BAB 1

Drama Completed 346

“Abang, nanti Nana nak bersalin dalam rumah kita. Abang tolong sambut, ya?”

“Mengandung dan bersalin ni perkara fitrah, bang. Binatang pun akan cari tempat selamat dan terselindung bila nak melahirkan. Nana pun ada naluri semulajadi nak macam tu. Tak nak ramai-ramai kat hospital.”

Setiap kali Raihana menyuarakan hasrat hatinya, Saleem hanya mampu berkerut dahi. Dia tidak tahu apa yang perlu dikata. Belajar pun hanya setakat SPM. Kerjanya setiap hari hanyalah sebagai penjual air tebu dan air kelapa di gerai pusaka ibu dan ayahnya. Tidak seperti isterinya yang memiliki ijazah dan berpendapatan besar.

“Abang tak berani, Nana. Bimbang apa-apa jadi. Baik kita ke hospital.”

Setiap kali Saleem menyuarakan kerisauan dan kegusaran di hatinya, pasti isterinya akan kelihatan marah.

“Abang lelaki, kenalah berani!”

“Baca ni. Video ni pun ada ajar.”

Saleem pula akan terkebil-kebil membaca dan menonton apa yang disuakan oleh isterinya yang tercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience