BAB 11

Humor Completed 6886

Masuk kali ni dah 400 kali mukanya diusap itu belum masuk berkali-kali jugalah dia cuba memejamkan mata. Dia nampak wajah Ayla yang samar samar dilimpahi lampu. Dia mengeluh. Perlahan dia bangun menuju ke katil. Dengan harapan, bayangan itu akan hilang selepas dia bangun dari tidur.

***

“weh.” Panggil Adi sambil menyiku lengan Ayla beberapa kali. Ayla menjeling.

“Apa??” soal Ayla garang. Adi garu kepala.

“sikit sikit garu kepala. Gugur kelemumur tu.” perli Ayla tanpa memandang Adi.

“weh! Aku tak ada kelemumur eh?” marah Adi.

Dia mengejar Ayla yang meninggalkannya. Dia pandang kedua-dua belah bahunya. Mencari kelemumur kalau kalau ada. Dia menepuk bahunya berulang bagi membuang habuk.

‘mana ada kelemumur. Sedap mulut je cakap. Aku shampoo la rambut aku.’ Detik hatinya bengang.

Dia memerhati Ayla yang sedang duduk dibangku menghadap taman permainan dari jauh. Digenggam tangannya mencari kekuatan. Dia perlu luahkan jugak semua tu hari ni. Biar ditolak. Dari dia mengalah sebelum mencuba. Perlahan dihampiri gadis itu.

“aku nak cakap something.” Ayla memandang sekilas lelaki disebelahnya.

“aku rasa aku.. aku…” Adi memandang Ayla yang tenang disebelahnya.

“kau tak rasa apa apa ke?” soal Adi. Ayla memandangnya pelik.

“rasa apa?” soal Ayla kembali.

“kita dah date lebih 50 kali dah ni. Kau.. kau tak rasa something ke bila kita date? Kau tak Nampak aku ke bila kau buat apa apa? Berdebar debar ke??” Ayla menggeleng.

“tak pun.” Ayla diam. ‘mana mungkin aku nak cakap hati nie berdebar bila kau ada dekat?’ Adi mengeluh.

“kenapa? Kau macam tu ke?” soal Ayla menduga. Adi mengangguk perlahan.

“aku jadi berdebar bila kau dekat dengan aku. Kadang kadang aku Nampak kau kat mana mana. Aku Nampak kau ketawa.” Ayla ternganga. “aku rasa aku dah sakit la. Adik aku pun cakap macam tu.” gulp! Ayla telan air liur.

“takkan kau tak rasa macam tu dengan bekas awek kau?” soal Ayla gugup. Adi menggeleng.

“aku rasa biasa je dengan dia. tak ada pun debar debar nie. Dengan orang lain tak ada pun berdebar gini. Dengan kau je.” ujar Adi selamba. “betul ke kau tak rasa apa apa?” soal Adi kembali. Ayla tunduk. Adi mengeluh.

“aku kena buat appointment dengan doctor la macam ni. Takut ada sakit jantung.” Ujarnya sambil memegang dadanya. Sesekali dia memandang Alya sekilas. Menanti tindak balas gadis itu. Akhirnya dia mengalah. Dia dah tak tahan.

“weh, kau still tak boleh tangkap apa yang aku cuba nak bagitau ni ea?” soal Adi bengang. Ayla tersentak. Dia pandang Adi pelik. Adi mengeluh. “aku nak cakap, aku suka kat kau la ngek!” marah Adi.

“kenapa kau marah?” soal Ayla.

“sebab kau tak faham apa aku cakap. Sekarang aku nak Tanya. Aku dah bagitau aku suka kau. Kau suka aku tak??” soal Adi selamba. Masih dalam nada marah. Ayla ketawa.

“tak pernah ada orang marah-marah bila cakap dia suka dekat orang tu.” Dia mengangguk sambil tersengih.

“jom couple. Eh silap. Jom kahwin la terus. Nak??” soal Adi sambil tersengih pandang Ayla yang sudah merah mukanya. Dia mengangguk perlahan.

“suruh la ibu kau masuk minang.” Ujarnya perlahan. yes! Adi genggam penumbuk sambil diangkat keningnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience