BAB 7

Drama Completed 346

“Ya Allah, sesungguhnya aku pohon agar dapat membuat pilihan dengan ilmuMu. Aku pohon kekuatan dengan kudrat kekuasaanMu dan aku pohon kepadaMu sebahagian daripada anugerahMu yang Maha Agung.”

Raihana berdoa perlahan. Hampir setiap malam jika terjaga, Raihana akan menunaikan solat Istikharah. Namun, solat Istikharahnya kali ini dirasakan berlainan dengan yang sebelumnya. Sebelum ini, Raihana begitu yakin dengan pilihannya. Kini, dia benar-benar keliru dan buntu. Adakah dia sedang berhelah untuk membunuh dirinya sendiri? Jika dia mati ketika bersalin di rumah, adakah itu benar-benar akan dihitung sebagai mati syahid? Bagaimana jika bukan?

“Ya Allah, jika Engkau tahu bahawa pilihanku ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat pilihanku ini, maka takdirkanlah ia untukku, mudahkanlah ia untukku dan berkatilah ia untukku. Namun, jika Engkau tahu bahawa pilihanku ini buruk untukku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat pilihanku, maka jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah untukku apa yang terbaik dan redhailah aku.”

Air mata Raihana mengalir laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience