BAB 9

Humor Completed 6886

“Tak naklah tengok wayang. Entah kenapa aku takde mood ni. Aku malas nak masuk.” Ujar Adi setelah Ayla menutup pintu kereta. Ayla terkejut. “kau nak pergi mana?” soal Adi pada Ayla yang kembali membuka pintu kereta.

“keluar la. Kau kata tak jadi tengok wayang. Aku nak masuk rumah balik la.” Jawab Ayla selamba. Adi mengeluh. Bengap la perempuan ni. Serius bukan taste aku.

“tutup pintu. Kita pergi tempat lain. Aku ada hal sikit.” Ayla akur. Dia menutup kembali pintu. “hish. Lembap betul.” Ujar Adi perlahan. Namun masih lagi dapat didengari Ayla. Ayla cebik mulut.

“sabar Ayla. Sabar. Ingat. Suzuki Swift Suzuki Swift.” Ujar Ayla perlahan sambil menghembuskan nafasnya. Fuh!

Adi menjeling sekilas Ayla yang leka memandang keluar tingkap. Dia tersenyum kerana Berjaya membuat gadis itu marah. Comel sangat!

“kita nak pergi mana?” soal Ayla apabila kereta dinaiki mereka membelok kekawasan perumahan. Dia memerhati sekeliling dengan penuh curiga.

“dah. Keluar.” Ayla hanya memerhati Adi membuka bonet belakang dari dalam kereta. Dia masih lagi tidak berganjak dari kerusi hadapan. Tiba tiba tingkap diketuk. Adi memberi isyarat menyuruhnya keluar. Dia mengekori langkah Adi memasuki banglo dua tingkat tersebut.

“uncle!” jerit satu suara apabila mereka berdua masuk kedalam rumah.

Adi tersenyum. Pantas dia mendukung budak lelaki yang berlari mendapatkan mereka. Dia ketawa apabila budak lelaki itu mencium pipinya berulang kali. Ayla terpaku melihat situasi dihadapannya. Lelaki yang sering berlagak garang dengannya, ketawa apabila berada bersama budak lelaki itu. Dia tunduk apabila Adi menaikkan keningnya. Dia tahu. Lelaki itu perasan akan pandangannya. Ayla pegang dadanya. Serius. Saat ini, hatinya berdebar kuat.

Adi menghulurkan sesuatu pada Ayla. Ayla hanya memandangnya tanpa tindakan. Pantas dia melarikan pandangan matanya apabila mata mereka bertemu.

“tolong simpan dalam handbag kau jap. Aku takut jatuh.” Ayla menyambut huluran kunci tanpa memandang wajah Adi.

“hurm. Kau asal? Sorry kalau aku tak bagi tahu yang aku nak bawa kau datang party birthday anak kawan aku. Aku takut kau tak nak ikut je.” ujar Adi perlahan. Ayla diam. Dipandang lelaki dihadapannya sekilas. Dia mengangguk perlahan.

“uncle. Jom teman Rizqie potong kek.” Pinta anak kawannya manja. Siap ditarik tarik seluarnya. Adi menghulur tangannya. Pantas Rizqie menyambut untuk didukung.

“uncle. Siapa auntie nie?” soal Rizqie sambil memandang Ayla pelik.

Adi senyum. Rizqie mengangguk faham sambil meletakkan jari telunjuk dibibirnya apabila Adi membisikkan sesuatu ditelinganya.

“nanti aku datang. Tunggu sini.” Ujarnya sebelum berlalu meninggalkan Ayla sendirian. Ayla hanya memerhati gelagat Adi dari jauh. Sesekali dia tertunduk apabila Adi turut memandang kearahnya. Dia ketap bibir. Kenapa hati nie berdebar laju sangat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience