BAB 8

Romance Completed 13605

Setibanya mereka bertiga di kolej kediaman, mereka terus menuju ke bilik Husna Asyikin. Secara kebetulan, sudah menjadi kebiasaan bagi rakan sebilik Husna Asyikin untuk pulang ke rumah pada hujung minggu kerana rumahnya tidak begitu jauh dari universiti.

Tidak sabar Hidayu Aishah dan Husna Asyikin ingin bertanya dengan lebih lanjut perihal bakal tunangan Munirah yang tidak mereka sangka adalah Hanif Hanzalah. Sebaik sahaja mereka membuat bulatan kecil di bawah kipas bagi menyejukkan badan yang kepanasan, Husna Asyikin yang terlebih teruja terus bersuara.

“Okey Moon, kali ni kau tak boleh nak cerita main points je. Kau wajib cerita full version, aku tak peduli nak ambil masa bermusim-musim sekalipun.”

“Haha. Ambil kau! Wajib tu. Habislah kau Moon. Kami akan korek cerita sampai ke lubang cacing. Haha.” Hidayu Aishah pula menambah. Munirah sudah ketawa dengan gelagat rakan-rakannya itu.

“Okey insya Allah aku cerita. Aku rasa Allah dah beri aku kekuatan untuk cerita pasal ni pada kau orang berdua.” Ujar Munirah bersahaja. Mata Hidayu Aishah dan Husna Asyikin sudah tertumpu padanya. Dia menyambung bicara.

“Aku kenal Hanz masa cuti semester yang lepas. Kenal bukan dalam erti kata kami memang sengaja berkenalan tapi lebih kepada selepas dia dah selamatkan aku.”

“Selamatkan kau? Ya Allah Moon, ada apa-apa terjadi pada engkau ke? Kenapa tak beritahu kami berdua?” Hidayu Aishah sudah bersuara bimbang. Terkejut sebenarnya dengan mukadimah penceritaan dari Munirah. Husna Asyikin turut mempamerkan riak terkejut. Berdebar-debar hati mereka menunggu Munirah menyambung ceritanya.

“Salah aku juga sebenarnya. Macam yang Hida pernah cakap pada aku semester lepas, kalau dah pakai pun pakaian cap ‘rogollah saya’, memang macam minta kena rogollah. Alhamdulillah dia tak sempat buat apa-apa pada aku. Hanz pukul kepala dia sampai pengsan dan selamatkan aku dari dia.”

“Ya Allah, alhamdulilah kau takde apa-apa. Macam mana Hanz boleh ada dekat situ? Then kau buat laporan polis tak?” giliran Husna Asyikin pula bertanya kepada Munirah. Munirah hanya menggelengkan kepala.

“Aku tak berani nak buat laporan polis, plus aku malu dan takut. Waktu tu Hanz pun ada offer nak hantar aku ke balai polis untuk buat laporan tapi aku tolak. Aku suruh dia hantar aku balik rumah je. Hanz cakap dia sebenarnya nampak yang lelaki tak guna tu curi-curi letak something dalam minuman aku masa aku pergi ladies. Then dia cakap lepas aku minum air tu aku nampak macam pening-pening dan lelaki tak guna tu pimpin aku ke kereta dia. Masa tu Hanz tengah tunggu kawan-kawan dia nak makan dekat kedai tu tapi bila dah nampak apa yang jadi pada aku dia terus ekori kami. Dipendekkan cerita, Hanz pukul lelaki tu dan selamatkan maruah aku.” Hidayu Aishah dan Husna Asyikin terus menerpa Munirah. Mereka bertiga berpelukan.

“Ya Allah, Moon kenapa kau tak pernah cerita pada kami selama ni.” Hidayu Aishah dan Husna Asyikin sudah mengalirkan air mata mendengar cerita dari Munirah. Munirah pula yang tenang dengan situasi itu.

“Kawan-kawan mohon lepaskan aku, nak lemas dah ni, aku okey insya Allah.” Ujar Munirah namun Hidayu Aishah dan Husna Asyikin masing-masing tidak melepaskan pelukan.

“Sudah-sudah la tu weih. Aku dah nak lemas dah ni. Nanti apa-apa jadi pada aku tak kahwin la si Hanz tu. Menduda sebelum masa. Haha.” mendengar Munirah berkata sedemikian, meletus tawa dari Hidayu Aishah dan Husna Asyikin seraya melepaskan pelukan.

“Amboi ‘Rasa sayang hei’, sejak nak bertunang ni tak habis-habis dengan Hanz dia.” ujar Husna Asyikin sambil mengelap sisa air mata.

“Tahu takpe. Sangat pelik bila kau panggil Anip tu Hanz. Ye la kami dah biasa panggil dia Anip kat kelas, alih-alih bila kau panggil dia Hanz sangat janggal dengar. Nak cair tahi telinga tau. Haha.” tambah Hidayu Aishah pula.

“Nak buat macam mana weih. Dah terbiasa panggil dia Hanz lah. Dari awal dia perkenalkan diri dia Hanz. Katanya sebab muka dia ala-ala Hans Isaac padahal aku tengok tak gaya pun. Cuma sebab kulit dia cerah je.” Munirah pula memberikan komen.

“Haha. Nak buat macam mana, dah kau dapat orang yang perasan Mat Romeo padahal takde pengalaman bercinta pun. But it’s kind of cute to hear you call him Hanz and he calls you Ra.” komen Hidayu Aishah pula.

“Haip! Apa kutuk Hanz ni, bakal imam aku tu!” Kata Munirah sambil sengaja buat muka yang kononnya garang. Hidayu Aishah dan Husna Asyikin hanya mampu ketawa. Di dalam hati mereka panjatkan doa agar kebahagian sahabat mereka ini akan berkekalan sampai syurga.

“Tapi kau orang nak tahu tak part yang bila aku teringat balik, aku akan tergelak?” Munirah memancing minat Hidayu Aishah dan Husna Asyikin untuk tahu lebih lanjut.

“Pasal Hanz kau ke? Apa dia?” Husna Asyikin sudah teruja. Munirah menyambung bicara.

“Lepas Hanz selamatkan aku dan hantar aku balik rumah, tak pasal-pasal dia dapat sedas penumbuk free dari ayah aku. Ayah aku ingatkan dia yang cuba nak buat benda tak senonoh pada aku. Hanz tu pula mungkin dia jadi blur lepas kena tumbuk dia tadah telinga je apa ayah aku marah-marah dia. Aku yang tengah trauma tu pula yang terangkan pada ayah aku yang sebenarnya boyfriend aku sendiri yang cuba untuk ragut maruah aku.” Hidayu Aishah dan Husna Asyikin sudah terbeliak mata mendengar cerita Munirah. Tidak sangka bahawa Hanif Hanzalah belum apa-apa sudah merasa penangan penumbuk sulung bakal bapa mertua.

“Dan aku rasa tu salah satu sebab ayah aku terima dia jadi menantu kot. Haha.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience