BAB 17

Humor Completed 6886

Sebulan kemudian…

Ayla merenung jalan raya dihadapannya. Mencari kelibat Lancer putih yang setia menantinya setiap kali dia habis kerja. Walaupun dia tidak pernah pedulikan lelaki itu, lelaki itu masih lagi tetap menanti, memerhati langkahnya menuju ke stesen kereta api. Namun hari ini, bayangan lelaki berkereta putih itu tiada. Ayla lihat jam ditangannya. Sudah hampir satu jam setengah dia menjadi penunggu bustop berhadapan pejabatnya. Dia memerhati sekeliling. Namun hampa.

‘ Mungkin dia dah bosan dengan aku yang degil ni.’ Detik hatinya. Dia melangkah pelahan menuju ke stesen. Adi memerhati langkah Ayla dari dalam kereta persona hitam milik ibunya.

“kenapa kau susah sangat nak mengaku yang kau sebenarnya masih lagi cintakan aku? Tinggi sangat ke ego kau?” ujar Adi perlahan. Dia menyembamkan mukanya kestereng.

******

Anas membuka pintu bilik Ayla kasar.

“kak!” panggilnya termengah mengah. Ayla memandangnya sekilas sebelum meneruskan kerjanya.

“kak. Dengar ni. Aku nak cakap something. Adi. Adi.” Tangan Ayla berhenti dari menaip apabila mendengar nama Adi disebut. Dia pandang adiknya Anas yang masih lagi cuba untuk meneutralkan nafasnya.

“aku lalu depan rumah dia masa nak singgah rumah Afiq. Afiq cakap, ada rombongan meminang kat rumah Adi. Aku rasa, Adi tu dah kena pinang la kak.” Ujar Anas bersungguh.

Ayla tersentak. Namun dia cuba untuk mengawal perasaannya. Tangannya menggigil. Hati dia tak usah cakap la. Berdegup macam nak tercampak keluar bila dengar Adi nak kena pinang.

“aku rasa, kalau kau still sayang dengan dia, better kau pergi rumah dia. kau bagitau dia. mungkin dia boleh tolak orang tu. Dengar kata, ibu dia macam dah berkenan dengan perempuan tu.” ujar Anas cuba mengapi-apikan kakaknya.

Dia melangkah hampa apabila melihat reaksi kakaknya yang seperti tidak menghiraukan perkara itu. Puan Zaiton menanti penuh sabar dibawah tangga. Dia ketap bibir apabila melihat wajah sugul Anas. Belum sempat Anas pijak tangga terakhir, tiba tiba dia terasa angin kuat disebelahnya. Diikuti bunyi pintu hadapan dihempas. Dia jungkit bahu pandang ibunya.

“hantu kakak.” Ujarnya selamba. Puan Zaiton senyum. Anas lagi lebar senyumnya. Tapak tangan kanannya dah gatal gatal. Tu tandanya nak dapat motor LC baru dari mamanya.

**********

Adi yang baru pulang dari kedai ternganga melihat gadis yang tiba tiba muncul dihadapan pagar rumahnya. Siap dengan baju tidur ungu dan cardigan hijau. Ayla garu kepalanya yang tak gatal. Dia buntu. Nak cakap apa ni. Dia gigit kuku untuk sembunyikan kegelisahannya. Adi hela nafas.

“kenapa awak datang?” soal Adi sambil tersenyum. Ayla garu kepala lagi. Memikirkan mengapa dia boleh muncul dihadapan rumah Adi pada waktu sebegini.

“awak.. awak..” jarinya teragak agak menunjuk kearah rumah Adi yang penuh dengan tetamu.

“hurm.. kenapa dengan rumah saya?” soal Adi kembali.

“aa.. a.. saya nak balik.” Ujar Ayla tiba tiba. Dia berpaling kekeretanya. Dia berhenti apabila Adi menarik lengannya.

“cakap dulu. Kenapa? Awak takkan tiba tiba datang rumah saya tanpa sebab. Mesti ada apa apa ni.” Teka Adi tenang.

Ayla tunduk memandang baju tidurnya apabila pandangan Adi terarah pada pakaiannya. Lagi memalukan. Selipar yang dipakainya berlainan warna. Dia hanya memandang Adi yang tersenyum.

“kalau awak tak nak bagitau sebab awak datang. Tak apa. Saya nak masuk. Ada orang tunggu.” Adi berlalu sebelum Ayla pantas menarik lengannya supaya berhenti.

“awak jangan terima orang yang masuk minang awak boleh? Saya menyesal setiap hari bila saya cuba paksa hati saya tinggalkan awak. Saya mengaku. Saya sayangkan awak. Hati saya berdebar Cuma bila saya dengan awak je.” ujar Ayla tanpa memandang lelaki dihadapannya.

“minang? Siapa yang kena pinang?” soal Adi pelik.

“awak la.” Jawab Ayla pendek. Dia terkebil-kebil lihat wajah pelik Adi. “bukan ea? Saya salah rumah kot.” Dia melepaskan pegangan tangannya dan cuba berpaling. Dia ketap bibir tahan malu. ‘jaga kau Anas!!’ detik hatinya.

“kejap. Memang ada orang masuk minang, tapi bukan saya. Untuk Syidah. Lagipun, perempuan mana la yang nak masuk minang saya?” soal Adi pelik. Ayla tunduk. Mukanya merah tahan malu. Dia melangkah meninggalkan Adi. Adi pantas berdiri dihadapan pintu kereta Ayla. Menahannya dari pulang.

“awak takut orang masuk minang saya ea?” usik Adi sambil ketawa.

“mana ada.”

“yela tu. kalau tak. Takkan sampai datang rumah saya pakai macam ni? Mesti takut sangat sangat ni.” Ayla pandang bajunya.

“ni fesyen waktu malam la. Awak apa tahu.” Ujar Ayla geram. Adi buat muka mengusik.

“jom. Saya drive.” Ayla hanya memandang Adi yang sudahpun start keretanya.

“jangan risau, hati saya milik budak yang pakai baju tidur ungu dengan selipar lain warna ja.” ujar Adi pada Ayla yang duduk disebelahnya. Ayla tunduk. Memalukan betul.

“Kalau boleh Esok ambil mc. Saya hantar rombongan meminang.” Ayla ternganga.

Akankah mungkin bermulanya episod dunia baru untuk dia bila-bila masa saja bermula hari ini? Entahlah, apa yang pasti saat ini jantungnya berdegup kencang terasa ingin terbang di awan tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience