BAB 8

Humor Completed 6886

Ayla melangkah perlahan menghampiri pintu utama bangunan pejabatnya. Dia hanya tersengih pada pak guard yang memandangnya pelik. Menyorok belakang dinding kaca bersebelahan pintu. Lagak bagai tiada siapa boleh memerhatikannya dari luar bangunan. Dari jauh, kelihatan kelibat seorang lelaki sedang bersandar diluar kereta Lancer putih, betul betul dihadapan bangunan pejabat. Adi memerhati jam ditangannya. Hampir menginjak ke pukul 6, dan bayang anak kawan ibunya masih lagi belum muncul. Ayla lihat jam ditangannya.

“dah lambat. Aku nak balik.” Ujarnya perlahan.

Akhirnya, dia melangkah keluar dengan harapan, lelaki itu tidak perasan kehadirannya. Dia pantas berjalan, namun,tiba tiba dia terasa dirinya diperhatikan. Dia berhenti. Perlahan pandangannya diarahkan pada lelaki yang sedang memeluk tubuh sambil memandangnya tepat. Lelaki itu membuat isyarat jari memanggilnya dengan muka bengang. Perlahan Ayla menghampiri lelaki tersebut. Dia tunduk.

“kau nak pergi mana?” soal Adi. Ayla menggeleng. “dah masuk.” Sambung Adi lagi. Ayla mendongak.

“kau tak payah hantar aku. Aku balik naik tren je. Nanti aku cakap je dengan mama, yang kau jemput aku balik hari ni. Kau pun cakap la dengan ibu kau.” ujar Ayla memujuk. Adi memandangnya tepat.

“tak kisah la apa kau nak cakap dengan mama kau, tapi. Aku tak pernah tipu ibu aku. Masuk dalam kereta. Aku ada hal malam kang.” Adi menuju ke tempat duduk pemandu. Ayla akur. Dia masuk kedalam kereta.

**********

Ayla memandang hensetnya yang tiba tiba berbunyi. Dia buat muka apabila nama Adi yang muncul di skrin.

“dia tak jawab la bu.” Ujar Adi selamba. Dia menyambung kembali kerjanya dengan harapan ibunya akan mengalah dan keluar dari biliknya. Namun kata kata yang muncul dibibir ibunya nyata menghampakan.

“telefon lagi sampai dia jawab. Mungkin dia mandi masa kamu telefon tadi.” Adi pandang ibunya yang sedang buat muka selamba.

“ibu jela telefon. Adi sibuk.” Dia kaget apabila ibunya bertindak merampas henset dari tangannya. Pantas tangan itu mendail no telefon Ayla. dia menghulurkan henset kepada Adi apabila panggilan dijawab.

“kau nak apa?” soal Ayla kasar.

“tak ada apa apa.” Jawab Adi ringkas. Dia mengeluh apabila melihat wajah geram ibunya.

“dah tu. telefon kenapa?”

“err… aku.. aku..” suara Adi mati. Puan Salmah menunjukkan isyarat jari pada tulisan di buku nota yang dipegangnya.

“cakap ni.” Bisik Puan Salmah berulang kali pada Adi.

“tak nak ar!’ bantah Adi. Puan Salmah ketap bibir.

“aduh. Jom tengok wayang.” Ujar Adi. Puan Salmah tersenyum. Ayla terdiam. Hilang nak marah bila lelaki itu tiba tiba ajaknya tengok wayang.

“wajib ke?” suara Ayla mula mengendur.

“tak wajib, tak nak tak apa.” Jawab Adi malas. Dia mengaduh apabila pahanya dicubit.

“wajib!.” Ujar Puan Salmah perlahan.

“weh.wajib.” Ayla mengeluh sebelum bersuara.

“tengok la kalau aku rajin.”

“macam mana?” soal Puan Salmah kalut apabila panggilan dimatikan.

“dia sibuk.” Jawab Adi pendek. “ibu. Ibu tak nak pergi buat sarapan ke?” perli Adi tanpa memandang wajah ibunya.

“hish! aku tahu la.” Adi menyandarkan badannya kekerusi sambil mengeluh apabila ibunya keluar dari bilik. Dia hanya mampu memandang sepi mesej yang diterimanya dari Syakirah.

Ayla melangkah perlahan turun dari biliknya. Terlihat kelibat mamanya yang sedang sibuk menyediakan sarapan. Dia duduk dimeja makan.

“hari ni nak pergi tengok wayang dengan Adi kan?” Ayla yang sedang minum tersedak dengan soalan mamanya.

“mana mama tahu?” Puan Zaiton sengih.

“Cik Salmah telefon tadi. Katanya, anak dia ajak kakak tengok wayang.” Ayla mengangguk. ‘sure wajib pergi ni.’ Detik hatinya.

“kakak sibuk la.” Puan Zaiton yang sedang menggoreng telur pantas berpaling menghadap Ayla. Ayla hanya pura pura buat tidak tahu dengan pandangan ibunya. “okay. Kakak pergi. Dah. Hangit telur tu nanti.” Dia berlalu malas kebilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience