BAB 7 KERAJAAN CAHAYA

Fantasy Completed 3721

Nadia buka sahaja matanya, dia sangat terkejut dan berada di tempat lain yang serba putih. Tempat Nadia baring tadi seperti dibuat dari batu kristal. Apabila di memijak lantai. Lantai yang putih tadi bertukar menjadi kristal! Dia duduk kembali di tempat dia bangun dengan segera..

"Jangan terkejut sayangku... Itu memang
biasa kalau kamu ada perasaan takut.
Nanti berubah juga tu kembali ke putih"
Kata seorang wanita yang cantik memakai baju gaun dan mahkota serba putih.

"Kau siapa? Aku kat mana ni?" tanya Nadia kebingungan.

"Jangan takut.. Kami lah kawan kamu.
Kamu berada di kerajaan cahaya yang
jauh dari tempat kamu tadi.." kata wanita itu dengan mengukirkan senyuman yang manis kepada Nadia..

"Kenapa kau bawa aku kat sini?" soal Nadia dengan takut.

"Emm.. Kami sini mahu membantu kamu
sayang.." jawab wanita itu sambil menghampiri Nadia.

"Kau boleh tolong aku?" tanya Nadia sambil menjauhkan diri dari gadis tersebut.

"Ye tapi bukan saya.." jawab wanita itu yang sedang duduk di sebelah Nadia.

"Jadi siapa?" soal Nadia lagi.

Wanita itu senyum kepada Nadia dan tiba kedengaran pintu bilik itu diketuk. Wanita itu menghayunkan tongkatnya ke arah pintu tersebut dan pintu itu terbuka dengan sendiri. Kelihatan seorang gadis berpakaian dan wajah yang sama sangat seperti Nadia! Rambut, mata, tinggi dan semuanya sama sahaja dengan Nadia. Nadia mula menganggak dan bersuara..

"Kau mesti Sara kan.." kata Nadia yang sedang berdiri..

"Ya.. Kau tentu Nadiakan.." kata Sara dengan muka yang tegas.

"Macam mana kau tahu nama aku?" tanya Nadia yang cuba menghampiri Sara..

"Aku tahu semuanya.. Kau dari mana,
Nama, umur dan semua tentang kau aku
tahu." jelas Sara dengan tenang.

"Tapi macam mana?" tanya Nadia dengan mengangkat sebelah keningnya.

"Semasa kau datang ke dunia aku.. Aku
secara tiba tiba ke dunia kau yang di
panggil 'BUMI'. Baju aku turut tertukar.
masa itu aku sangat hairan dan cuba
mengkaji aku di mana. Dan akhirnya.
aku berjaya dan datang kembali ke dunia
ini dengan bantuan sebuah buku yang bertajuk 'THE HAPPY ENDING'." terang Sara dengan panjang lebar.

"Tapi kita ada masalah.." kata Nadia sambil menundukkan mukanya.

"Ye aku dah tahu yang pasal Alice dan
dunia aku.." kata Sara sambil merenung ke luar jendela..

"Jadi?" soal Nadia dengan hairan

"Aku akan ajar kau cara berlawan dengan
Violet.."jawab Sara sambil memandang ke arah wajah Nadia.

Mereka mula berlatih banyak benda... Banyak Nadia tahu kerana dia jenis yang cepat faham. Tiba tiba jam berbunyi. Itu menandakan pukul 11 sudah tiba.

Sara menghentikan pelajarannya dan memegang tangan Nadia.

"ke Istana Gelap!" jerit Sara sambil mengangkat tongkatnya ke atas dan mereka berdua pun hilang dari tempat tadi.
Mereka muncul di depan depan Istana Gelap. Sara mulakan berjalan menuju ke dalam istana dan diikuti oleh Nadia..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience