BAB 12

Drama Completed 346

“10 sentimiter! Puan boleh teran sekarang!”

Raihana meneran sekuat hati.

“Sikit lagi, sikit lagi!”

Beberapa orang jururawat bersorak memberikan semangat. Raihana meneran lagi dan lagi, namun dia masih gagal mengeluarkan bayinya.

“Jantung bayi makin lemah. Sediakan vacuum.”

“Baik, sekali lagi puan. Teran! Teran!”

Raihana meneran lagi dengan sekuat hati. Dengan bantuan vacuum, bayinya berjaya dikeluarkan. Tidak lama kemudian, suara nyaring bayi menangis kedengaran.

“Tahniah, Puan! Anak perempuan. Kami bawa dia ke NICU di tingkat 2 kerana kepalanya ada luka vacuum.”

Raihana mengangguk lemah. Saleem yang berada di sisinya pula sudah mengalirkan air mata. Mereka hanya memerhatikan jururawat membawa keluar bayi mereka yang sedang menjerit nyaring daripada bilik bersalin.

“Baik! Sekarang kita nak keluarkan uri pula.”

“Bismillah!”

Uri berjaya dikeluarkan. Jururawat yang bertugas menyimpannya di dalam bekas khas dan menyerahkannya kepada Saleem . Saleem mengucapkan terima kasih.

“Sekarang kita nak jahit ya, puan.” Doktor yang bertugas memberikan makluman.

Risyani mengetap gigi. Badannya bergetar menahan sakit dengan setiap tusukan jarum. Hatinya pula beristighfar dan terus beristighfar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience