bencilah aku dengan Hariz tu! Suka kacau ketenteraman aku tau! Aduka! Boleh tak kau tolong nasihatkan sikit kawan baik kau tu." Minta Raja serius. Aduka hanya mengangguk faham dan tersenyum. Dari jauh sepasang mata melihat dan merenung kearah Aduka dengan perasaan amarah yang amat kuat. Aura kemarahan semakin terasa.

"Hoi Harun! Kau apahal? Dari tadi renung si Aduka tu. Kau ada masalah ke dengan dia? Kau jangan buat hal kat sini. Hal kau yang dulu pun belum settle lagi tau. Jaga perangai sikit." Tegas Azman yang berada berdekatan dengan Harun.

Harun merengus dan memalingkan muka kearah keluar bas. Satu bayangan hitam muncul dihadapannya. Harun tersenyum disaat bayang-bayang hitam itu hilang dihadapannya untuk sesaat. Senyuman yang agak ngeri.

(Ditepi jalan)

"Ok semua! Kita akan tunggu kenderaan yang lagi satu untuk mendaki bukit untuk pergi ke rumah orang asli. Dalam sepuluh minit lagi sampailah. Kalau kamu semua nak beli buah tangan ke apa ke boleh beli sekarang sebelum lori sampai." Arah cikgu Ikram.

Ustaz Ilham tidak dapat hadir kerana masalah kenderaan. Mereka mula pergi ke kedai yang berdekatan untuk membeli sedikit barang untuk diri mereka dan untuk orang asli nanti. Aduka melihat sesuatu dari jauh dan menyiku lengan Hariz.

"Apa? Apa yang kau tengok?" Tanya Hariz hairan.

"Tu!! Kat sana tu..." tunjuk Aduka dengan jari. Hariz merenung dan mula senyum sinis.

"Hei Raja kapur! Aku rasalah tempat tinggal kau dah ada kat sini. Tu rumah kau kan?" Ujar Hariz dan mula senyum.

"Apa kau cakap ni? Aku asal kuala lumpurlah. Bukan..." Raja menunjukkan wajah marah pada Hariz. "Itu tempat asal kaulah bodoh! Hospital bahagia sesuai untuk orang yang otak kurang akal macam kau! Bengong!" Tengking Raja betul2 serius. Semua orang terkejut mendengar suara amarah Raja. Raja meninggalkan Hariz dengan wajah merah padam.

"Apa ni Hariz? Aku cuma tunjukkan hospital tu kat kau. Yang kau ejek si Raja tu kenapa? Kau memang tak sayang mulut ke?" Balas Aduka kecewa.

"Aku saja je usik dia. Dia yang sentap lebih kenapa? Bajet bagus je." Kata Hariz sambil memeluk tubuh.

Lori yang akan membawa mereka akhirnya sampai. Mereka menaiki lori itu dan bertolak pergi. Aduka duduk di sebelah Raja yang masih sugul.

"Raja, aku minta maaf dari pihak Hariz. Aku tahu mulut dia kadang-kadang berbisa tapi aku faham sangat perangai dia. Dia tak berniat pun. Dia tak sengaja buat kau kecik hati. Maafkan dia ya. Nanti aku cuba nasihatkan dia lagi supaya jangan kacau kau lagi." Pujuk Aduka lembut. Raja hanya mengeluh.

Aduka menjeling ke arah Hariz yang duduk di sebelah Harun. Pada saat itu, pandangan mata Harun masih merenung Aduka. Azman yang memerhati merasa kurang senang dengan situasi yang mereka alami sekarang ini. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku.

        Selepas beberapa jam, mereka sampai di tempat yang dituju. Mereka turun dari lori dan berkumpul di sebuah rumah yang berlantaikan buluh. Rumah yang sejuk walaupun tiada aircond. Mereka menemui tok batin yang merupakan ketua di situ.

Kesemua penduduk kampung beragama islam. Mereka mengalu-alukan kedatangan remaja2 itu. Selepas mendengar arahan dan peraturan ketika berada disitu, mereka mula meneroka perkampungan itu dengan ditemani salah seorang penduduk kampung.

"Aku ingatkan kampung orang asli ini macam kampung yang aku tengok dalam tv. Rumah kecik, tak ada eletrik. Agak mundur dan miskin. Rupa2nya tekaan aku salah seratus peratus. Kesemua rumah macam rumah pprt. Semua cantik. Macam bandar. Ada elektrik cukup lengkap. Kagum aku! Surau pun ada." Cerita Hariz gembira.

"Itulah. Don't know what judge a book by it cover. Tak semua perkampungan orang asli semuanya mundur. Semua dah up to date zaman it ni. Kau tengok sendirilah. Telefon pun ada. Handfon pun lagi canggih dari kita. Mereka berusaha mencari rezeki halal untuk mengembangkan asal usul mereka supaya sama taraf dengan diri kita yang tinggal di bandar ni. Mereka tetap manusia macam kita juga." Nasihat Aduka panjang lebar. Hariz mengangguk setuju.

        Mereka diberi tour di sekeliling kampung. Selepas pukul 12.30 tengahari mereka menjamu selera. Masakan yang di masak oleh penduduk kampung tidak pernah dirasai oleh mereka sebelum ini. Namun kesemunya sangat enak. Aduka perasan kelibat Harun tiada bersama mereka. Azman juga mencari Harun. Selepas dipastikan Harun tiada, Azman mula panas punggung.

"Cikgu! Harun hilang!" Panggil Azman panik. Cikgu Ikram bangun selepas siap menyantap. Dia berbincang dengan penduduk kampung dan memastikan ketiadaan Harun.

"Semua orang! Sila beri perhatian! Salah seorang ahli kita dah hilang. Kita akan cuba mencari Harun di sekitar sini. Bersiap semua!" Arah Cikgu Ikram.

Kesemua ahli Charlie mula bergegas turun dari rumah panjang. Selepas selesai memakai kasut masing2, mereka memulakan gerakan mencari kawan mereka yang hilang. Jam menunjukkan pukul 1.25 tengahari. Azan zuhur berkumandang dari jauh.

(Di kawasan bukit)

"Mana dia ni? Menyusahkan orang betullah. Kalau nak kemana-mana tu bagitahulah awal-awal. Ini main hilang-hilang pula." Rungut Azman yang berjalan bersama Raja dan Suffian.

"Nak cari mana lagi ni? Dah dekat sejam cari tak jumpa-jumpa ni. Aku penatlah." Tambah Raja pula. Buku ditangan masih dipegang erat.

"Sabar Raja, Azman. Sabar kan separuh daripada iman. Nanti kita jumpalah si Harun tu. Maybe dia ada kat mana2. Kita sambung cari ya." Pujuk Suffian, pengganti Ustaz Ilham.

"Ok! Ok!" Balas Azman dan Raja serentak.

(Di kawasan hujung bukit)

"Hariz, apa kata kita berpecah? Aku pergi sebelah sana. Kau sebelah sini. Dalam setengah jam kalau kita tak jumpa juga, kita jumpa kat sini balik. Ok tak?" Cadang Aduka serius.

"Ok! Boleh! Jom berpecah. Harap-harap dapatlah jumpa si Harun tu. Walaupun aku tak suka Harun tu, dia tetap kawan kita." Ujar Hariz tenang.

Dia mengelap peluh yang menitik dengan lengan bajunya yang kehitaman. Aduka dan Hariz berpecah. Seorang ke utara dan seorang ke selatan.

          Manakala yang lain-lain mengikut arah masing yang telah ditetapkan. Mereka akan berjumpa semula di rumah panjang sebelum Asar.

Ketika Aduka memasuki kawasan bukit yang agak curam, dia merasakan sesuatu sedang mengekorinya dari belakang. Dibacanya ayat2 suci al-quran untuk perlindungan.

Dipercepatkan langkah ketika merasai kehadiran kelibat hitam di hujung mata. Hati yang berdebar2 dan peluh menitik membangkitkan lagi ketakutan yang bersarang dihati. Bulu roma meremang sedari tadi.

         Semasa dia melalui satu pokok besar, satu tangan menepuk bahunya. Dia mempraktikkan seni silat yang dibelajarnya. Tangan asing itu dicengkam dan badannya dilambung keudara sebelum terhempas ke tanah. Aduka tergamam apabila melihat Hariz mengerang kesakitan di tanah.

"Hariz! Maaf! Aku tak tahu kau ada kat belakang aku! Maaf Hariz!" Aduka cepat2 menolong Hariz bangun. Hariz hanya mendiamkan diri sambil menepuk belakangnya. Matanya merenung Aduka seakan2 marah. Hariz meninggalkan Aduka yang terpinga2. Aduka hanya mengikut dari belakang. Satu lagi kelibat hitam muncul agak jauh dari mereka.

(Di kawasan bukit sekitar kampung)

"Azman! Aku dah jumpa Harun! Dia ada kat sini!" Suara Raja memecah kesunyian. Azman dan Suffian berlari kearah suara Raja. Raja sedang menaiki bukit yang agak landai bersama2 dengan Harun yang mendiamkan diri.

"Kau ke mana Harun?! Puas kami cari! Menyusahkan betullah dia ni!" Marah Azman sambil mengoncangkan badan Harun. Namun tiada reaksi yang ditunjukkan. Hanya mata yang terbuka bergerak2.

"Dah! Bawa dia balik jumpa cikgu. Rasanya semua orang dah balik ke rumah tok batin. Jom!" Arah Suffian.
Mereka berlari2 anak pulang semula ke kawasan perkampungan.

(Di rumah panjang)

"Alhamdulillah semuanya selamat. Jadi kita boleh sambung balik aktiviti kita yang terbantut tadi. Acara yang akan kita buat adalah menyumpit. Saya rasa semua orang tahu pasal sumpit ni. Buluh panjang dengan meniup isi yang ada didalam penyumpit. Anak sumpit dibuat dari buluh yang diraut rapi dan nipis seakan2 jarum. Di hujungnya diletakkan petanda. Sama juga dengan penyumpit buluh kita." Cikgu Ikram mula memberi keterangan mengenai sumpit dan bagaimana caranya untuk menggunakannya.

"Sekarang saya nak setiap orang ikut tok batin dengan anak buahnya belajar macammana nak guna sumpit ni. Buat tiga kumpulan. Cepat sebelum asar masuk." Arah Cikgu Ikram sambil memegang sumpit di tangan.

          Mereka memulakan pelajaran mereka. Setiap seorang dibolehkan mencuba untuk menyumpit kearah papan cardbox yang telah disediakan khas untuk pelajaran itu.

Setiap seorang berjaya menyumpit hampir tepat ke bahagian tengah. Hariz dan Aduka pelajar yang last mencuba. Hariz menyumpit dengan menggunakan sebelah tangannya sahaja.

Aduka dapat merasakan kelainan pada diri kawan baiknya itu. Aduka menunggu giliran. Anak sumpit dimasukkan kedalam sumpit. Dengan sekali tiup, anak sumpit terpacak di papan. Tepat2 di bahagian tengah.

"Buahnya dah habis. Tolong ambik kat papan sana." Arah salah seorang anak buah tok batin.

Aduka serta merta bangun dan berjalan menuju ke arah papan penembak. Dicabutnya anak sumpit satu persatu. Tiba-tiba, terasa sakit dibelakang leher. Satu anak sumpit terpacak dilehernya. Aduka mencabut dan merenung anak sumpit itu.

"Buat apa lagi tu? Cepatlah ke sini!" Jerit salah seorang kawannya. Aduka terkejut sedikit dan melihat ke arah Hariz. Anak sumpit yang berada di tangan hilang. Namun kesan luka di leher tetap ada. Darah kelihatan sedikit di tempat luka. Namun di lap laju oleh Aduka. Hatinya semakin tidak tenang disaat Hariz merenungnya tajam. Selepas dia memberi kesemua anak sumpit kepada anak buah tok batin, dia meminta izin untuk ke tandas. Sampai di tandas, dia terserempak dengan Azman. Azman dapat melihat perubahan wajah Aduka.

"Aduka, kau ok tak? Lain macam je muka kau. Muka ni sama macam muka masa dorm kita kena kacau hari tu. Kau ada apa-apa yang kau sorok dari aku ke Aduka?" Tanya Azman ingin tahu.

"Kau cuba tengok ni." Aduka menunjukkan luka kecil di lehernya.

"Mana ada apa-apa. Ok je aku tengok. Kau nak tunjuk apa ni?" Tanya Azman lagi. Aduka memikirkan sesuatu.

"Tak ada apa-apa. Aku nak pergi toilet kejap." Jawab Aduka dan terus masuk ke tandas.

"Aku teman kau. Ada benda aku nak ceritakan kat kau. Pasal Harun." Kata Azman ringkas.

             Aduka yang berdiri di sebalik pintu hanya mendengar kata2 dari Azman. Dapat dirasai sesuatu sedang berlaku.

(bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience