BAB 13

Drama Completed 346

“Puan, tahniah sekali lagi!”

Seorang jururawat datang membawa bayi Raihana dalam katil beroda, lalu diletakkan bersebelahan katilnya. Sudah hampir empat jam berlalu sejak anaknya itu dilahirkan. Inilah kali pertama Raihana dan Saleem dapat menatap wajah bayi mereka. Ah, sedang nyenyak tidur!

“Alhamdulillah, bayi sihat. Cuma ada kesan luka sikit di kepala. Biasalah kesan vacuum memang macam tu. Nanti lama-lama akan hilang sendiri. Jangan risau. Anak pertama, ya?”

Jururawat tersenyum ramah.

Raihana dan Saleem mengangguk.

“Baiklah, saya minta diri dulu.”

“Terima kasih!”

Raihana dan Saleem serentak mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang bertugas.

“Terima kasih, Nana.”

Saleem mencium dahi isterinya. Raihana tersenyum lebar.

“Terima kasih juga abang.”

Saleem mengangguk sambil turut tersenyum.

Bayi yang sudah pun dibedung dalam kain putih itu diangkat dengan penuh hati-hati oleh Saleem . Mujurlah bayinya itu masih lena. Dengan suara yang sayu, Saleem mengalunkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri anaknya.

Raihana mengalirkan air mata terharu. Sungguh, Raihana sangat bersyukur kerana masih diberikan peluang oleh Allah untuk hidup. Dulu dia menyangka, inilah titik pengakhiran hidupnya. Mati berjihad ketika bersalin. Rupa-rupanya kini, jihad baru pula yang perlu dipikulnya. Jihad untuk mendidik anak yang pasti dipenuhi dengan cabaran-cabaran yang tersendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience