BAB 2

Romance Completed 13605

Minggu demi minggu berlalu. Kehidupan Hidayu Aishah pada semester pertama di tahun akhirnya ini lebih sibuk berbanding semester-semester yang lepas. Hujung minggu seperti ini dia memang suka menghabiskan masa menyiapkan tugasan di bilik di kolej kediamannya sahaja jika tugasan tersebut bukan berkumpulan. Sudah menjadi kebiasaanya juga untuk memasang lagu-lagu sambil menyiapkan tugasan.

Kali ini sudah beberapa kali lagu Menjadi Diriku dendangan kumpulan Edcoustic dibiarkan beralun berulang-ulang kali. Tidak cukup dengan itu, dia turut sama-sama menyanyikan lagu tersebut. Kadang-kala sengaja dia berdiri di tingkap biliknya dan menyanyikan lagu. Dia rasa bebas apabila berbuat demikian.

Namun, dia hanya membuat aktiviti tersebut pada hujung minggu kerana kebanyakan pelajar keluar pada hujung minggu jadi kurang sedikit rasa bersalah walaupun pada hakikatnya dia boleh dikategorikan sebagai mengganggu ketenteraman awam.

“Moon, sorry kalau aku memekak. Aku memang macam ni. Hehe.” Ujar Hidayu Aishah kepada Munirah yang merupakan satu-satunya teman sebiliknya kerana mereka duduk di bilik yang hanya menempatkan dua orang pelajar. Hidayu Aishah berada di meja belajarnya manakala teman sebiliknya itu berada di atas katil sambil membaca buku.

“Oh, it’s okay. Aku tak kisah sangat lagipun best juga lagu-lagu nasyid yang kau selalu play tu.” Munirah membalas kata-kata Hidayu Aishah.

“Hida, aku nak tanya kau something boleh?” Munirah bersuara dan kali ini dia sudah menutup buku yang berada di tangannya. Hidayu Aishah menoleh dari meja belajarnya.

“Sure, tanya je.”

“Kenapa kau baik dengan aku ek? Aku dah lah free hair tak macam kau. Kawan-kawan yang baik dengan aku pun semua free hair. Kawan-kawan yang bertudung dekat course aku layan kami ni biasa-biasa je. Kau orang pertama yang aku jumpa layan aku dengan baik. Siap boleh turun makan dekat café sama-sama lagi.” Munirah akhirnya meluahkan apa yang terpendam di benaknya selama ini.

“First time aku dapat soalan macam ni Moon. Hehe. Berbuat baik tu kan memang sifat yang perlu ada pada semua orang Islam. Tak kisahlah dia bertudung ataupun tidak. Islam sendiri menggalakkan kita bersangka baik dan jangan pandang serong pada orang lain. Mungkin hari ni dia free hair tapi esok lusa mana tahu bila hidayah menyapa, dia pakai tudung lagi labuh dari kita.” Jelas Hidayu Aishah kepada Munirah.

“Bertudung tu wajib ke Hida? Parents aku tak pernah paksa aku bertudung pun. Bukan ke tiada paksaan dalam Islam?” Munirah berminat untuk bertanya lanjut kepada Hidayu Aishah.

“Tak lah. Siapa cakap bertudung tu wajib. Kau tanyalah mana-mana ustaz ustazah, mesti mereka cakap bertudung tu tak wajib, tapi menutup aurat dengan sempurna tu yang wajib. Tiada paksaan dalam Islam tu ditujukan kepada mereka yang belum Islam. Kita tak paksa dia peluk Islam, tapi bagi yang dah Islam, kita wajib taat pada perintah Allah dengan melakukan semua suruhan Allah dan meninggalkan semua laranganNya. Salah satunya menutup aurat tu lah.”

“Oh macam tu ke. Baru aku tahu. Aku ingatkan yang tiada paksaan dalam Islam tu kita tak paksa diri bertudung tapi bertudung bila terbuka hati. Boleh kau terangkan tak yang bertudung tu tak wajib tapi menutup aurat tu wajib? Aku kurang jelaslah.”

“Oh pasal tu. Itu kita kena faham bahagian mana dikira aurat dan konsep menutup aurat. Secara ringkasnya aurat perempuan adalah seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan. Jadi kita kena tutuplah seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan ni. Menutup aurat ni pula kita kena pakai pakaian yang tak ikut bentuk badan, tak jarang, senang cakap pakaian kita lepas piawaian tutup aurat kalau boleh terus bawa solat tanpa perlu pakai telekung dah. Kalau memang pakai pakaian ‘rogollah saya’ tu memang tak menutup auratlah. Itu dah menarik perhatian kaum lelaki untuk mengeksploitasi tubuh badan perempuan. Mudah kan sebenarnya nak check pakaian kita ni Shariah compliance ke tidak? Hehe.”

Munirah terdiam selepas mendengar kata-kata Hidayu Aishah. Sedikit sebanyak dia terasa yang piawaian pakaiannya sangat menyimpang dari yang diterangkan oleh Hidayu Aishah sebentar tadi. Hidayu Aishah yang melihat Munirah terdiam baru tersedar akan kata-kata yang keluar dari mulutnya sebentar tadi.

“Moon, sorry. Aku tak bermaksud nak buat kau kecil hati ke terasa ke apa. Niat aku tadi memang betul-betul nak terangkan bagi jelas.” Hidayu Aishah meminta maaf pada Munirah.

“It’s okay, Hida. Aku faham. Niat kau baik. Thanks sudi bagi pencerahan pada aku. Aku bersyukur dapat roommate yang baik hati macam kau ni. Kau tak kisah nak berkawan dengan aku dan sudi pula bagi pencerahan pada persoalan aku.” Munirah berkata sambil mengukirkan senyuman manis kepada teman sebiliknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience