BAB 1 SEKOLAH TUTUP?

Fantasy Completed 3721

"Kring! Kring! Kring! Kring!"
Bunyi nyaring yang di keluarkan oleh jam penggera yang bercorak doraemon telah membangunkan Nadia dari tidur yang lena.


??????
Ini Nadia, dia anak tunggal yang sekarang berumur 14 tahun dan ibu bapanya telah meninggal dunia dalam kemalangan lima tahun yang lalu. Semenjak itu dia dijaga oleh makciknya dengan baik.

??????

Dia cuba bangun dari tidur tetapi disebabkan udara yang sejuk waktu pagi membuatkan dia tertidur kembali..

"An an an totemo daisuki, doraemon..
An an an totemo daisuki, doraemon.."

Bunyi deringan dari telefon Nadia di hentikan dengan segera. Nadia menggosokkan matanya lalu melihat ke arah jam di telefonnya..

"Pukul 7:00!!" jerit Nadia.

Tanpa berlengah lagi, dia bersiap untuk ke sekolah.. Setelah beberapa minit berlalu.. Nadia sudah siap dan kelihatan kemas walaupun dia berada dalam situasi yang cemas..

Jam menunjukkan pukul 7:15. Nadia sudah melangkah keluar dari rumah.. Tiba tiba dia merasakan ada orang mengekori dia dari belakang.. Belum sempat dia berlari, ada tangan yang menahan bahunya dengan kuat. Dengan perasaan yang takut bercampur cemas.. Dia dengan perlahannya melihat ke belakang. Rupa rupanya..

"The Babes" kata hati Nadia


??????
The Babes ialah ahli pembuli di SMK. Tun Teja yang terdiri daripada 3 ahli perempuan iaitu Hana, Melati dan Najwa. Ketiga tiga mereka ini berumur 14 tahun.

??????

Sedikit lega di hati Nadia. Dia fikirkan ada penjahat yang hendak menculik dia. Lalu dia menyapu dadanya menandakan sedikit lega..

"Sekolah apa yang tutup? Sekolah cuti!
Hahahaha!!" perli tiga sekawan dengan diikuti gelak tawa yang menyakitkan hati..

Nadia dengan hairan lihat ke arah telefonnya. Dia merasa malu apabila lihat di skrin telefonnya hari ini ialah hari Sabtu!

"Alamak.." sambil menggosok kepalanya

"Disebabkan kami dah tolong ingatkan
kau, sebagai balasan kau kena bayar
kami lima ringgit untuk sorang.. Hhahha!!"

Walaupun Melati hanya bertubuh kecil.. Tapi sikapnya sangat gedik membuatkan dia jadi ketua kumpulan yang paling menyakitkan hati dan terkenal di sekolah.

"Lima ringgit kepala otak hang" bisik Nadia
Namun bisikannya didengari oleh Hana..

"Kau nak main dengan api ke! Kalau kau
taknak bayar.. muka kau yang cantik ni
...." kata Hana dengan membesarkan matanya yang memang sudah besar

"Eh! Zizan!" jerit Nadia sambil menunjukkan jarinya ke arah belakang The Babes
Mereka bertiga dengan pantasnya menoleh ke belakang

"Mana mana??" tanya Najwa sambil membetulkan cermin mata bulatnya.

"Tak guna kau Nadi.." suara kecil Melati terhenti apabila melihat Nadia yang tercunggap cunggap untuk melarikan diri.

"Hehe.. Hai.." kata Nadia sambil membuat senyuman kambing. Tanpa berlengah lagi Nadia mula berlari pecut. Dari situ mulalah adegan kejar mengejar.

Nadia menoleh ke belakang, kelihatan mereka bertiga ketinggalan jauh. Dengan peluang yang masih ada.. Dia cuba menyorok. Terlihat sebuah kedai buku yang kecil. Nadia masuk lalu menutup pintu kedai tersebut.

The Babes cuba mencari Nadia tapi kehilangan jejak.

Setelah beberapa saat memerhati keadaan di luar.. Nadia menoleh ke belakang. Dia memerhati keadaan di dalam kedai buku tersebut yang sangat memenuhi dengan habuk dan sarang labah labah. Nadia terbesin beberapa kali kerana habuk memasuki ke dalam hidungnya. Apabila dia melihat ke satu rak buku yang agak berlainan bentuk rekaannya seperti almari antik. Dia terlihat pelbagai jenis buku di dalam almari antik tersebut. Peliknya, hanya almari itu sahaja yang bersih daripada yang lain.

Tiba tiba Nadia terdengar satu bunyi datang dari salah satu buku yang berada di dalam almari lama tersebut.

Dia ternampak ada satu buku yang ganjil.. Dia baru perasan buku tersebut bergerak gerak.. Lalu dia mencapai buku tersebut dan melarikan habuk yang berada di permukaan buku.. Dia membaca tajuk tersebut

"The Happy Ending?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience