BAB 2

Humor Completed 6886

Nama : Ayla Medina Binti Safuan

Umur : 25 tahun

No telefon : 017-9876543

Pekerjaan : Setiausaha Bos

Tarikh lahir : 22 Disember 1988

Asal : Pahang

Makanan kegemaran : mee sup dengan sambal ikan bilis petai.

Hobi : tidur dan makan keropok sambil tengok cerita hantu.

Adik beradik : Anas Zafryil, 16 tahun dan Adam Zariff, 8 tahun

Keriteria : garang, suka marah, kuat merajuk, suka tengok gambar lelaki korea yang hensem, kalau kau tak hensem boleh blah!

Pantun : ulat bulu dalam pasu depan rumah. Lepas baca tolong lah telefon saya. Itupun kalau benar-benar anak jantan.

“apa nie ibu?” soal Adi pelik. Berkali kali dibacanya ayat yang tertulis diatas kertas tesebut. Macam ayat adik kembar dia yang darjah satu tu je. Takkan diorang nie main doctor doctor. Tapi kenapa kertas nie ada dalam bilik dia? atas meja cermin. Dia pantas mendapatkan Anis yang sedang menyiapkan kerja sekolah bersama kembarnya.

“Anis, kan angah dah cakap, kalau main, jangan sepahkan dalam bilik angah. Dah, ambil balik kertas nie.” Adi menghulurkan kertas A4 tersebut kepada adik bongsunya. Anis menyambut dengan muka yang pelik.

“bila kita main dekat dalam bilik angah?’ soalan Anis hanya disambut dengan gelengan kembarnya, Rushdi.

“nama. Ay….Ay…Ayla Medina Binti Safuan??” ujar Anis perlahan. Namun masih didengari Puan Salmah yang berada di meja makan.

“ha! mana Ayla Madhiha??” soal Puan Salmah kalut. Dia pantas mendapatkan Anis yang masih mencuba untuk membaca isi kandungan kertas tersebut. Adi memandang ibunya pelik.

“nie angah punya. Kenapa ada dengan Anis?” soal Puan Salmah hairan. Dia memandang Adi.

“apa pulak angah punya. Diorang punya nie. Ada la tu main apa apa kat bilik angah tadi.” Jawab Adi selamba.

“bukan. Ni ibu letak kat bilik angah tadi. Calon untuk angah.”

“ha??calon?” calon apa??calon pilihanraya??Adi pelik. Puan Salmah mengangguk laju.

“yup! Calon untuk angah. Anak uncle Zakri dengan auntie Zaiton.” Pantas Adi mendapatkan kertas biodata tersebut dari tangan mamanya.

“ni?? perempuan yang buat ayat macam budak darjah satu ni calon isteri angah?” soal Adi tak puas hati. “ulat bulu dalam pasu depan rumah. Lepas baca tolong lah telefon saya??apa benda ni?” soal Adi. Dia buat muka geli baca pantun yang ditulis.

“tapi ibu dah setuju. Siap hantar biodata angah dekat kakak tu lagi.” Ujar Rafiza yang tiba tiba menyampuk.

“biodata??” soal Adi pelik. “biodata apa?”

“biodata angah.” Jawab Rushdi ringkas. Adi memandangnya pelik.

“siapa yang buat??” soal Adi pantas. Dia dapat rasakan aura yang tak enak kat sini. Dan jawapan yang muncul, nyata seperti dugaannya. Dia memandang kearah yang ditunjuk Rafiza. Dia ternganga. Anis mengangkat tangannya tinggi sambil tersengih.

“what??” ujarnya tak percaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience