BAB 3

Romance Completed 13605

Hidayu Aishah yang kepenatan apabila pulang dari kelas yang berakhir pada waktu malam terus membuka tudung yang menutup kepalanya dan diletakkan di birai katil. Dia berdiri di bawah kipas sambil menikmati angin kipas yang mendinginkan tubuhnya yang penat memanjat anak tangga ke biliknya sebentar tadi.

Tidak semena-mena dia perasan yang Munirah sedang membuat panggilan video melalui Skype dan kedudukannya yang berada di tengah-tengah ruang bilik tersebut membolehkan pemanggil yang sedang berbual dengan Munirah untuk turut melihatnya.

Menyedari hal tersebut Hidayu Aishah terus mencapai tuala yang berhampiran dengannya lalu menutup kepalanya yang terdedah. Dia lantas keluar menuju ke bilik Husna Asyikin. Dalam hati, dia geram dan kesal kerana auratnya berkemungkinan sudah dilihat oleh lelaki yang sedang berpanggilan video dengan Munirah. Dia beristighfar banyak kali dan cuba menenangkan hati.

Setelah Hidayu Aishah menenangkan diri di bilik Husna Asyikin, dia pulang ke biliknya. Munirah kelihatan sedang membaca nota pelajaran sambil berbaring. Hidayu Aishah menguatkan hati untuk berbicara mengenai isu yang baru berlaku sebentar tadi.

“Moon, kalau aku nak discuss something dengan kau boleh?” Hidayu Aishah memulakan bicara. Munirah yang berbaring sudah bangun dan duduk menghadapnya.

“Ok, boleh je. Nak discuss pasal apa ni?”

“Hmm sebenarnya aku nak cakap pasal kau Skype dengan kawan kau tadi.”

“Oh, pasal tu ke, aku video call dengan boyfriend aku tadi, kenapa?”

“Tadi aku rasa berkemungkinan kawan yang Skype dengan kau dah ternampak aku yang tak bertudung tadi.”

“Oh, yang tu ke, aku perasan juga tadi kau berdiri bawah kipas. Kenapa pula Hida? Bukan ke kita sekarang ni dalam bilik? Takpe lah kan kau buka tudung pun. Aurat kan masa keluar rumah.”

“Moon, memang betul kita dalam bilik dan aku boleh buka tudung tapi kalau orang lelaki yang tengah Skype dengan kau ternampak aurat aku, tetap berdosa. Selagi orang tu bukan mahram aku, dekat mana-mana kalau ternampak aurat aku memang berdosa juga. Walau aku dalam rumah tapi ada tetamu bukan mahram yang nampak aurat aku, malaikat tetap akan catat dosa aku.” Hidayu Aishah bersuara dengan nada yang lembut menerangkan situasi itu kepada Munirah.

“Oh macam tu ke Hida. I’m so sorry. Aku tak tahu. Jahilnya aku ni Hida.” Munirah sudah rasa bersalah kepada Hidayu Aishah. Dia seharusnya lebih peka akan hal ini.

“Benda dah jadi dan dah lepas. Sebagai hamba Allah kita perlu bertaubat. Aku maafkan kau tapi kau kena janji kalau lain kali kau tengah Skype dengan orang lelaki, kau bagi aku red alert awal-awal tau.” Hidayu Aishah berkata sambil menghadiahkan senyuman kepada rakan sebiliknya itu. Dia tidak mahu Munirah berterusan bersedih.

“Thanks Hida tegur aku dengan baik. Kau sangat baik dan kau orang paling baik yang aku pernah jumpa. Kalau orang lain aku rasa aku dah kena perli dua tiga das.” Ujar Munirah kembali.

“Overlah kau. Mustahillah aku orang paling baik yang kau pernah jumpa. Kita ni nampak baik pada mata orang lain sebab Allah dah tolong tutup aib kita. Dan semua orang layak jadi orang baik tau.” Hidayu Aishah kembali bersuara. Dia berdoa di dalam hati supaya suatu hari nanti Munirah akan menerima hidayah dari Allah untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience