SERAM

Horror & Thriller Series 551

(Pukul 1.00 tengahari)
(Di dorm)

"Nasib baik tak jadi apa-apa semalam. Seram doh! Semua benda terbang! Kalau aku ada telefon masa tu, aku dah rakam situasi tu dan hantar kat paranormal. Biar mereka siasat!" kata Azman yang masih teruja ketika kejadian semalam berlaku.

"Dah! Jangan nak cerita lagi pasal benda tu! Tak elok! Benda dah lepas kan. Jangan asyik ingat je. Allah S.W.T lebih tahu apa yang terjadi. Dia yang maha mengetahui. Lebih baik ingat Dia dari ingat benda yang mustahil tu." nasihat Suffian tenang.

"Betul tu. Tak payah nak taksub sangat. Nanti terpesong." tambah Aduka pula. Hariz tiada di dalam dorm. Azman hanya mengangguk setuju. Kelihatan pelatih-pelatih sedang kelam kabut di dalam dorm.

           Mereka sedang bersiap untuk pertandingan kawat kaki petang nanti. Aduka dan kawan-kawan lain menunggu giliran untuk mandi dan solat zohor. Ada yang mengilap kasut dan ada yang menggosok baju celoreng untuk persediaan. Wajah masing-masing terbayangkan kegusaran dan kebimbangan. Terutamanya Azman. Azman dilantik sebagai sarjan dan akan memberi arahan di pertandingan nanti.

          Platun charlie diwakili oleh Hariz, Azman, Raja, Aduka, Suffian dan beberapa orang ahli lagi. Satu platun mengandungi 30 ahli. Setiap platun diberi masa selama 20 minit untuk membuat persembahan kawat dan kesemua pelatih akan berada di padang kawat untuk melihat pertandingan yang akan diadakan. Mereka perlu bersedia mental dan fizikal.

"Oi Hariz! Lamanya kau kat dalam. Aku tunggu dari tadi tau. Kau mandi ke berendam?" usik Aduka. Hariz yang sedang mengelap badan dan rambutnya hanya tersengih seperti kerang busuk. Aduka bangun dan pergi kearah pintu masuk. Tandas hanya berada bersebelahan dengan dorm mereka.

           Ketika Aduka melintas bilik cikgu Ikram, telinganya terdengar suara seseorang sedang berbisik memanggil namanya.

Dia berhenti melangkah dan menoleh ke bilik cikgunya. Pintu dikunci dari luar. Kelihatan mangga pintu berdekatan dengan tombol pintu.

"Tak payahlah nak kacau aku Ayuna. Aku tahulah itu kau." teka Aduka dengan suara perlahan. Tetapi tiada reaksi yang diberikan dari dalam. Aduka mulai pelik apabila satu ketukan dari dalam bilik berbunyi. Aduka mendekati bilik cikgunya dan menggosok sedikit pintu dan mengetuk pintu itu semula.

Tiba-tiba, ketukan semakin bertambah. Seolah-olah ada yang memberi reaksi. Hati Aduka semakin tidak tenang. Aduka terus berlari masuk kedalam tandas untuk mandi tanpa menghiraukan ketukan itu. Dia berdoa semoga tiada sesiapa yang mengganggunya lagi.

          Masuk sahaja di dalam bilik air untuk mandi, satu tangan muncul di dinding ketika pintu telah dikunci. Aduka terkejut dan tergelecek. Dia terjatuh kelantai kerana hilang keseimbangan.

"Aduh! Sakitnya... Nak bergurau pun agak-agaklah Ayuna!" marah Aduka apabila Ayuna muncul di hadapannya.

"Ha! Ha! Ha! Lawak betul muka kau! Macam tu pun kau dah takut! Malulah jadi jantan tapi penakut!" ejek Ayuna yang masih tergelak sakan.

"Semua orang akan terkejut kalau nampak tangan keluar dari dinding. Tok lebai pun boleh terbang songkok sebab terkejut bengong!" marah Aduka lagi sambil menyangkut tualanya di tepi pintu.

"Ala.... Itupun nak marah. Yelah! Yelah! Dah! Mandi cepat. Nanti lambat pula nak siap pergi bertanding." arah Ayuna dan menghilangkan diri. Aduka masih merungut sambil mandi.

(Pukul 2 petang)

           Kesemua pelatih bersiap sedia di padang kawat. Masing2 menahan debaran di dalam hati untuk menempuh ujian kali ini. Aduka yang sedari tadi mengelamun tersentak apabila platunnya di panggil oleh MC. Platun yang bertanding adalah 4 skuad untuk satu kem. Alpha, Bravo, charlie dan Delta. Dalam masa sejam, platun alpha dan bravo telah menyembahkan persembahan yang mengagumkan.

            Kini tiba masa team charlie. Azman membawa platunnya kehadapan. Suffian, Hariz dan Raja fi bahagian tengah. Manakala Aduka di bahagian belakang. Azman memberi arahan secara tertib dengan suara yang lantang. Semasa mereka berdiri untuk pergerakan terakhir, Aduka terlihat sesuatu di atas menara flying fox.

           Seorang remaja lelaki yang memakai baju celoreng sama sepertinya sedang berdiri tegak di hujung menara. Wajahnya hanya memandang kebawah. Seakan2 hendak terjun. Aduka mulai kalut. Pergerakan keluar Agak kucar kacir kerana Aduka tersalah pergerakan. Tetapi mereka dapat menghabiskan pertandingan itu secara baik.

Sebaik sahaja mereka diberi arahan untuk bersurai, Aduka segera ke arah menara untuk melihat remaja lelaki tadi. Namun bayangnya tiada.

"Hantu ke tadi? Tapi muka budak tu..... Sama macam Harun.." kata Aduka perlahan.

"Harun mana ada sini Aduka. Kau jangan buat hal. Harun kan kat rumah dia. Mak dia datang ambik selepas balik dari rumah orang asli hari tu. Kenapa? Kau nampak dia ke?" tanya Hariz yang muncul dibelakangnya. Azman menumbuk lengan Aduka Agak kuat.

"Kau kenapa?! Nasib baik aku sempat ubah arahan tadi! Kalau tak, mesti kita kalah dalam pertandingan ni!" marah Azman yang juga berada di situ.

"Maaf Azman. Aku tak sengaja." ucap Aduka sayu.

"Hoi! Mari sini! Cikgu panggil!" jerit Suffian yang berdiri Agak jauh dari mereka. Kelihatan cikgu Ikram berdiri disebelahnya. Mereka menuju ke sana. Remaja yang dikatakan menyerupai Harun muncul kembali di atas menara dengan senyuman sinis.

(Pukul 4.45 petang)

"Yeah! Kita menang!! Yahoo!!" Azman menjerit kegembiraan bersama-sama dengan kawan2nya. Berpelukan dengan gembiranya. Tetapi sepasang mata merenung kearah menara. Wajah yang risau ditunjukkan oleh Aduka.

"Pasti ke Harun dah balik rumah dia?" tanya Aduka.

Mereka dibenarkan untuk pulang semula ke dorm dan boleh beriadah di padang sehingga makan malam. Kebanyakan mereka pulang ke dorm untuk mandi dan berehat. Cuaca yang panas membuatkan mereka keletihan. Aduka masih berdiri menghadap menara seorang diri. Mereka yang lain mulai berlalu dari situ meninggalkan Aduka.

"Wei korang! Aku tanya ni! Betul ke Harun dah balik ke rumah dia?" tanya Aduka tanpa melihat keadaan sekeliling. Satu tepukan di bahu mengejutkannya.

"Dia dah balik rumah, Aduka. Apa yang awak bebelkan seorang diri kat sini? Awak tahu tak awak seorang je yang ada kat padang ni? Awak tengok apa?" ustaz Ilham berdiri di belakang Aduka.

"Ustaz! Ingatkan siapalah tadi. Tak ada apa2lah Ustaz. Saja tengok pemandangan sekeliling. Ustaz tak masuk bilik ke? Boleh berehat." ujar Aduka pura2 gembira.

"Awak tu yang saya khuatirkan. Duduk sini seorang diri. Duk renung je menara tu. Ada apa kat menara tu yang menarik minat awak?" balas Ustaz Ilham tenang.

"Tak ada apa2lah ustaz. Ustaz ni fikir yang bukan2 pula. Tak apalah ustaz. Saya masuk dorm dulu. Nak mandi. Badan dah Bau masam. Saya minta diri dulu ya Ustaz. Assalamulaikum." ucap Aduka ramah dan mula melangkah.

"Apa yang kita lihat dengan pandangan mata kasar hanyalah mainan dunia. Apabila melihat sesuatu dengan pandangan mata halus, itu mainan syaitan. Jadi gunalah mata hati dan mata akal untuk melihat kebenaran berlandaskan syariat islam. Itu lebih afdal. Apa yang terjadi dalam dugaan ada hikmahnya. Dan Allah turunkan dugaan dan ujian hanya untuk menguji umatnya supaya lebih penyabar dan mengingati-Nya. Insya Allah." nasihat Ustaz Ilham penuh hikmah.

"Ya. Saya faham ustaz. Terima kasih untuk nasihat tu." balas Aduka lagi.

"Dan kelebihan yang ada pada kamu juga adalah pemberian dari-Nya. Jadi gunalah sebaik mungkin supaya tidak terpesong jauh kearah jalan yang salah. Kalau kamu ada apa2 yang sulit yang hendak dibincangkan, datang je ke bilik Ustaz ok. Ustaz sentiasa akan cuba membantu anak murid Ustaz." tambah Ustaz Ilham sambil menepuk bahu Aduka beberapa kali. Mereka pulang ke bilik masing2 sambil berbual2.

"Dah rapat dia dengan ustaz tu. Nampaknya susah juga aku nak dekat dengan dia. Macam ustaz tu tahu apa yang berada di sekeliling budak tu. Kena hati2." muncul seorang lelaki tua yang selalu menganggu Aduka sejak dulu. Kerana ingin berkawan, batas2 seorang manusia akan dilanggar tidak lama lagi.

          Mereka dibenarkan berehat untuk malam itu. Tiada perjumpaan atau pertemuan dengan dekan atau cikgu2. Selepas solat Isyak berjemaah selesai, mereka pulang ke dorm beramai2. Masing2 berpakaian baju Melayu dan berkain pelikat. Songkok tidak ditinggalkan. Senyuman tidak pernah lekang dari wajah mereka apabila ustaz mengatakan bahawa mereka akan tamat latihan di kem plkn ini. Rindu benar pada keluarga yang hampir 3 bulan ditinggalkan. Perasaan teruja dan sedih bercampur baur. Tetapi mereka tekad untuk menjadikan kenangan mereka ketika di plkn itu sebagai kenangan yang paling indah di dalam hidup masing2.

"Hei korang! Kita ada lagi dua minggu sebelum tamat latihan kita kat sini. Aku akan rindukan korang lepas ni. Kalau boleh kita jangan putus kawan. Nanti kita simpan nombor telefon masing2 dan silalah contact kawan2 ya." luah Raja sambil meneliti langkah kaki melintasi jalan tengah diantara kolam di kedua2 bahagian sebelum sampai di jalan tar. Di hadapan mereka adalah kantin yang mereka santap sentiasa. Di sebelah kanan dorm lelaki dan sebelah kiri jauh sikit dari kantin adalah dorm perempuan.

"Mestilah kita orang call. Kita dah jadi kawan sejati sehidup semati dah ni. Takkan lupa kawan sendiri kan." balas Azman sambil tersenyum.

"Kita bukan sahaja satu pasukan, satu team, kita juga satu dorm. Bukan duduk dorm lain. Satu kompeni pula tu. So, dah terbukti kita memang sahabat sejati." tambah Suffian pula.

"Korang ni asyik bercakap pasal kawan je. Dah ready ke nak berpisah dua minggu lagi? Kita ni dahlah tinggal lain2 negeri. Memang boleh call, mesej semua. Tapi kalau nak jumpa susahlah sikit. Lagipun mungkin kita akan sambung belajar kat mana2. Nanti busy. Susah nak contact." sampuk Hariz.

           Belum sempat Aduka membalas, sebuah kereta berhenti betul2 di hadapan mereka. Di hadapan kantin itu, keluar Harun dari dalam perut kereta. Senyuman sinis terukir di bibir. Namun lain pula yang dirasai oleh mereka berlima. Lebih2 lagi Aduka.

"Harun... Sampai juga kamu ya. Ustaz ingatkan kamu dah tak datang sebab sakit hari tu." Ustaz Ilham muncul dari belakang mereka berlima dan bersalaman dengan ibu dan ayah Harun.

"Kami memang dah nasihat Harun supaya rehat kat rumah je. Lagipun dah tak lama latihan kat kem ni. Tapi dia yang tak nak. Dia kata nak luangkan masa dengan kawan2 sebelum tamat latihan. Kami tak adalah nak larang. Maaflah ustaz sebab susahkan ustaz dan cikgu2 kat sini dengan perangai anak kami. Kami harap lepas ni dia dah tak buat hal lagi. Tolong jaga dia untuk kami ya ustaz. Dia seorang je anak kami. Dah tak ada yang lain." minta ayah Harun serius.

"Sejak abang dia meninggal 3 bulan lepas, perangai dia dah jadi lain. Asyik nak marah. Tengking orang. Suka duk sendiri. Kami risau bila dia duduk seorang diri kat rumah tu. Kami harap dia lebih ceria bila berada kat sini. Tolong ya ustaz." tambah ibu Harun pula bersungguh2.

"Insya Allah... Kami akan jaga dia sebaik mungkin. Sama seperti kami jaga anak2 yang lain juga. Janganlah risau. Kalau ada apa2, kami akan hubungi puan dan encik dengan segera." balas Ustaz Ilham tenang.

         Harun masih merenung mereka berlima. Seorang demi seorang. Akhirnya mata Harun hanya tertumpu pada Aduka. Aduka tidak senang duduk dan terus bergerak meninggalkan Harun dengan keluarganya. Mereka mengikut Aduka dari belakang.

"Aku tak sedap hatilah. Harun dah balik sini. Aku ingat dia dah balik rumah dia selama2nya. Ada lagi dia kat sini. Aku memang tak sedap hati ni beb!" Hariz meluahkan ketidaksenangan hatinya sejak bertentang mata dengan Harun sebentar tadi.

"Aku pun. Aku rasa macam lain bila tengok dia. Tak sama macam mula2 kita kenal dia dulu. Dia sekarang..... Lebih berbahaya. Aku tak dapat nak terangkan." Suffian pula merungkaikan apa yang ada didalam hatinya.

"Tak payah fikir yang bukan2. Dia oklah. Tak payah risau. Mak ayah dia dah bawak dia berubat. Dia dah ok. janganlah bimbang sangat. Itu perasaan korang je. Tak baik buruk sangka dengan orang lain. Dosa tau!" bantah Aduka cepat2. Dia tidak mahu cerita palsu tersebar di dalam kem disebabkan mulut kawan2nya. Dia tidak mahu amalan fitnah menfitnah berleluasa di dalam kem. Mungkin Harun dah baik. Kalau tak dia tak akan balik ke kem semula.

"Aku tak tahu nak kata apa. Aku bukannya kenal sangat si Harun tu. Kenal gitu2 je. So aku lebih suka diam." Raja menyampuk. Masing2 mengeluh dan berjalan secepatnya ke dorm.

       Ketika mereka melalui bilik cikgu Ikram, satu ketukan kedengaran. Namun hanya Aduka yang mendengarnya. Aduka berhenti melangkah.

"Hei geng! cikgu Ikram pergi mana? Sejak makan malam aku tak nampak dia. Dia keluar kem ke?" tanya Aduka yang berada di belakang. Dorm mereka berada di bahagian belakang kem. Berdekatan dengan hutan pokok getah dan hutan simpan. Sebelum sampai didorm, mereka akan melalui cikgu yang bertugas untuk setiap dorm.

"Entahlah! Aku rasa cikgu keluar kot. Sebab kereta dia tak ada kat depan bilik rehat." kata Suffian ringkas.

"Kenapa? Kau ada hal ke dengan cikgu?" tanya Hariz pula. Aduka hanya menggelengkan kepala. Mereka berempat masuk ke dalam dorm.

       Semasa Aduka ingin pergi, satu tangan sejuk menarik tangannya kuat. Badannya tersentak ke pintu bilik cikgu Ikram. Wajah Harun rapat dengan wajahnya. Ketinggian mereka sama walaupun sebelum ini Harun lebih rendah dari Aduka.

"Aduka.... Aduka.... Dah lama aku tunggu kau. Kau tak sangka akan jumpa aku lagi kan? Aku tak akan lepaskan kau. Aku ada hal yang penting untuk dilaksanakan. Dan hal itu melibatkan kau. Jadi aku harap kau tak akan buat benda bodoh lepas ni. Atau lari dari aku lagi. Sebelum hal penting tu selesai, kau mesti berada dekat dengan aku. Kalau tak aku takkan dapat habuannya. Kau faham bukan?" Harun bertutur dengan suara yang garau. Bukan dengan suara yang sebenar. Dan Aduka tahu milik siapa suara itu.

"Tak sudah2 lagi ke kau nak kacau aku? Aku dah cakap banyak kali! Kau tak ada hak atas aku! Jangan kacau aku lagi!" marah Aduka. Peluh mulai menitik di dahi. Satu cengkaman dileher membuatkan dada Aduka berombak.

"Kau tak boleh lepas dari aku. Kau mesti gantikan ayah kau untuk berkhidmat di bawah aku! Kau faham kan? Kalau kau tak ikut arahan aku, orang yang kau sayang akan terima akibatnya!" tegas Harun dan menguatkan cengkaman.

"Tak akan!!" tengking Aduka lantang.

        Tiba2 pintu bilik cikgu Ikram terbuka dari dalam. Aduka terjatuh dan terbaring di depan pintu. Satu tenaga menarik Aduka masuk kedalam dan pintu terkunci semula. Satu tangan menutup mulut Aduka. Bau hamis seakan2 mayat dan Bau kemenyan menyelubungi bilik.

"Diam.. Nanti kau kena perangkap. Aku dah bagi amaran. Jangan dekat dengan budak tu. Dia bahaya!" Ayuna mencangkung di belakang Aduka. Aduka meronta melepaskan diri dari Ayuna.

"Pergh! Bau mayat kau kuat gila! Lemas aku. Jauhlah sikit! Lagi satu! Bukan aku nak dekat dengan dia. Dia yang datang dekat aku!" tegas Aduka menjauhkan diri dari Ayuna.

"Hehe! Maaf.. Aku nak kau diam. Itu je. Budak tu dah kena rasuk sejak balik dari rumah atas bukit tu. Aku dapat Bau roh tak aman dari dalam diri dia. Kuat tau! Kau kena hati2." arah Ayuna berbisik.

"Aku nak keluar. Aku rasa dia dah pergi. Jom keluar! Kita dah masuk tempat orang lain ni. Maaf tok... Tumpang lalu... " kata Aduka sambil tunduk hormat di belakang Ayuna. Sepasang mata merah menakutkan Aduka. Pintu terbuka sendiri. Aduka dan Ayuna keluar serta merta. Aduka berlari masuk kedalam dorm dan mengunci pintu. Dia menarik nafas sedalamnya.

"Oit! Kau kenapa?!" tegur Hariz secara tiba2.

"Apocot mak kau!! Kus semangat!! Kau kenapa?! Lemah jantung aku!" marah Aduka sambil mengurut dada yang berombak laju.

"Aik! Tanya pun nak marah. Orang risaukan dia. Apalah kau ni!" marah Hariz pula. Mereka duduk di katil masing2.

(bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience