Chapter 5

Fantasy Series 5351

Sudah seminggu Aqeela menjalankan perang dingin dengannya. Ditanya sepatah dijawabnya sepatah. Ditanya dua patah tetap satu patah perkataan je yang keluar dari mulutnya. Miaa sampai naik buntu dibuatnya.

"Miaa, betul ke Aqeela nak datang? Dah 30 minit kita tunggu ni" Soal Mirza. Mereka berada di kafe mereka sendiri tapi yang lainnya, diorang cuti. Mereka berlakon seolah-olah jadi pelanggan. Alah saja ambik feel.

"Guys sorry lambat" Akhirnya orang yang ditunggu tiba jua. Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Miaa. Takkan sebelah Mirza kut. Itu dah pasti cuma tunggu halal je ehek ehek!

"Yelah. Dah kitaorang panggil kau ni nak tanya something."

Aqeela memandang mereka pelik.

"About what? Nak tanya kenapa aku lambat? Alah weh sorrylah jalan jem" Diberinya alasan klise. Cakaplah jamban tersumbat ke kucing nak beranak ke okeylah juga. Eh, apa aku melalut ni?!

Miaa menggulingkan matanya. Menyampah pulak dengan perangai Aqeela yang satu ni. Mirza hanya diam memerhati mereka berdua.

"Bukan tulah. Aku nak tanya pasal kau tu."

"Aku?" Jari dihalakan pada dirinya. Miaa dan Mirza mengangguk serentak.

Air liur ditelan kasar. "Pasal apa?" Soalnya separa berbisik.

"Kaulah, dah kenapa jalankan perang dingin dengan kitaorang? Kalau merajuk pun tak macam merajuk. Kau tengok sekarang, boleh lepak-lepak cam biasa. Weh, kalau orang merajuk diorang tak buat macam kau tau" Kata Miaa.

Aqeela ketawa canggung. " Hehe. Aku bukan merajuk dengan korang tapi tu ar sejak akhir-akhir ni aku cepat moody. Sorry sebab bagi korang risau."

Miaa dan Mirza memandangnya dengan pandangan "kau. biar. betul?"

Plak!

Bahu Aqeela ditepuk Miaa dengan kuat. Kedengaran Aqeela mengaduh sakit. "Ya Allah! Qeela! Kau dah buat aku risau tahu tak?! Aku ingatkan kau merajuk ke marah dengan aku tapi... haish!" Marah Miaa. Mirza hanya mengangguk menyetujui Miaa.

"Ala geng..sorrylah tapi baguslah korang risaukan aku. Itu maknanya korang concern pasal aku. Auch terharu sis!" Miaa tergelak kuat sebelum ditegur oleh abangnya.

"So ualls...apa plan korang harini? Come on takkan duduk lepak kat kafe je. Bosanlah" Soal Aqeela. Wajah Mirza ditatapnya sebelum menoleh kepada Miaa.

"Well, kitaorang memang dah plan nak buat apa lepas ni tapi kejap lagilah. Kitaorang is penat."

"Oke!" Aqeela memalingkan wajah ke belah kirinya apabila merasakan seseorang memandang and....tepat! Berderau darahnya apabila menangkap mata Mirza yang tepat memandangkan tanpa berkelip.

Terkebil-kebil matanya sambil menahan hatinya daripada jatuh tergolek lalu memasuki belahan jiwa Mirza.

Allahuakbar! Astaghfirullah! Apa yang aku fikir ni?!
Dengan cepat pandangannya dialihkan kepada Miaa dan tettttttt!

Miaa pun tengah asyik menonton sketsa tak berbayar. Miaa memandangnya dengan pandangan gatal dan senyuman yang agak...err menyeramkan.

"Ehem! Ehem!" Deheman yang maha kuat itu mampu menyentakkan Mirza yang elok berhaha dalam drama bersirinya tadi.

"Korang ni dah kenapa?" Memetir suara Aqeela menyoal sahabatnya dan bakal suaminya erk- sahabatnya juga. Sorry tersasul pulak. Dia tersenyum sendiri.

"Kenapa apa? Kau tu yang kitaorang patut tanya, dah kenapa duk menyengeh sorang diri? Sakit?" Annoying dengan Miaa, Aqeela mengambil keputusan untuk beredar ke dapur.

Sementara Aqeela didapur, Miaa mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada abangnya.

"Bang, kau syok kat qeela eh?" Kedua-dua keningnya terangkat sambil memandang kerana wajah abangnya yang bagaikan minta penampar itu.

"Hish, mana ada! Kau ni!" Dengan pantas Mirza menafikan kenyataan itu.

Miaa memang seorang budak girl yang pantang menyerah. Tak akan berundur sebelum berjaya eh tu lagu! Tangan disilangkan ke dada.

"Eh bang! Kau ingat dengan muka mintak penampar kau tu akan buat aku percaya ke? Come on lah, muka kau tu terselit 1001 penipuan yang tersembunyi kot! Macamlah aku percaya!"

"Mana de! Kau jangan pandai-pandai eh reka cite! Aku pang kau jap lagi kang!" Tangannya diangkat tinggi acah-acah ingin menampar adiknya tapi sayang Miaa langsung tidak gentar akan itu. Dengan cepat dia menarik tangan abangnya lalu dipulasnya kuat. Dengan Mirza merintih kesakitan.

Rintihan Mirza itu membabitkan persoalan Aqeela yang sedang berada di dapur. " Ya Allah, apa lagi ni? Takkanlah Miaa pergi bunuh abang dia kot? Ya Allah ya Tuhanku, apalah nasib aku dapat kawan macam diorang ni."

Tanpa menunggu lama dia bergerak ke luar kafe untuk tinjauan. Membulat matanya melihatkan satu sinetron dimana seorang adik sibuk memulas tangan abangnya. Zoom in and out jelas terjadi pada muka Aqeela. Flash, flash!

Dengan pantas dia menghentikan sinetron tersebut.

"Ya tuhan!! Miaa! Astaghfirullahal'azim, kau nak bunuh abang kau ke beb! Yucks jangan begini."

Musnahlah impianku untuk bersama mas Mirza. Dia beristighfar sekali lagi. Miangnya makin menjadi-jadi.

"Banyaklah kau! Ni aku nak cakap something ni!" Pulasan tangan abangnya dilepaskan lalu senyuman jahat dilemparkan kepada abangnya yang masih mengurut tangannya.

Mirza yang sedar akan senyuman jahat itu pantas mengeluarkan renik peluh. Siren kecemasan mula berbunyi di benak fikirannya. Pandangan yang membawa maksud ' Kau bagitau, kau mati ' dilemparkan kepada si adik tapi tu lah si adik tu jenis tak makan saman hanya tersenyum mengejek je.

"Qeela, kau tahu ada orang ni yang suka dekat kau dah lama tapi taknak mengaku" Dua beradik itu berbalas pandangan dengan pandangan yang penuh makna. Aqeela hanya memandang menyampah sahaja dengan mereka tapi kata-kata Miaa itu menggamit perhatiannya.

"Siapa, Miaa?" Tu diaaa, soalan maut dah dikemukakan. Mirza hanya mampu berdoa dan meratapi nasib apabila mendapat seorang adik seperti Miaa.

Miaa tersengih jahat sebelum memuncungkan bibirnya seperti menunjuk kearah sesuatu. Kening Aqeela bertaut kembali.

"Siapa?!"

"Tuu. Kat depan kau tu lah. Yang serupa orang mati bini je eh bila masa abang aku kahwin ni. Eh! Haa tu" Jari dihalakan kearah Mirza yang tersenyum canggung.

"Mana ada! Awak tak payah dengar cakap dia ni, qeela. Suka sangat reka cite" Nafinya.

"Haa tu dia tak mengaku. Alah takpe kalau taknak mengaku sekalipun yang penting i know about your feelings, dude!" Kata Miaa selamba lalu pergi ke port nya meninggalkan Aqeela dan Mirza yang kemerahan bak tomato segar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience