Aqeela yang bercekak pinggang itu dipandang Mia dengan riak tidak bersalah.
"Kau buat apa tadi?" Sehabis lembut Aqeela menuturkan suaranya.
Miaa hanya tersengih. Kedua-duanya digoyangkan ke kanan dan ke kiri.
"Apa?" Dengan berani Miaa menyoal kembali.
Aqeela mengeluh lemah sambil tergeleng-geleng kepalanya. Kepalanya seakan berdenyut-denyut. Pening dengan sikap Miaa.
"Miaa, macam mana buku ni boleh terkoyak dua?" Buku yang berkulit coklat kayu dilayangkan kepada Miaa.
"Hehe, aku tak sengajalah Qeela."
"Kau tahu kan ni buku kesayangan aku?" Miaa mengangguk. Senyuman bersalah terpapar di riak wajahnya. Mata birunya seakan berkilat terang membayangkan tindakan Aqeela nanti.
"Kau nak mintak maaf tak?" Aqeela bertanyakan soalan dengan lemah. Miaa hanya tetap memaparkan barisan giginya. ".... takpelah Miaa. Aku kesana kejap.." Lemah sahaja tutur bicara Aqeela. Dia bukan apa dia kadang-kadang rasa jugak penatnya nak hadap perangai Miaa yang tak berapa matang tu. Dia tetap manusia yang ada perasaan.Tipu jugalah kalau dia tak marah dan terasa dengan perbuatan Miaa. Dia cuma malas nak panjangkan cerita. Tanpa berlengah, dia terus keluar dari kafe, mengambil angin.
Miaa yang terkulat-kulat hanya tersenyum biasa. Entah kenapa perkataan maaf sungguh susah untuk keluar dari mulutnya. Kadang-kadang dia rasa seronok mengusik Aqeela walaupun dia tahu Aqeela rasa annoying dengan dirinya.
Selama dua puluh minit Aqeela berada di luar, dia kembali masuk ke dalam kafe. Wajah tidak bersalah Miaa terpapar di pandangan matanya. Mirza awal-awal lagi sudah inform yang dia tak dapat masuk kerja hari ini. Ada hal katanya.
********
Aqeela yang sudah selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah terus duduk di bucu katil.
Buku yang sudah berbalut dengan banyak pelekat itu ditatapnya kosong. Sesungguhnya kesabaran sudah sampai limit.
Klik!
Terbuka pintu bilik Aqeela. Wajah bersih Miaa terbentang di hadapan mata. Keluhan dilepaskan. Sekarang dia dan Miaa sudah mempunyai bilik masing-masing. Lebih privasi lah sikit.
"Nak apa?"
"Hehe" Tersengih-sengih Miaa macam kerang busuk. Buku yang berbalut di tangan Aqeela itu ditatapnya dengan penuh minat.
Secara perlahan dia menuju ke arah Aqeela yang masih dengan riak kosongnya.
Tanpa amaran, terus dicapainya buku yang berbalut itu lalu dibawa lari ke biliknya. Membulat mata Aqeela melihat.
Dia turut mengejar pergerakan Miaa. Miaa yang berlari cukup pantas itu sempat mengunci pintu biliknya.
TOK! TOK! TOK!
"Miaa bukak pintu ni!" Dengan kuat ketukan dilepas ke arah pintu warna jingga putih itu.
Senyap. sepi.
"Miaa, bagi balik buku aku. Kau nak buat apa hah?!" Kuat suaranya menjerkah di luar pintu itu menunjukkan bahawa dia marah yang teramat.
Miaa yang berada dalam bilik langsung tidak menunjukkan riak takut pada ketukan dan amarah yang sedang terjadi di luar pintu itu.
Buku yang sudah berbentuk sambal belacan itu dibukanya kuat.
Skrap!
Buku itu memang betul-betul sudah tiada rupa buku lagi. Miaa terkedu sebelum melepaskan ketawa kecil. Entah kenapa dia rasa kelakar melihat rupa buku tersebut.
"Hahaha, ni kalau Aqeela nampak buku kesayangan dia hancur cam ni, hahaha mahu dia pun ketawa sama" Miaa masih lagi ketawa.
Klik!
Pintu kembali dibuka. Wajah menyinga Aqeela ditatapnya tanpa rasa gerun. Yelah selama ni Aqeela kalau dia tunjuk muka singa pun bukannya tanda dia betul-betul marah. Sebab tu lah dia berani buat semua ni.
"..Miaa..mana..buku..aku?" Terketar-ketar suara Aqeela mengajukan soalan. Miaa membuat muka sedih sebelum ketawa kuat.
"Nah, maaflah Qeela. Aku tak sengaja, hahaha" Sungguh mudah dikau wahai Damiaa Mikayla menuturkan kata maaf.
Terketar-ketar tangan Aqeela menyambut buku yang sudah tiada rupa lagi itu. Sehelai demi sehelai kertas yang dipenuhi tulisan itu jatuh ke lantai. Matanya merah, air matanya menitis satu persatu semasa dia tunduk mengutip lampiran kertas yang jatuh itu.
Miaa hanya tetap tersenyum. Dia merasakan Aqeela hanya membuat drama air mata sahaja.
Dia mendekati Aqeela. Bahu Aqeela diusapnya lembut.
"Sorrylah Qeela. Aku betul-betul tak sengaja. Haha kau tengok buku tu dah tak macam rupa buku dah. Tapi takpe kalau kau suka sangat buku jenis tu, nanti aku belikan yang sejibik eh sebijik ye" Suara halus Miaa menghentam kuat pendengaran Aqeela. Wajahnya diangkat.
Air matanya turun mengalir berserta mata yang merah saga. Wajahnya menyinga memandang Miaa. Dengan kuat badan Miaa ditolaknya jauh daripada tubuhnya. Jatuh terjelepuk Miaa. Miaa terkedu. Dia lantas bangun setelah Aqeela bangkit dari duduknya tadi.
"Kau apahal ni Qeela? Main tolak-menolak pulak! Kan aku dah minta maaf tadi. Kalau kau sayang sangat buku buruk tu aku boleh beli yang seribu kali lebih mahal lah!" Kuat suara Miaa memetir namun satu tamparan yang maha kuat mampu membuatnya tergamam.
Miaa memandang Aqeela. Aqeela hanya memandang kosong dengan tangan yang terketar-ketar.
"k-kenapa..?" Soal Miaa yang masih tergamam.
"Kenapa apa?" Pantas Aqeela mencelah. Matanya masih merah. Jika tak diikut yang Miaa ni kawannya dah lama dua tamparan lagi hinggap di muka Miaa itu.
"Kenapa kau tampar aku? Apa salah aku?"
"Apa salah kau?! Cuba kau ulang balik soalan tu?!" Aqeela menjerit kuat di hadapan Miaa yang masih terkedu.
"Kau.. berani tanya apa salah kau? Kau tahu tak tu satu-satunya buku yang aku simpan dari aku kecik lagi?! Kau pun nampak betapa sayangnya aku pada buku tu tapi kau!" Jari yang masih terketar-ketar dihalakan kearah Miaa.
"Manusia keji! Manusia yang sanggup hancurkan buku tu dengan tangan kau!" Aqeela memandang wajah yang dianggapnya lawan.
"Aku cuma bergurau je takkan-" Terhenti percakapan Miaa apabila satu lagi tamparan dihadiahkan kepadanya.
"Bergurau?! Itu ke namanya bergurau hah bodoh?!" Sungguh pertama kali Aqeela mengeluarkan kata-kata kesat hanya disebabkan amarahnya yang tidak dibendung lagi.
"Kau Miaa! Mulai hari ni kau bukan kawan aku dan aku bukan kawan kau!"
Zass!
Pedihnya hati. Hancurnya hati. Ayat itu langsung tidak disangka akan keluar dari mulut Aqeela.
"Aqeela, aku minta maaf. Aku minta maaf sangat-sangat" Matanya dibanjiri mutiara lebat. Tangan Aqeela cuba diraih namun ditepis Aqeela dengan kasar.
"Kau jangan cuba-cuba nak sentuh aku! Dasar musuh!"
Terjurai air mata Miaa. Niatnya yang ingin bergurau menjadi permulaan bagi retakan suatu hubungan persahabatan yang terjalin lamanya.
"Mulai hari ni kau bukan siapa-siapa lagi untuk aku. Kawan aku yang bernama Nur Damiaa Mikayla dah lama mati! I'm quit! Kau boleh cari orang lain untuk tolong kau kat kafe tu."
Dengan cepat Aqeela masuk ke biliknya, mengemas segala barangannya. Dalam masa tiga puluh minit, beg besar diheretnya keluar.
Pintu utama dituju namun dia terhenti apabila mendengar soalan Miaa.
"Kau nak pergi mana? Kau nak tinggalkan aku ke?"
Soalan itu mengundang sebak di hati Aqeela namun dikeraskan hatinya.
"Aku tak duduk dengan orang yang tak hormat orang lain."
Tanpa memandang Aqeela terus melangkah keluar meninggalkan Miaa yang hanya mampu berdiri menatap kepergian sahabat baiknya.
Bagaikan digam kakinya hanya melekat di lantai.
'Kaki, kenapa kau tak nak bergerak?' Marahnya dalam hati.
'Kaki, geraklah! Aku nak tahan sahabat aku!'
Klik!
Sehingga hilang bayang Aqeela, dia hanya terkaku sebelum jatuh terduduk. Hanya raungan yang menjadi melodi malam.
Bersaksikan bulan dan bintang, sebuah persahabatan suci yang terbina lamanya hancur disebabkan sebuah buku.
Atau lebih tepatnya, hilangnya hormat daripada salah satu pihak.
**************
Kenapa Aqeela sayang sangat buku tu? Saksikan di chap yang akan datang. Abaikan typo and keep support!
Share this novel