BAB 4 BATU BELAH BATU BETANGKUP

Fantasy Completed 3721

"Batu Belah Batu Betangkup! Dia tak
makan orang ke?" tanya Nadia sambil memegang tangan Alice

"Makan.. Dia makan orang yang banyak
tanya macam kau hahahah.." perli Alice untuk menakut nakutkan Nadia.

"Ish kau ni! Betul betul la! Tipu berdosa
tahu tak!" marah Nadia kerana ditakut takutkan seperti budak budak.

"Hahaha.. Menyampah pula aku dengar
ayat kau. Macam budak budak hahah..
yela yela. Dia ni tak makan orang.
Tugasnya membuat ramalan kat dunia
kita. Puas! Hahaha.." kata Alice sambil ketawa terbahak bahak.

"Hahahha! Lucunye.." perli Nadia kepada Alice yang masih ketawa.
Alice berhenti ketawa apabila mendengar ayat Nadia yang menyakitkan hati. Lalu terus bercakap dengan Batu Belah Batu Betangkup.

"Batu Belah, Batu Betangkup! Tolong
ramalkan masa depan dunia kami!" kata Alice dengan kuat
Batu tersebut bergegar dan lama kelamaan membuka mata dan mulut.

"Aku meramalkan dunia ini akan musnah
tetapi ada seorang telah muncul dari
dunia lain yang akan menyelamatkan
kita dari semua bemcana ini!" kata Batu tadi.

"Wahai Batu Belah, Batu Betangkup!
siapakah orang itu?" tanya Alice kepada
Batu Belah Batu Betangkup.

"Aku tak dapat meramalnya! Tetapi
dia ialah seorang perempuan yang
menyamar jadi orang yang kau sangat
kenal!" jawab Batu Belah Batu Betangkup

Tiba tiba angin semakin kuat. Kilat dan guruh mula berdetum kuat. Batu Belah Batu Betangkup mula berubah menjadi asal dan munculnya sosok seorang wanita yang terbang menggunakan penyapu serta berpakaian serba hitam pergi ke arah mereka berdua. Perempuan itu melihat mereka berdua sambil ketawa nyaring sehingga menyakitkan telinga Alice dan Nadia. Alice dengan segera menyalakan tongkat ke arah ahli sihir itu dan menyuruh Nadia kebelangnya.

"Apa yang kau nak hah Violet!" jerit Alice dalam cuaca yang agak kuat.

"Hahahahaha!! Aku datang nak balas
dendamlah bodoh! Hahahaha! Dah tahu
tanya lagi! Hahahahah!" jawab ahli sihir tadi sambil terbang mengelilingi mereka berdua.

"Aku akan datang lagi ke istana besok!
Hahahah! Baik kau bersiap sedia dengan
Raja kau yang lembap tu! Hahahaha!
Selamat tinggal Si Cantik! Hahahah!" kata Violet untuk menyuruh mereka bersiap sedia selepas puas menakutkan mereka berdua. Dia berlalu pergi ke tempat lain.
Kemudian, suasana menjadi seperti sedia kala dan kedengaran burung berkicauan.

"Siapa dia tu! Beraninya dia! Tak padan
dengan tua, ada hati nak lawan dengan
orang empat belas tahun macam kita!" kata Nadia dengan perasaan yang marah.

"Tulah musuh kita. Dia kakak raja kita.
Dia balas dendam sebab sifat yang
cemburu terhadap raja. Ini
disebabkan pemerintahan dunia ini
diserahkan oleh adiknya, Raja Vanes ll."
Terang Alice kepada pertanyaan Nadia.

"Kita dah takde masa. Jom maklumkan
kepada raja tentang ini." cakap Alice sambil menarik tangan Nadia dan menyebutkan..

"Disliminus Alice!"
Tiba tiba muncul penyapu berwarna putih terbang ke arah mereka.

"Sara, cuba kau buat. Ini mentera untuk
memanggil penyapu kau." kata Alice menyuruh Nadia mencuba.

Nadia mengangguk lalu mara ke depan sedikit dan menyebut..
"Disliminus Sara!"

Satu penyapu yang berwarna putih seperti Alice muncul ketempat Nadia.

Mereka berdua naik tetapi yang terbang hanya Alice manakala Nadia masih dibawah.

"Macam mana kau terbangkan ni
penyapu?" tanya Nadia sambil menggarukan kepalanya menandakan hairan.

"Kau kena sapu sapu tu penyapu dengan
perlahan. Lepastu cara nak kawal kan
pergerakkan benda tu, kau kena pakai
fikiran kau. Kalau kau fikir kiri, dia ke kiri.
Kalau kau fikir kanan, dia ke kanan.
Faham tak?"tanya Alice yang sedang terbang dengan penyapu ajaibnya.

Nadia menganggukkan kepala menandakan faham dengan apa yang telah dicakapkan oleh Alice. Dia membuat apa yang Alice suruh dan semuanya berjaya. Dia dapat menyesuaikan diri walaupun dia menggunakan penyapu untuk terbang.

Mereka meneruskan perjalanan ke arah istana. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat istana telah kucar kacir dan dalam keadaan yang agak huru hara.. Semua pengawal istana telah tercedera dan ada yang tidak.

"Mana Raja Vanes?"tanya Nadia kepada pengawal pengawal yang ada di sana.

"Dia dilarikan ke Istana Gelap!" jerit seorang perempuan iaitu pembantu istana sambil menangis.

Mereka berdua saling berpandangan dan membuatkan riak wajah yang risau.

"Istana Gelap tu mesti Istana Violetkan?'' soal Nadia kepada Alice.

"Ya. Betul tu." jawab Alice sambil melihat kekecohan yang jadi.

"Jadi! Apa kita tunggu lagi Alice! Jomlah
kita selamatkan raja." Nadia menarik tangan Alice menandakan dia betul betul mahu lakukan apa yang dia cakap tadi.

"Ada satu masalah.." kata Alice dengan suara yang perlahan.

"Apa masalahnye?" tanya Nadia sambil menengok tepat ke arah wajah Alice.

"Aku sendiri tak tahu kat mana Istana
Gelap tu! Bukan aku je! Semua orang
tak tahu! Kita akan kalah! Dunia kita
musnah! Semuanya berakhir sudah!" jerit Alice sambil menangis teresak esak.

"Kau tak ingat ke ramalan tu?" tanya Nadia

"Kau percaya ke?" tanya Alice sambil air mata yang bergenang.

"Aku percaya! Sebab.." kata kata Nadia terhenti seketika.

"Sebab apa? Sebab kau rasa kita masih
ada harapan ke. Kau tengoklah keada.." belum sempat Alice menghabiskan ayatnya, Nadia mula bersuara.

"Sebab akulah orang tu!" jerit Nadia

"Apa kau maksudkan?" tanya Alice sambil mengelap air matanya.

"Kau ingat tak perempuan yang
dalam ramalan Batu Belah Batu
Betangkup tadi?" soal Nadia dengan suara yang agak gugup.

"Ingat. Kenapa, Sara?" tanya Alice yang semakun rapat dengan Nadia.

"Huh, Sara? Aku pernah cakap yang aku
ni bukan Sarakan. Kau faham apa yang
aku maksudkan? Tanya Nadia sambil memandang tepat ke arah mata Alice.

"Tak mungkin!" jerit Alice sambil menghalakan pandangan ke arah lain.

"Ya! Apa yang kau fikirkan itu semua
benar!" jerit Alice

"Jadi mana Sara?" tanya Alice dengan hairan.

"Aku tak tahu!" jerit Nadia.

"Macam mana kau datang sini? Kau dari
mana? Jadi betullah nama kau Nadiakan?
Kau juga..." tanya Alice dengan bertubi tubi. Tetapi Nadia mula bersuara selepas beberapa saat mendiam.

"Kita dah takde masa ni. Takkan kau nak
tunggu kat sini dan tengok perlahan lahan
dunia ni hancur. Kau sepatutnya kena
berani. Kau bukan orang biasa. Kau ialah
ahli sihir! Kau tahu tak! Jadi jom cari
dimana Istana Gelap tu!" jerit Nadia kepada Alice.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience