BAB 6

Romance Completed 13605

Pada masa yang sama di suatu sudut yang lain…

Astaghfirullahal`adzim. Apa yang aku dah buat ni? Macam manalah aku boleh sanggup nak ajak anak dara orang menghampiri zina. Astaghfirullahal`adzim. Ampunkan kelalaianku Ya Allah. Nasib baik Hida tak terima cadangan tu, kalau tak, sampai sekarang aku tak tersedar.

Memanglah matlamat aku nak orang lain tutup mulut, tapi betul macam yang Hida cakap tadi, walau kami couple sekalipun belum ada jaminan yang mereka akan tutup mulut. Dan aku hampir-hampir terlupa yang matlamat tidak menghalalkan cara.

Hida tu terlalu baik, layakkah dia untuk kau, Aden? Sedangkan Allah sendiri dah terang-terang cakap perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Mohonlah kalau kau nak berubah jadi baik, niat kerana Allah Ta’ala bukan kerana Hida.

Adenan Faiz meramas-ramas kepalanya ketika dia sedang berperang dengan diri sendiri. Hanif Hanzalah yang sedari tadi melihat kerenah rakannya itu menggeleng-gelengkan kepala. Dia sebenarnya sudah dapat mengagak perkara yang merunsingkan rakannya itu. Tidak lain dan tidak bukan gosip yang melanda antara Adenan Faiz dan Hidayu Aishah.

“Aden, kau kenapa ni dari tadi aku tengok runsing semacam?” Hanif Hanzalah memulakan bicara.

Dibiarkan seketika kerjanya di komputer riba. Lagu yang terpasang di komputer ribanya juga dibiarkan terus beralun mengisi ruang bilik tersebut. Dia menghampiri rakannya yang duduk bersandar di katil.

“Eh, takde apa-apalah Anip. Kau jangan risau,” balas Adenan Faiz acuh tidak acuh.

“Kau jangan nak menipu aku lah Aden. Sejak tadika aku ni berjodoh dengan kau. Sekilas ikan di air aku dah tahu jantan ke betina, inikan pula sekilas air muka kau tu, aku dah tahu runsing ke gembira.”

“Amboi Anip, kau bab-bab mengkaji riak muka orang ni laju je kan? Tak payah nak guna ayat berjodoh sangatlah. Tak pasal-pasal orang label kita gay. Dah lah ke mana-mana pun kita memang selalu berdua. Aku straight okey, tak bengkang-bengkok.”

“Hampeh punya kawan! Aku pun straightlah! Aku buat ayat nak sedapkan hati dia tapi dia balas macam tu pula. Betul-betul lah bro, kau okey tak ni? Risau pasal gosip liar kau dengan Hida ek? Jangan risaulah bro, Hida is a very tough girl. I’m 200% sure that she can get through this tough time.” balas Hanif Hanzalah kepada serangan Adenan Faiz sebentar tadi.

“Insya Allah. Harap-harap macam tu lah. Aku ni ha yang patut kena tarbiyah. Eh, kau tengah play lagu apa ni Nip?”

“Oh, ini lagu Nantikan Ku di Batas Waktu.”

“Eh, macam bukan Anip yang aku kenal pula. Haha. Siapa yang menanti dan dinanti ni?”

“Kalau ada orang yang sudi menanti, adalah orang yang dinanti.”

“Ha macam nilah kawan! Kata berjodoh dari tadika, sikit pun kau tak cerita.”

“Chill out, bro. Insya Allah one sweet day, I’ll tell you. This I promise you. Fuyoo~ Macam lagu N’Sync pula. Haha.”

“Haha. Okey, aku akan tuntut Nip. Ingat tu.”

Adenan Faiz menghayati bait-bait lagu Nantikan Ku di Batas Waktu. Dalam hati, dia melafazkan doa, jika ini jodoh yang terbaik buatnya, dia memohon agar si dia diberi kekuatan untuk menantinya. Menanti Adenan Faiz yang lebih baik dari sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience