BAB 8

Drama Completed 346

Medan perang!

Raihana terkejut melihat di sini-sana mayat bergelimpangan.

Tiba-tiba kelihatan seorang wanita berpakaian perang menjerit sambil meluru ke arah musuh tanpa sebarang senjata. Dengan mudah wanita itu ditusuk pedang lalu jatuh terlentang.

“Bunuh diri!”

Satu suara bergema.

“Bukankah dia sedang berjihad? Sepatutnya dia mati syahid!”

Suara lain pula kedengaran.

“Tidak. Dia ke sini untuk berbangga. Dia mahu orang menggelarnya wanita yang berani berjihad. Dia mahu orang menganggapnya mati syahid. Sedangkan dia langsung tidak berusaha! Dia ke sini hanya untuk membunuh diri!”

“Malang sungguh! Siapakah namanya?”

“Raihana !”

Raihana terkejut mendengarkan namanya disebut. Tiba-tiba mayat wanita itu bagai berada di hadapan matanya. Terlentang kaku. Wajah mayat itu mirip dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience