BAB 2 THE HAPPY ENDING?

Fantasy Completed 3721

"Kenapa kamu masuk ke sini?" tanya seorang lelaki tua yang tiba tiba mucul di belakang Nadia.

"Eh mak kau! Terkejut saya pakcik?"
jawab Nadia sambil menepuk dadanya yang cemas.

"Kamu tak baca ke papan di pintu tu..
kedai ni lama dah tutup.."

"Oo.. Yeke.. Maafkan saya pakcik.. Saya
tak perasan."

Pakcik tersebut melihat ke arah buku yang berada di tangan Nadia. Lalu merampasnya dan diletakkan di meja..

"Kenapa pakcik ambik tu buku?"

"Kenapa? Tak boleh ke?" kata pakcik tersebut sambil duduk di kerusinya.

"Err.. Boleh saya pinjam buku tu?" tanya Nadia sambil
menghulurkan tangan ke hadapan untuk meminta buku tersebut.

"Betul kamu nak pinjam buku ni? Buku ni
bahaya.. Kamu baca saja buku ni, kamu
akan terperangkap di dunia lain melainkan
kamu dapat menyelesaikan masalah di
tempat tu.." kata lelaki tua tersebut sambil membuat muka yang menakutkan.. Nadia menggelengkan kepalanya lalu berfikir.

''hahaha.. Boleh percaya ke cakap dia ni..
mungkin banyak sangat tengok kartun..
banyak sangat fikir bukan bukan.." fikir Nadia sambil tersenyum sendiri..

"Ye pakcik. Saya nak pinjam" kata Nadia dengan yakin

"Pakcik dah ingatkan kamu.. Tapi kamu
yang degil.. Pulangkan besok kalau kamu
dah selesaikan masalah di sana.." kata pakcik tersebut sambil memberikan buku itu kepada Nadia..

"Emm.. Besok? Hehehe.. Ok" kata Nadia sambil mengangkat ibu jari ke arah orang tua tersebut menandakan 'OK'..

Semasa Nadia Keluar dari kedai lama itu.. Pakcik tua tersebut ada mengatakan sesuatu..

"Selamat mencuba.." kata pakcik misteri itu dengan diiringi senyuman..

Semasa Nadia dalam perjalanan.. Buku yang penuh misteri itu mengeluarkan cahaya sedikit.. Nadia berasa tidak sabar untuk membacanya apabila terlihat benda aneh tersebut..

"Aunty!! Nad dah pulang!!" kata Nadia apabila sudah masuk ke dalam rumah. Nadia berlari ke atas menuju ke biliknya..

"Nadia taknak makan dulu ke??" tanya Makcik Suraya kepada Nadia

" Nanti!" jerit Nadia

"Kenapa tak nak makan dulu?.. Turun
kejap.. Ni aunty ada masak lauk favorite
Nadia.. Ayam goreng ni.. Turun du.." kata kata Makcik Suraya tidak kedengaran apabila Nadia tutup pintu dengan rapat..

Dia mencampakkan beg sekolahnya di lantai dan duduk di katilnya yang empuk. Tanpa berlengah lagi.. Dia membuka buku tersebut dan mula membaca.

"Tersebutlah kisah tentang satu dunia yang aman. Pada suatu hari dunia tersebut di ancam oleh musuh mereka, iaitu ahli sihi jahat yang bernama Violet yang datang untuk membalas dendam.." Nadia berhenti membaca apabila ada suatu kertas terjatuh dari buku tersebut. Nadia mengambil kertas kecil itu dan baca apa yang tertulis..

"Selamat Datang.."
tiba tiba ada benda yang jatuh di atas kepalanya dan Nadia terasa kesakitan di kepala lalu menggosoknya sambil menutup mata..

Alangkah terkejutnya Nadia apabila dia membuka matanya, dia berada di tempat lain! Sebuah kampung yang cantik dan kecil..
Baju sekolahnya pun turut bertukar ke jubah berwarna putih seperti dalam cerita dongeng ahli sihir. Bukan itu sahaja, rambut Nadia yang berwarna hitam juga tiba tiba diikat sanggul!"..

"Kakak cantik.. Maafkan kami.. Kami tak sengaja" kata sekumpulan budak budak yang berdiri di hadapannya..

Nadia memandang ke arah satu batu yang terkena di
kepalanya.. Baru dia faham apa yang terjadi..

"Ahh.. Takpela.. Lain kali main dengan hati
hati yer.." kata Nadia sambil senyum

"Kak Sara tak berlatih ke pedang hari ni?"
Tanya seorang budak perempuan di sebelahnya..

"Sara?? Nama saya Nadialah.."jawab Nadia sambil hairan..

"Apa kau mengarut tu??" tanya seorang perempuan yang memakai jubah serba putih seperti Nadia.. Kanak kanak tadi berlari ketempat lain setelah melihat perempuan itu..

"Aku ni siapa? Ni tempat apa? Kau siapa?" tanya Nadia bertubi tubi..

Perempuan tersebut membuka sarung kepalanya dan menunjukkan muka sebenarnya.. Nadia sangat terkejut kerana gadis tersebut memiliki muka yang hampir mirip dengan dia tapi yang membezakan mereka ialah warna anak mata dan warna rambut. Warna anak mata gadis tersebut berwarna kelabu dan rambut yang berwarna putih serta di ikat tocang. Hampir terlupa, gadis tersebut memiliki tahi lalat di bahagian atas mulut.

"Kuat jugakan budak budak tu baling batu
kat kepala kaukan. Emm.. nama kau Sara,
ni kampung cempaka dan aku kawan baik
kau, Alice. Dah ingat ke cik adik
oii" jawab Alice dengan tenang sambil diikuti gelak tawa yang kecil. Nadia baru teringat kata kata pakcik tadi.. Jadi betul la semua yang dia cakap..

"Oo.. Hehe ingat ingat.." jawab Nadia sambil berpura pura mengangguk anggukkan kepalanya seperti dia ingat.
Alice menarik tangan Nadia menuju ke dalam hutan.

"Kita nak ke mana?" tanya Nadia
"Kita nak selesaikan misi kita.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience