BAB 5 ZOMBIE & THE GENG

Fantasy Completed 3721

"Kau rasa istana tu kat mana?..Nadia" tanya Alice sambil mencuba menyebut nama 'Nadia'

"Emm.. Diorang tak suka cahaya. Lepastu
tentera Violet yang kita jumpa haritu
tengkorak. Baunye pun bau mayat. Kau
fikir tak apa aku fikir?" soal Nadia sambil melemparkan senyuman kepada Alice.

Alice mengangguk dan melemparkan senyuman kepada Nadia pula.

"Tapak perkuburan!" jawab serentak Alice dan Nadia.

"Jadi. Apa kita tunggu lagi! Jomlah!" jerit Alice dengan bersemangat dan mula menerbangkan penyapu ajaibnya.

Nadia hanya tersenyum dan mengikut jejak Alice. Setelah setengah jam berlalu, mereka telah tiba ke tapak perkuburan. Susana di sana sangat berkabus dan gelap. Tempat tersebut juga agak menakutkan.

Nadia dan Alice saling berpandangan dan kemudian mereka membuka pagar yang menghalang jalan mereka untuk ke sana. Selepas sahaja pagar dibuka, mereka berdua sudah terlihat istana...

"Istana Gelap!" jerit mereka berdua dan tiba tiba berbunyi petir.

??????

"Ahh! Tak guna punya budak! Kau kasih
makan apa tu budak budak tu sampai
diorang tahu tempat persembunyian aku
hah!" jerit Violet di depan muka adiknya, Raja Vanes yang sedang diikat di tiang.

"Huh? Ni ke yang kau cakap tempat
persembunyian kau? Hahaha! Kau yang
bodoh sebenarnya!" balas Raja Vaness.

"Berani kau!" kata Violet sambil menampar muka Raja Vaness.

"Kenapa? Salah ke apa yang aku cakap
tadi?" kata Raja Vaness sambil tersenyum dengan mulut yang luka kerana terkena kuku Violet semasa di tampar tadi.

"Hahahaha! Cakap jelah apa yang kau
nak cakap. Aku akan korbankan kau
tepat jam 12 malam semasa bulan
mengambang! Hahhha! Masa itu, tiada
siapa yang dapat tandingi aku! Hampir
terlupa. Rakyat, pengawal dan dua orang
budak tu aku akan sihir dorang semua
untuk jadikan hamba aku yang taat.
Hahaha!" kata Violet sambil mengeluarkan ketawa jahat.

"Tak guna! Jangan sentuh orang aku!" jerit Raja Vaness.

"Maafkan saya, adik..hahahah" kata Violet sambil berjalan mendekati bola kristalnya dan menyebut.

" keluarkan tentera mayat hidup aku
dan musnahkan orang yang
mengganggu kerja aku!" kata Violet sambil melirikkan matanya ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 8 malam.

??????

"Ehh.. Kenapa kabus jadi tebal ni?" tanya Nadia sambil mengeluarkan tongkatnya dan menyebut...

"Titunius magnemus!" keluar banyak cahaya daripada tongkat Alice dan membuat bulatan mengelilingi mereka berdua.

"Kejap. Tu apa benda?" soal Alice yang sedang memerhatikan satu kalibat yang berjalan dengan perlahan.

"Zo..zo..zombie and the geng!" jerit Nadia selepas dia ternampak sekumpulan mayat hidup yang menyebut 'otak, otak..'

"Mayat hidup!" jerit Alice pula.
Mayat mayat hidup tersebut makin lama makin ramai da mengerumuni mereka berdua tetapi tidak boleh mendekati mereka kerana ada cahaya yang mengelilingi mereka. Cahaya yang Alice jelmakan makin lama makin malap.

"Apa kita nak buat?" tanya Nadia sambil memegang tangan Alice.

"Kau kata, kau perempuan tukan..?" soal Alice sambil meliarkan mata ke arah mayat hidup tersebut.

Nadia mengangguk dengan cepat dan memegang erat lengan Alice.

"Kalau macam tu.. Kau sebut ni ayat
sebab kalau aku yang sebut tak
menjadi.." kata Alice dengan cemas.
"Apa ayatnya!" jerit Nadia

"Sivius hivius.." jawab Alice.

"Sivius hivius!" jerit Nadia sambil menghalakan tongkatnya ke atas.

Tiba tiba keluar cahaya yang makin lama makin membesar dan mengeluarkan suara yang sangat bingit membuatkan tentera mayat hidup itu menutup telinga dan satu persatu menjadi abu.

Nadia dan Alice saling berpandangan dan dengan cepat menuju ke arah istana yang dipanggil 'Istana Gelap'..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience