BAB 9

Romance Completed 13605

Dua tahun dua bulan kemudian…

Para tetamu masing-masing menikmati menu yang tersedia. Ada di antara mereka yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan rakan-rakan lama dan juga di pelamin nan indah. Tidak terkecuali segelintir yang berborak panjang setelah sekian lama tidak berjumpa.

Majlis perkahwinan rakan-rakan ibarat reunion kecil-kecilan semua yang sudah lama tidak berjumpa. Waktu inilah mereka bertukar-tukar cerita dan ada juga yang akan tersengih-sengih menghulurkan kad jemputan untuk majlis perkahwinan mereka pula.

Hidayu Aishah sibuk melayan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa sejak tamat pengajian. Rakan-rakan yang baru tiba akan dipelawa untuk menjamu selera manakala rakan-rakan ingin pulang akan dia beri beg kecil dari keluarga pengantin. Ibunya turut sibuk melayan tetamu.

Hidayu Aishah ditugaskan untuk menguruskan rakan-rakan dari universiti memandangkan kebanyakan rakan-rakan si mempelai merupakan rakan-rakannya juga. Ibunya turut hadir dan membantu kerana sudah kenal dengan pengantin perempuan yang sememangnya sahabat baik anaknya dan sering berkunjung ke rumah mereka.

Hidayu Aishah yang sudah kehausan menghampiri tempat yang terdapat air minuman. Belum sempat untuk dia capai gelas minuman yang tersedia sudah ada tangan lain yang terlebih dahulu mencapai gelas tersebut. Air anggur diisikan sehingga hampir penuh dan gelas tersebut disuakan kepadanya.

“Adakah ini dinamakan cinta?” ujar si pemuda yang menyuakan air tersebut. Hidayu Aishah mengambil gelas yang disuakan.

“Or maybe not.” Sambung pemuda tersebut setelah ternampak cincin di jari manis Hidayu Aishah. Dia kemudiannya mengisikan air ke dalam gelas lain pula untuk dirinya.

“Aden, ini namanya air dalam gelas, bukan cinta. Thanks.” ujar Hidayu Aishah dengan senyuman bersahaja.

Terkenang pula dia di saat Adenan Faiz berkata lebih kurang sedemikian semasa memulangkan bekas penselnya yang terjatuh berdekatan tempat Adenan Faiz suatu ketika dahulu. Adenan Faiz hanya mampu membalas senyuman itu.

“How’s life?” tanya Hidayu Aishah kepada Adenan Faiz. Sudah sekian lama mereka tidak berjumpa, tidak dia sangka mereka akan berjumpa kembali pada majlis perkahwinan Husna Asyikin ini.

“Alhamdulillah. Everything’s okay. How about you?”

“Alhamdulillah. A few things happen but I can get through them, insya Allah.”

“Hida dah lama sampai? Hida datang dengan siapa?” tanya Adenan Faiz.

“Kelmarin dah datang tidur rumah Nash. Seorang diri. Tapi balik nanti dengan my mom. Dia ada datang awal pagi ni.” jawab Hidayu Aishah. Agak janggal di telinganya untuk mendengar Adenan Faiz memanggilnya Hida kerana sebelum ini mereka berbahasa ‘aku-kau’. Adenan Faiz hanya mengangguk apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Hidayu Aishah.

Kenapa aku rasa ada sesuatu yang berbeza pada Aden kali ni ya? Hmm… cuba ingat balik Hida… Ha, janggut sejemput tu! Patutlah dia nampak lain sikit. Dah ala carte dah. Eh, kau ingat Aden ni makanan ke ada ala carte dengan set bagai? Dah ala ustaz dah, baru betul. Hehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience