BAB 15

Humor Completed 6886

Pintu kafe ditolak. Dia mencari kelibat abangnya.

“kenapa kau nak jumpa aku?” soal Adi kasar. Rashdan pandang adiknya yang seakan tidak terurus. Dia mengeluh berat.

“duduk dulu. Kau nak minum apa? Aku belikan.”

“tak payah. Aku nak cepat.” Jawab Adi pendek. Rashdan menghirup kopi dihadapannya.

“aku tak tahu, dia yang ibu nak jodohkan dengan kau. Kalau aku tahu, mesti aku selesaikan perkara nie cepat. Atau aku cuba halang benda ni dari berlaku.” Rashdan bersuara setelah suasana sepi diantara mereka.

“kau nak buat apa sekarang? Tau tak masalah ni semuanya berpunca daripada kau? Tak cukup ke dengan apa yang pernah kau buat dengan aku dulu? Aku tak sangka long. Kau sanggup buat aku macam ni. Dulu dengan Damia pun sama. Kau punca yang buat dia tinggalkan aku kan?” suara Adi mula meninggi. Dia benar benar marah dengan abangnya. Rashdan diam. Dia mengeluh lagi.

“Damia.” “aku tak ada niat pun yang tu. Dia yang minta tolong aku, supaya buatkan kau fikir yang dia curang. Supaya kau tak sedih bila dia pergi. Dia. Dia Cuma tak nak kau tahu yang dia dah tak lama hidup.” Ujar Rashdan tenang. Bukan kali pertama dia berbicara tentang ini dengan adiknya. Sudah beratus kali dia memberitahu sebabnya. Namun hati lelaki itu masih lagi keras.

“dia tak nak terima hakikat yang Damia dah tinggalkan dia lebih 7 tahun. Sebab tu dia masih salahkan kau dalam hal ni.” Kata kata adiknya Rashidah bermain main dibenaknya. Dia tahu. Sebab itu Adi masih marahkan dia. Tiba tiba Adi bingkas bangun. Rashdan mendongak.

“Aku tak tahu apa yang aku akan buat. Aku dah pernah hilang Damia sekali, dan aku tak nak hilang Ayla untuk kali ni. Aku tak kisah apa pun rancangan kau untuk cuba pisahkan kami, aku tetap takkan kalah dengan kau. Ingat tu.” ujar Adi sebelum berlalu pergi.

*********************

Ayla menghampiri kelibat seseorang yang setia menunggunya dibawah pohon tanah lapang tersebut.

“Ayla ingat lagi tempat ni? Tempat dimana abang pernah lamar Ayla untuk jadi teman wanita abang?” Ayla yang baru berdiri disebelah lelaki itu tersentak. Mana mungkin dia melupakan saat itu. Saat dimana janji dilafazkan dalam hujan renyai renyai? Ayla tunduk.

“abang sentiasa berdoa yang Ayla akan lupakan abang dan mulakan hidup Ayla yang baru. Abang tahu. Abang salah bila tinggalkan Ayla lepas setahun kita couple. Abang Cuma rasa, abang tak boleh jadi yang terbaik untuk Ayla yang terlalu baik untuk abang.”

“tapi abang boleh jadi yang terbaik untuk isteri abang sekarang?” Rashdan mendongak langit.

“sumpah. Abang tak pernah duakan Ayla selama kita bersama. Abang cuba untuk kembali pada Ayla. tapi, abang rasa bersalah sangat. Dan bila abang cuba untuk dekati Alya kembali, kawan-kawan Ayla cakap, Ayla dah ada tunang. Sebab tu. Abang beralah. Abang harap Ayla bahagia dengan tunang Ayla. Masa tu, isteri abang muncul. Dia mengingatkan abang pada Ayla. manja dia, perangai dia.” Ayla hembus nafas. Kuat.

“sudah lah bang. Tak guna cakap benda lama. Ayla dah lupa pun. Biarlah kita hidup macam ni. Abang dengan hidup abang. Ayla dengan hidup Ayla.”

“sebab tu abang nak jumpa Ayla petang ni. Abang nak cakap sesuatu.” Ayla pandang Rashdan.

“cakap apa?” soalnya.

“Ayla tahu kisah teman wanita Adi yang pertama?”

“Syakirah??” soal Ayla kembali. Rashdan menggeleng.

“bukan. Itu yang kedua. Damia yang pertama. Diorang kenal sejak sekolah menengah. Adi memang sayangkan Damia. Dan diorang pernah merancang nak kahwin. Tapi. Ternyata jodoh diorang tak panjang. Damia menghidap kanser hati. Dan sebab tak mahu Adi kecewa bila dia pergi, dan kerana tak tahan tengok dia merayu. Abang terpaksa buat Adi fikir yang Damia tu Cuma mainkan dia. Dan dia dapat tahu perkara sebenar lepas seminggu Damia meninggal. Dia terlalu marahkan abang, sampaikan dia nekad ke luar Negara. Dia cakap pada kami, yang dia nak sambung belajar. Tapi abang tahu. Sebenarnya dia nak lari dari abang. Lari dari kenyataan bahawa Damia tu dah tak ada.”

Ayla diam. “kenapa abang bagitau Ayla semua ni?” soal Ayla. Rashdan hela nafas.

“lima tahun Ayla. Lima tahun. Dia menyepi dari abang. Lari bila abang datang jumpa dia kat sana. Abang tak nak hilang adik abang lagi dah. Lima tahun masa yang dia ambil untuk maafkan abang. Dan dua tahun lepas tu, perkara tu Nampak macam akan terjadi lagi. Percaya cakap abang. Adi memang sayangkan Ayla.”

“Ayla tak tahu bang. Ayla buntu.”

“Ayla kena Tanya hati Ayla sendiri. Sama ada Ayla sayangkan Adi atau tak. Abang tahu, kisah kita dah lama berlalu. Dan abang tak pernah berharap yang Ayla akan ingat lagi kisah kita. Sekarang, Ayla cari bahagia Ayla. Abang tahu, Adi boleh bahagiakan Ayla. Abang percaya pada adik abang.” Ayla hela nafas berat. Dipejamkan matanya. Mencari bayang siapa yang akan muncul. Namun hampa. Yang ada Cuma bayangan hitam.

“abang tak boleh paksa Ayla terima Adi lepas dapat tahu yang dia adik abang. Tapi abang cuba boleh mohon, Ayla ikut kata hati Ayla. Ayla buat apa yang Ayla rasa betul. Sebab abang tak nak Ayla menyesal dengan keputusan ni nanti. Tu je yang abang boleh cakap.” Ujar Rashdan sebelum berlalu pergi meninggalkan Ayla yang masih lagi berdiri dibawah pokok mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience