BAB 5

Humor Completed 6886

Adi memandang bunga yang dipegangnya. Dia mengeluh. Kalau bukan kerana ibunya paksa dia bawa bunga ni, jangan harap lah dia nak bawa. Dan kalau bukan sebab paksaan ibunya, tak mungkin juga dia akan berada disini. Di depan pintu kafe berhadapan dengan bangunan Mutiara Holdings. Tiba tiba bahunya dilanggar dari belakang. Dia menoleh malas. Ayla ketap bibir. Dalam tengah kalut, boleh pulak terlanggar mamat yang berdiri depan pintu ni.

“maaf, saya tak sengaja.” Ayla mendongak.

“kau???” ujar mereka berdua serentak.

Ayla mendengus. Macam mana mamat mee kari ni boleh ada dekat sini? Ayla pandang kad yang dipegang lelaki dihadapannya. Kad yang tertera no meja kafe yang telah ditempah. Adi memandang kearah benda yang direnung gadis itu.

‘buat apa minah ni pandang kad meja aku?’ detik hatinya. Dan pandangannya terhenti pada kad yang dipegang gadis itu. Kad yang tertera no meja yang sama dengannya. 17. Dia memandang gadis dihadapannya tepat.

“ceh. Minah mee kari rupanya. Patut la ayat macam budak darjah satu.” Ujar Adi perlahan. Dia hanya buat muka tak peduli apabila gadis dihadapannya menjelingnya tajam.

“hah?? Awak tu. pecah kaca pecah gelas. Lepas baca harap dibalas? Macam budak tadika.” Ujar Ayla sambil menunjukkan kertas yang tertera biodata lelaki dihadapannya.

Adi pantas menarik kertas tersebut. Dia ketap bibir baca ayat yang ada diatas kertas tersebut. Dia jeling pada gadis dihadapannya. Ayla memalingkan mukanya kearah lain.

“habis awak?? ulat bulu dalam pasu depan rumah. Lepas baca tolong lah telefon saya. What?? Macam tak pernah belajar buat pantun je.” perli Adi.

Ayla terbeliak. Ulat bulu? Dia capai kertas yang dihulur padanya.

‘ulat bulu? Aku rasa aku tau siapa yang suka pakai pantun ada ulat bulu ni.’ Detik hatinya. Dia memandang lelaki dihadapannya dengan pandangan bengang. Dihentakkan kakinya sebelum berlalu. Adi mendengus.

‘macam budak-budak, nak hentak-hentak kaki. Tah tah memang betul dia yang tulis benda tu.’ detik hatinya. Dia melempar kuat bunga ditangannya ke lantai. Dipijak-pijak bunga itu berulang kali sebelum berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience