BAB 6

Drama Completed 346

“Seronokkan bang kelas tadi?”

Saleem hanya tersengih kelat. Dia memandang isterinya sekilas. Isterinya nampak begitu gembira sekali. Yuran kelas bukan murah. Ratusan ringgit sanggup dibelanjakan oleh isterinya itu. Sepertinya tidak berbaloi. Saleem melepaskan keluhan sambil menumpukan perhatian ke arah jalan raya di hadapannya.

Saleem sedang memandu pulang setelah selesai kelas bersama isterinya. Kelas yang mengajar suami isteri cara menghadapi dan menyambut kelahiran secara alami. Daripada apa yang Saleem perhatikan, para peserta terdiri daripada pasangan yang bakal mendapat cahaya mata pertama. Hari ini merupakan kelas terakhir untuk bakal ibu yang sudah mencapai usia kandungan 36 minggu. Hanya tinggal empat minggu lagi sebelum tarikh jangkaan kelahiran bagi bakal ibu.

“Tapi setakat beberapa siri kelas macam ni, abang belum pandai lagi nak sambut anak kita. Kena doktor juga yang tolong.”

Saleem menekan brek perlahan. Lampu merah.

“Tak apa abang. Ini cuma usaha Nana. Sama macam nak berjihad di medan perang, perlu ada persediaan. Bukan redah macam tu saja dan menyerah diri untuk mati.”

“Dah kata memang niat nak mati masa melahirkan anak, buat apa persediaan, datang kelas bayar mahal-mahal?”

“Supaya tak jatuh hukum bunuh diri.”

Saleem ketawa geli hati.

“Kenapa abang ketawa?”

Raihana menjeling suaminya itu sambil berkerut dahi.

“Usaha dengan kelas macam tu dah kira cukup? Atau sekadar helah bunuh diri?!”

Raihana terdiam. Buat pertama kali, kata-kata Saleem bagai menampar dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience