BAB 8 PERLAWANAN ANTARA BAIK & JAHAT

Fantasy Completed 3721

Mereka berdua menolak pintu tersebut dan kelihatan raja sedang dibaringkan di sesuatu tempat dan Alice dikurung di dalam sangkar.

Kelihatan Alice sangat lemah dan penat, namun matanya bukan lagi berwarna hitam. Dia dah jadi Alice yang sebenar.

"Alice!" jerit Nadia.

" kau lagi! Ohh.. Rupa rupanya bawa
kawan ye.. kenapa? Tak berani ke?" perli Violet sambil menyiramkan air jampi di atas badan raja.

"Kau uruskan Violet. Aku selamatkan
raja dan Alice." bisik Sara kepada Nadia
Nadia mengangguk menandakan dia setuju.. Sara dan Nadia mula bergerak.

"Woi orang tua! Muka kerepot pun nak
lawan dengan kami ke? Hahahah!" perli Nadia kepada Violet.

"Hahaha.. Nak lawan ehh.. Ambik kau!" jerit Violet sambil melemparkan pasu bunga ke Nadia. Nadia sempat mengelakkan balingan tadi.

"Eh eh.. Kenapa? Nak main baling
baling ke? Hahahah!" perli Nadia lagi.

"Ziones torem!" jerit Violet dengan marah sambil menghalakan tongkat ke arah Nadia. Terkeluar asap hitam menuju ke arah Nadia.

"Winky winky dup!" jerit Nadia sambil menghalakan tongkat ke atas serangan Violet tadi dan telah mengeluarkan kilauan yang berwarna warni. Asap hitam yang dijelmakan oleh Violet terpadam dengan segera.

"Ergh! Tak guna!" jerit Violet.

"Sekarang Nad!" jerit Sara sambil membawa raja dan Alice keluar dari istana.

"Sukles.." kata Nadia terhenti apabila Violet bertindak pantas daripada dia.

"Sukles dominir!" jerit Violet dan terkeluar satu asap hitam yang lebih besar. Lama kelamaan asap itu menjadi sangat gelap dan banyak. Nadia tidak nampak apa apa dan dia mula batuk batuk kerana asap itu termasuk ke dalam mulutnya.

Nadia terbaring kesakitan kerana lehernya sangat pedih. Air matanya mula keluar dan cuba melawan kembali. Namun dia tidak dapat kerana lehernya yang sangat pedih dan sakit.

"Tamatlah riwayat kau.. Hahahah!" kata Violet sambil mengeluarkan ketawa jahat

"Ka..u tak bo..leh mela..wan.. tak..dir.." jawab Nadia yang berusaha bercakap walaupun lehernya makin lama makin pedih dan gatal

"Hahaha... Ya! Takdirnya kau mati!" jawab Violet sambil berjalan ke belakang meninggalkan Nadia.

"Se..klus.. Domen..tor.." kata Nadia sambil cuba mengangkat tongkatnya ke atas.

Muncul sekumpulan rama rama putih yang banyak dari tongkat Nadia. Semua asap makin lama makin hilang dan leher Nadia tidak sakit lagi selepas ada 2 ekor rama rama hinggap dileher Nadia.

"Ahhh!!" jerit Violet

"Nilah takdirnya, kau yang akan mati.." kata Nadia sambil berjalan ke arah Violet yang sedang dikelilingi oleh rama rama putih.

"Sepatutnya aku bunuh kau je terus!" jerit Violet sambil merasakan kesakitan yang sangat bertubi tubi kerana semua rama rama putih itu mengeluarkan cahaya masing masing dan pergi ke arah Violet

"Ye, tapi memang dah ditakdirkan aku
masih hidup.." kata Nadia sambil tersenyum

"Ahhhhhhhhhhhh!" jerit Violet dengan marah
Violet yang tadi kesakitan telah berubahmenjadi burung gagak yang mati.

Nadia mengambil burung gagak tersebut dan tanamnya ke tanah

"Bersemadilah dengan tenang.." kata Nadia yang sudah siap menanam Violet di tapak perkuburan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience