BAB 3 MISI KITA

Fantasy Completed 3721

"Misi?" tanya Nadia

"Ya.. Tapi kita kena ke Istana untuk
tahu apa misi kita..." jawab Alice.

Nadia kagum dengan sikap profisional Alice.. Dia kelihatan baik dan dalam masa yang sama dia seperti seorang pensyarah.

Dalam perjalanan ke istana.. Tiba tiba cuaca menjadi gelap dan awan awan mula mendung. Angin menjadi kuat serta burung burung yang berkicauan tadi bertebangan seperti melarikan diri dari sesuatu. Muncul satu makhluk menyerupai tengkorak manusia yang memakai jubah berwarna hitam yang menutupi kepala telah menyerang mereka dengan tiba tiba..

"Riktus magnemus!" kata makhluk tersebut dan secara tiba terkeluar petir dari tongkat tersebut menuju ke arah Nadia.
Nadia ketakutan tetapi Alice bertindak pantas dengan menghalakan tongkatnya ke arah Nadia

"Adra kadabra!" kata Alice dengan cepat
Lalu Nadia tercampak ke tepi dan petir yang dijelmakan oleh makhluk tadi tidak mengena.

Alice dengan cepat lagi menghalakan tongkat kecilnya ke arah makhluk yang menyerang mereka dengan pantasnya menyebut..

"Hiriklus!"
Lalu terkeluar satu cahaya yang besar dan makhluk tersebut hilang dengan serta merta...

Nadia yang cuba mengimbangkan badannya untuk berdiri terkejut melihat aksi yang sangat 'WOW!'

"Ape benda tu wei?" tanya Nadia

"Tu tentera ahli sihir jahat th. Nampaknya
kita kena lebih berhati hati." jawab Alice

"Wow!! Aku punya takde ke?" tanya Nadia sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah tongkat putih yang Alice pegang kerana tertarik dengan apa yang dilakukan Alice seperti dalam cerita Harry Potter.

"Adela.. Dekat dalam poket kau je.. Kau ni
Sara, tak sihat ke? Kenapa kau ni
pelupa?" tanya Alice sambil menepuk
bahu Nadia dengan reaksi yang risau.

"Emm.. Mungkin sebab batu tu kut..
hehhehehee... Aku pum macam lupa lupa
dah ayat ayat cam kau tadi.. Jadi kau
tolonglah ajar ye.. Thank you" kata Nadia sambil memeluk Alice

"Thank you? Bahasa apa tu?" tanya Alice yang sedang dipeluk oleh Nadia

"Thank you tu bahasa english, maksudnya
terima kasih. Itu pun tak tahu ke" kata Nadia sambil memuncungkan mulut.

"Kau ni makin lama makin peliklah. Takut
aku tahu tak!" marah Alice kepada Nadia

"Tak perlulah takut. Kau kan ahli sihir yang
hebat dan cantik. Hehhehe" puji Nadia sambil senyum kepada Alice

Muka Alice merah kerana pertama kali menerima pujian dari kawan baiknya sendiri. Setahunya Sara bukan macam tu dulu. Baginya Sara lebih tegas dan tak pernah bermain main.

"Nanti kalau benda tu datang, kau sebut je
'Hiriklus' sebab dorang takut cahaya. Tapi
kita tak boleh pandang rendah dengan
mereka. Kalau ramai susah nak tewaskan"
Kata Alice sambil mengajar Nadia cara memegang tongkat semasa berlawan.

"Jadi kalau perkataan tu tak dapat, nak
pakai apa?" kata Nadia yang sedang melihat tongkatnya sendiri.

"Emm.. Buat masa ni. Aku kaji takde
mentera lain boleh tewaskan dalam satu
kali. Yang aku tahu, kalau benda tu ramai,
kita pun kena ramai lepastu bergabung
tenaga dengan sama sama menyebutkan
'Hiriklus'. Tapi..

"Tapi.." tanya Nadia sambil mengangkat keningnya.

"Tapi masalahnya, ahli sihir di dunia kita
makin pupus."

"Kenapa pupus?" soal Nadia sekali lagi.

"Mereka semua di sihir untuk dijadikan
sebagai tentera mereka. "

"Hmm.. Jangan risaulah. Kita kan berdua.
Dapat juga tu kalau kita satu hati.. Heheh"
Kata Nadia sambil meletakkan kembali tongkat ke dalam poket jubahnya.

"Emm.. jomla teruskan perjalanan kita." kata Alice untuk menukar topik cerita tadi.
Mereka mula berjalan menuju ke sesuatu batu yang sangat besar yang berbentuk bulat.

"Ni batu apa Lice?" tanya Nadia takut takut

" hmm.. Aku tak boleh marah kau sebab
kau dah lupa. Hmm.. Ni Batu Belah Batu
Betangkup.." terang Alice kepada Nadia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience