BAB 4

Romance Completed 13605

Semester kedua tahun akhir pengajian bermula…

Pejam celik–pejam celik sudah sebulan semester terakhir bagi pengajian Hidayu Aishah bermula. Projek Tahun Akhir yang senantiasa menantikan perhatiannya membuatkan Hidayu Aishah seperti tidak cukup masa.

Namun begitu persahabatannya dengan Munirah masih baik seperti biasa. Walaupun pada semester ini mereka tidak dapat bilik yang sama, mereka masih lagi berhubung melalui laman Fac ataupun Whatsapp.

Sujud syukur Hidayu Aishah dan Husna Asyikin apabila Munirah sudah mula mengenakan hijab dan menutup aurat dengan sempurna. Mengalir air mata gembira tatkala pertama kali berjumpa setelah Munirah mengenakan hijab.

Tidak putus-putus Hidayu Aishah dan Husna Asyikin memberi semangat dan dorongan kepada Munirah. Masih terbayang perbualan mereka bertiga mengenai penghijrahan Munirah itu pada hujung minggu awal semester bermula.

“Alhamdulillah Moon. Selamat kembali kepada fitrah.” Ujar Hidayu Aishah kepada Munirah. Tidak lekang senyuman di bibirnya dan tentunya mampu untuk membuat dia tersenyum gembira untuk suatu jangka masa yang lama.

“Alhamdulillah. Aku bersyukur Allah ‘tegur’ aku. Macam yang kau pernah cakap, bila hidayah tu datang menyapa kita perlu teguh memilihnya. Aku harap kau orang berdua boleh tolong bimbing dan tegur aku.” Munirah berbicara sambil memandang Hidayu Aishah dan Husna Asyikin.

“Insya Allah. Kita tegur-menegur antara satu sama lain. Kami pun tak perfect dan tiada siapa yang perfect. Tapi kita boleh saling ingat-mengingatkan ke arah kebaikan.” Husna Asyikin tersenyum gembira pada setiap tutur bicaranya.

“Moon, kalau kau tak keberatan, kongsilah cerita penghijrahan kau ni.” Husna Asyikin menyambung bicara. Munirah sudah kelihatan sedikit serba salah.

“Hmmm panjang ceritanya Nash. Nanti kalau aku cerita mahu tak cukup satu episod, kena bersambung episod akan datang pula.”

“Overlah kau! Berepisod-episod bagai. Kau pendekkanlah, cerita main points je, walaupun aku sebenarnya tak kisah nak dengar full story sampai perlu buat appointment untuk book kau bercerita pun aku sanggup. Hehehe. Betul tak Hida?” Hidayu Aishah hanya mengangguk dengan pertanyaan dari Husna Asyikin yang ditujukan kepadanya.

Dia masih lagi ‘terkejut gembira’ dengan penghijrahan Munirah. Selebihnya dia dapat merasakan yang Munirah belum bersedia untuk bercerita kepada mereka. Gaya Munirah seperti dia ada menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan mereka berdua. Namun, Hidayu Aishah cuba sedaya upaya untuk bersangka baik dengan Munirah. Dia sanggup menunggu selama mana untuk Munirah bersedia bagi berkongsi cerita dengan mereka.

“It’s okay Moon kalau kau belum sedia nak cerita. Aku faham. Tapi kalau kau ada apa-apa nak kongsi, you have me 24 hours. I’ll be there for you, remember that.” Ujar Hidayu Aishah untuk meredakan keadaan kerana Munirah kelihatan begitu serba salah untuk bersuara. Riak wajahnya gembira namun pada sinar matanya ada duka.

“Insya Allah aku akan ceritakan penghijrahan aku suatu hari nanti. Sekarang aku cuma sedih. I mean, bukan bersedih pasal aku kembali pada fitrah ni. Aku sangat-sangat bersyukur masih belum terlambat untuk aku kembali kepada fitrah asal hamba Allah. Sebagai insan yang lemah, aku sedih sebab ada kawan-kawan aku yang tak boleh terima penghijrahan aku ni. Ada yang perli aku nak tunjuk baik, nak jadi ustazah. Hakikatnya aku bukan nak tunjuk baik tapi aku nak jadi baik. Aku nak baik pada pandangan Allah.” Munirah meluahkan isi hatinya yang terpendam.

Hidayu Aishah dan Husna Asyikin tidak menyangka perkara seperti itu terjadi kepada Munirah. Mereka memegang tangan Munirah untuk menyalurkan kekuatan.

“Astaghfirullahal`azim. Sabar Moon, kau kena tabah. Aku tak sangka kau akan hadapi macam ni. Macam mana dengan penerimaan boyfriend kau?” Tanya Husna Asyikin kepada Munirah. Hidayu Aishah fokus memandang wajah Munirah. Munirah menggelengkan kepala.

“Kami dah putus.” Ujar Munirah sambil tersenyum kelat. Spontan Hidayu Aishah terus memeluk Munirah. Dia menggosok-gosok perlahan belakang Munirah.

“Insya Allah Moon, kau akan dapat yang lagi baik dari dia. Janji Allah itu pasti.” Hidayu Aishah meleraikan pelukan mereka.

Mujurlah tidak ramai orang yang lalu di gazebo kolej kediaman mereka ini. Mungkin kerana ini merupakan hujung minggu pertama semester baru jadi ramai pelajar menghabiskan masa di luar kerana masih belum mendapat banyak tugasan.

“Okey kawan-kawan. Tak mau sedih-sedih. Moon, you have the two of us. Kami dengan ini menyokong anda berhijab dan menutup aurat dengan sempurna. Jangan peduli apa orang lain nak cakap, esok lusa mereka dah penat senyaplah tu. Dan ingat, aku dan Hida akan sentiasa support kau. Kalau kau ada apa-apa masalah cari je kitorang. Talian hayat dibuka 24 jam.” Kata Husna Asyikin sambil tangan kanannya diangkat separas bahu seperti berikrar. Munirah dan Hidayu Aishah sudah tergelak dengan gelagat Husna Asyikin.

“Yup, betul tu. Talian hayat dibuka 24 jam tau Moon.” Tambah Hidayu Aishah meyakinkan lagi ikrar Husna Asyikin.

Munirah mengangguk tanda faham. Hidayu Aishah mengeluarkan telefon bimbitnya dan memainkan sebuah lagu yang bertajuk Jangan Bersedih nyanyian Edcoustic. Mereka bertiga menghayati lagu tersebut sambil memegang tangan satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience