BAB 9 HIP HIP, HORE !

Fantasy Completed 3721

"Dengan ini, saya melantik kamu
bertiga dinaikkan pangkat daripada ahli
sihir biasa kepada ahli sihir diraja!" kata Raja Vannes kepada Alice,Nadia dan Sara dengan kegembiraan.

Semua rakyat jelata menepuk tangan dan menyorakkan..
"Hip hip, hore! Hip hip, hore!" semua menyorakkan dengan kegembiraan dan ada juga yang menangis kerana bersyukur dunia mereka diselamatkan.

Lagu dipasangkan, ramai rakyat dan ahli istana menari keriangan. Alice, Nadia dan Sara hanya menengok dari atas istana sahaja.

"Terima kasih Nadia.." kata Alice dan Sara dengan senyuman.

"Buat apa terima kasih ni?" tanya Nadia sambil melihat ke arah mereka berdua.

"Yela.. Kalau kau takde.. Kami tak boleh
kalahkan dia.. Kan kau je yang dapat
sebut tu mentera.." kata Alice sambil memegang bahu Nadia.

"Hehhe.. Takde masalah pun" jawab Nadia sambil menggosok kepalanya.

"Wei..." kata Sara.

"Kenapa?" tanya Nadia dan Sara serentak.

"Kau nak jadi sahabat baik kami tak?" soal Sara sambil melihat ke arah Nadia dan Alice.

Nadia dan Alice saling berpandangan dan tiba tiba mengeluarkan gelak ketawa.

"Kenapa?" soal Sara

"Hahaha..apalah kau ni. mestilah nak.." jawab Nadia sambil berpelukan dengan mereka berdua.

"Aku tahu!" jerit Alice sambil senyum.

"Tahu apa?" tanya Nadia dan Sara serentak.

"Apa kata kita gelarkan diri kita sebagai
Sahabat kembar.." jelas Alice sambil memegang tangan mereka berdua.

"Kenapa pula kembar?" tanya Nadia

"Hahaha Kau tak perasan ke muka kita
tiga hampir sama. Lagi lagi korang
berdua, sama sangatlah kamu ni..
Hehehe"jawab Alice dengan ketawa kecil..

"Emm.. Tapi," kata Nadia

"Tapi apa?"tanya Sara

"Aku rasa aku takkan datang balik kat
sini.. Aku kena pulang, ke tempat asal
aku." jawab Nadia dengan muka yang sedih.

"Emm.. Kami berdua faham.. Tapi kalau
kau rindu kami, kau boleh je datang sini
bila bila.."jawab Alice sambil memeluk Nadia..

Tiba tiba muncul satu pintu yang berwarna ungu di belakang Nadia. Nadia kehairanan lalu membuka pintu tersebut. Apabila pintu itu dibuka, Nadia nampak biliknya di dalam pintu tersebut. Saat dia melihat ke arah pintu tu.. Ada satu surat yang dilekatkan di pintu. Nadia mengambil surat tersebut dan membacanya.

"Tiba waktunya kau pulang.."

Air mata Nadia mengalir, dia berlari ke arah Alice dan Sara lalu memeluk mereka dengan seerat yang mungkin. Alice dan Sara hampir sesak nafas kerana pelukan Nadia yang sangat kuat. Nadia mengelap air mata lalu mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Alice dan Sara hanya melambai lambai sambil memberi senyuman kepada Nadia.

"Selamat tinggal, Nadia.. Nanti jumpa
lagi tau! Jangan lupakan kami!" kata Alice dan Sara sambil melambai lambai ke arah Nadia.

Nadia hanya senyum lalu masuk ke dalam pintu kelabu tu.

"Kring! Kring! Kring! Kring!" bunyi jam loceng Nadia yang menunjukkan pukul 6:00 pagi mengejutkan dia dari tidur.

Nadia terbangun lalu mematikan jamnya tersebut. Dia menyedari bahawa air matanya keluar lalu mengelapnya dengan perlahan lahan.

"Mimpi rupanya.." bisik hati Nadia sambil mengukirkan senyuman.

Buku yang dipinjam masih di tangannya..
Dia teringat bahawa dia mesti mengembalikan buku 'The HappyEnding' pada hari ini. Dia bersiap untuk pergi menghantar buku tersebut ke kedai yang kelmarin dia pergi.

"Tok tok tok" bunyi ketukan pintu yang diketuk oleh Nadia

Pintu dibuka oleh pakcik yang meminjamkan buku kepada Nadia. Pakcik tersebut mengukir senyum lalu berkata..

"Masuklah.." pelawa pakcik tersebut.,
Mereka duduk di kerusi lalu Nadia menghulurkan buku tersebut. Pakcik tersebut mengambil buku itu dan menyimpannya kembali ke dalam rak seperti sedia kala.

"Siapa nama pakcik?" soal Nadia

"Sufi.." jawab pakcik tersebut..

"Terima kasih, Pakcik Sufi sebab
pinjamkan saya buku ni.."kata Nadia sambil melemparkan senyuman kepada Encik Sufi

"Memang kamu yang terpilihkan?" tanya Encik Sufi

"Ye.. Macam mana pakcik tahu?" soal Nadia dengan hairan

"Ni adalah rahsia kita berdua je ya.." kata Encik Sufi

"Ok!" jerit Nadia yang sedang teruja untuk mendengar rahsia tersebut.

"Sebenarnya pakcik yang buat buku tu.
Pakcik adalah ahli sihir di dunia tu. Tapi
pakcik larikan diri sebab untuj mencari
kamu. Akhirnya kamu dah
menyelamatkan dunia pakcik. Terima
kasih ye.." kata Encik Sufi dengan senyuman..

"Hehehe... Sama sama pakcik" jawab Nadia sambil tersenyum.

Semasa dalam perjalanan pulang, Nadia terserempak dengan 'The Babes'. Nadia tidak menghiraukan mereka dan teruskan berjalan..

"Wah wah wah.. Dah berani nampak!" jerit Melati

"Ye.. entah apa dia mimpi semalam." jeling Najwa.
Nadia menghentikan perjalanannya lalu menoleh ke belakang..

"Kenapa! Tak boleh ke aku mimpi hah!" jerit Nadia sambil membesarkan mata ke arah Najwa..

"Eh.. Eh.. Beraninya! Kalau boleh aku
korek biji mata kau!" jerit Hana.

"Apa? Nak korek? Koreklah.. Tapi aku
yang korek biji mata kau dulu.." balas Nadia..
Najwa ingin menamparnya tapi Nadia sempat memegang tangan Najwa lalu memegangnya dengan kuat..

"Ah! Sakitlah!" jerit Najwa..
Nadia melepaskan genggamannya.

"Siapa berani lagi?" tanya Nadia kepada The Babes. Semua mereka hanya diam dan kaku dengan aksi pelik Nadia.. Nadia menjeling mereka lalu mulakan kembali perjalanannya

Sampai sahaja di rumah, Nadia masuk ke biliknya dan tersenyum sendiri.

10 tahun kemudian, Nadia memakai yang jubah graduasi berlari ke dalam dewan Universiti Malaysia. Dia membuka pintu dan kelihatan ramai yang beratur untuk mengambil sijil masing masing. Nadia beratur di tempatnya dah menghembuskan nafas lega

"Fuhh.. Sebaik sempat lagi." kata Nadia dalam hati.

"Nur Zara Nadia binti Ahmad Zahir."
Nadia melangkah dengan bangganya ke pentas dewan apabila namanya dipanggil.
Nadia tunduk dan mengambil sijilnya dengan Puan Hasnah iaitu pensyarahnya. Nadia senyum dengan Puan Hasnah dan senyum ke hadapan untuk mengambil gambar.

Nadia melangkah turun dari pentas dan berlari ke arah makciknya yang telah menjaga dia dari dia kecil lagi iaitu Makcik Suraya. Dia memeluk Nadia lalu menangis kerana bangga dengan Nadia yang sudah berjaya.

"Aunty! Kenapa nangis nangis ni? Jom
lah kita pergi makan. Nadia laparlah." ajak Nadia sambil mengelap air mata Makcik Suraya.

"Makan makan juga. Siapa belanja?" tanya Makcik Suraya sambil tersenyum

"Apalah aunty ni, Nadialah belanja.
Hehehe..."

Mereka menaiki kereta Makcik Suraya dan pergi ke restoran.

Makcik Suraya dan Nadia sudah sampai kerumah. Nadia naik ke biliknya dan memegang barang barang lamanya. Dia lama tidak pergi ke rumah ni sejak empat tahun yang lepas apabila dia mula dipanggil untuk menjadi pelajar Universiti Malaysia. Semasa dia di Universiti, dia hanya menumpang rumah kawannya kerana tempat dia sambung belajar jauh dari rumahnya.

Nadia tersedar lukisan lukisan yang dia lukis dan dilekatkan di dinding. Dia melihat dan menyentuh semua lukisannya. Matanya berhenti melihat tempat lain apabila melihat lukisan muka dia, Alice dan Sara yang berpelukan sebelum dia masuk ke dalam pintu.

Nadia tersenyum dan berjalan menuju ke arah meja belajarnya. Dia mengambil kertas dan pen lalu dia mula menulis.

Nadia mengambil sampul surat dan memasukkan kertas tadi ke dalamnya.

Nadia berjalan ke luar menuju ke satu lautan yang sangat bersih. Nadia membuat kapal kertas dan meletakkan suratnya ke atas kapal kertasnya. Dia meletakkan kapal kertasnya di permukaan air dan menolaknya. Kapalnya berjalan mengikut aliran air.

Nadia hanya berharap suratnya boleh sampai kepada Alice dan Sara.

??????
Alice dan Sara yang duduk di tepi laut terlihat sesuatu benda yang kecil berwarna putih menuju ke arah mereka. Alice terbang dan mengambilnya.

"Apa benda ni?" tanya Alice kepada Sara.

"Ehh.. Tu bukan nama kita ke?" tanya Sara sambil menunjuk ke arah sampul surat.

"Ha'ah lah!" jerit Alice sambil duduk di sebelah Sara.
Mereka berdua buka sampul surat yang berwarna putih dan mengeluarkan surat didalamnya. Mereka berdua baca bersama apa yang tertulis di dalamnya.

"Kepada Sara dan Alice,
Korang apa khabar kat sana? Aku baik
baik jer kat sini. Aku sekarang dah
berjaya. Korang pun mesti dah banyak
perubahan. Sepuluh tahun dah berlalu,
aku rindu sangat dengan korang berdua.
Harap harap kita boleh berjumpa lagi.

Itu sahajalah dari aku. Mudah
mudahan kita berjumpa satu hari nanti.
Selamat tinggal.

Sahabat kamu,

Nadia "

Mereka berdua berpandangan dan kemudian menjerit kecil.

"Nadialah wei!" kata Alice

"Ha'ahlah.. Mesti dia rindu sangat
dengan kita. Sebab tulah dia tulis surat
ni." kata Sara sambil memegang kapal kertas yang Nadia buat.

"Tapi, macam mana surat ni boleh
sampai ke sini?" tanya Alice sambil memandang ke arah Sara

"Peliklah.." jawab Sara dengan menggaru kepalanya.
?????????????????????????????
Nadia berjalan dibawah hujan semasa malam dan duduk di depan laut yang dia hanyutkan suratnya.

Tiba tiba kelihatan dua orang yang berpakaian serba putih sambil memegang payung yang berwarna hitam. Nadia terpandang ke arah mereka dan berdiri.

Mereka berdua menuju ke arah Nadia dan berhenti apabila berada di depan Nadia.

"Kamu berdua siapa?" tanya Nadia sambil merasakan keraguan kepada mereka.

Mereka berdua membuka topi mereka dan mengangkat muka mereka. Nadia terkejut dan terjatuhkan payungnya. Mereka bertiga berpelukkan sambil diiringi tangisan kegembiraan.

"Aku rindu sangat dengan korang
berdua! Alice, sara! Tolong jangan
tinggalkan aku!" jerit Nadia yang sedang dalam kebasahan.

"Ye! Kitorang nak tinggal dengan kau!" jerit Alice

"Jadi, macam mana dunia korang?" tanya Nadia sambil mengambil payungnya.

"Ramai dah ahli sihir sana. Kalau ada
bahaya nanti, baru kami ke sana
sekejap." jawab Sara dengan tenang.

Mereka berdua berjalan bersama sama sambil bercerita tentang dengan seronoknya. Mereka bertiga masuk ke dalam kereta Nadia dan pulang ke rumahnya.

??TAMAT??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience