BAB 1

Humor Completed 6886

Dia memandang mamanya dengan pandangan jijik. Puan Zaiton tersengih. Laju ditarik kertas yang dipegang Ayla.

‘’Seriuslah mama? Ni macam buku biodata budak darjah enam je?’’

Nama : Adi Ruslan Bin Ahmad Shariff

Umur : 25 tahun

No telefon : 012-3456789

Pekerjaan : Jurutera Minyak Petrol Kereta

Tarikh lahir : 26 Februari 1988

Asal : Kampung Baru, Kuala Lumpur

Makanan kegemaran : Nasi, sambal belacan, kadang kadang budu.

Hobi : Berenang, makan, suka tidur, pergi kerja.

Kawan baik : Zariff, Irfan, Maisarah, Zakwan dan lain lain.

Adik beradik : Adi Rashdan, 29, Anis Rashidah, 23, Anis Rafiza, 16, Adi Rushdi, 7, Anis Ruzila, 7.

Kakak ipar : Siti Saliha

Anak buah : Shahril Amri, 3 bulan

p/s : pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap dibalas.. Gedum-gedum tak! (Bunyi dram)

“Amboi siap pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap dibalas??” ujar Ayla pelik.

“Ini biodata lelaki tu. kalau Ayla nak tahu lebih lanjut, Ayla boleh je call no yang dia bagi nie.” ujar Puan Zaiton sambil tersenyum bahagia.

Misinya kali nie adalah untuk menyatukan anak sulungnya dengan lelaki pilihannya. Dan semestinya, misi tersebut perlu Berjaya. Eh kejap, bukan perlu. Wajib. Ya! WAJIB!

“mama, apa nie Ayla tak faham.” Soal Ayla pelik. Dia pantas mencapai begnya untuk naik ke bilik.

“why? Dia pilihan mama.” Jawab Puan Zaiton ringkas. Ayla garu kepala.

“hurm.. mama.. Ayla tahu, mama dah lama hidup sorang. Dah 5 tahun papa pergi. Tapi..mama.. dia tu muda la. Baru 25 tahun. Sebaya Ayla kot. Takkan Ayla nak panggil orang yang sama umur dengan Ayla nie papa?? tak nak la! Geli.” ujar Ayla sambil buat muka. Senyuman Puan Zaiton bertukar dengan pandangan yang pelik pada Ayla.

“Ayla merepek apa nie? sejak bila pulak mama cakap mama nak cari pengganti papa?” soal Puan Zaiton pelik.

“habis nie? apa benda tu?” Ayla pula buat muka pelik. Puan Zaiton ketawa terbahak bahak.

“mama nak bagi kakak kahwin la. Tu pun tak tau.” Balas satu suara. Puan Zaiton mengangguk apabila Ayla memandangnya. Ayla ketap bibir.

“tak nak ar!” ujar Ayla sebelum berlalu. Puan Zaiton memandang anak lelakinya. Zariff hanya jungkit bahu.

“kenapa Ayla tak nak dengan dia?” soal Puan Zaiton perlahan selepas membuka pintu bilik Ayla. Cuba menyelami perasaan sebenar anaknya.

“Ayla dah ada pilihan sendiri ke?”

“tengok la dia tu. Hantar biodata segala. Macam budak budak. Zaman dulu boleh la tulis biodata semua tu. Zaman sekarang mana ada dah. Orang guna fac. Twitter. Instagram semua tu. Lagipun macam budak budak je apa yang di tulis tu.” ujar Ayla selamba.

“budak budak? Mama baca biasa je.” Ayla mengeluh.

“tu la mama. Jurutera apa macam tu. macam budak darjah satu tulis biodata je. Siap dengan pantun dua kerat.” Cebik Ayla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience