BAB 10

Drama Completed 346

“Cuba Nana follow fac Imelda Balchin.

Raihana terkejut.

“Eh, sejak bila abang ada fac?”

“Abang memang tak ada. Pelanggan yang selalu datang beli air kelapa yang beritahu. Bagus katanya. Doktor pakar dalam bab-bab bersalin wanita. Eloklah Nana tengok pula apa katanya.”

Raihana mengangguk. Hari ini dia mempunyai banyak masa terluang. Segera dia membuka telefon pintarnya. Mana tahu, ada petunjuk di situ.

Raihana terpana membaca beberapa tulisan dan nasihat Prof. Imelda. Segera dibaca satu-persatu. Sungguh dia tidak menyangka, banyak ilmu baru yang diperolehinya di situ.

Rupa-rupanya, proses kelahiran manusia jauh berbeza dengan binatang. Oleh sebab itulah manusia dilantik sebagai khalifah di muka bumi. Jahil benar dirinya yang mahu meniru cara binatang melahirkan anak. Lalu menganggap, ini cara melahirkan secara alami dan fitrah?

Rupa-rupanya, menyelamatkan nyawa itu antara objektif Islam yang utama. Jahil benar dia kerana mahu membiarkan dirinya dan anaknya mati tanpa usaha yang sebenar. Lalu menganggap, dirinya pasti ke syurga?

Rupa-rupanya, keinginan yang tinggi untuk ke syurga itu sahaja tidak memadai. Sememangnya dulu dia selalu beranggapan, apa lagi yang perlu dirisaukan jika syurga yang menjadi matlamat utama? Kini dia mendapat jawapannya. Ilmu yang benar atau ilmu yang sesat itulah yang perlu dirisaukan. Jika dia menggunakan ilmu sesat, bagaimana mungkin dia akan sampai ke syurga?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience