Chapter 7

Fantasy Series 5351

Kelopak mataku terkebil-kebil memandang kearah pemandangan di hadapan ku ini. Tidak ada perkataan lain yang mampu menggambarkan perasaan ku dikala ini. Rindu. Ya perasaan rindu.

Rumah kayu yang bercorak flora dan fauna ini seperti memainkan satu memori di benak fikiranku tapi tidak kutahu memorinya. Terlalu kabur.

"Eijaz!"

Terhinjut bahuku kerana terkejut. Dada yang masih terasa getaran ku usap. Bayangan yang melanggar diriku tadi aku teliti. seorang budak lelaki. Pakaiannya seperti biasa ku lihat. Berbaju melayu disamakan dengan satu kain panjang berwarna putih. Kain itu menutup habis bahagian lehernya.

"Eijaz, tunggulah!" Suara tadi kembali menjengah sistem pendengaran aku. Seorang lagi budak lelaki. Mereka berpakaian hampir sama. Yang membezakan budak lelaki yang memanggil Eijaz itu mengikat kain panjang tersebut di pinggangnya.

Budak lelaki yang dipanggil Eijaz tersengih sambil memaparkan barisan giginya. Matanya menjadi sedikit kecil apabila tersenyum. Comel!

"Kau tidak akan dapat menangkap ku, Mirza!"

DENGG!

MIRZA?!

Aku tidak salah dengar, kan? Budak lelaki yang dipanggil Eijaz itu menyebut Mirza. Adakah ini hanya kebetulan?

'Mirza' kupandang ragu. Wajahnya memang mirip dengan Mirza, sahabatku. Matanya biru, lesung pipitnya yang dalam ditambah dengan rambut yang hitam berkilat. Sungguh serupa!

"Tunggulah kau, Eijaz! Apabila aku sudah dapat menangkapmu tidak akan ku lepaskan" Jerit Mirza dengan menahan geram. Pipinya dikembungkan sedikit sambil matanya tajam merenung Eijaz yang tertawa.

Jap! Aku tak faham, aku dekat mana sekarang ni? Siapa mereka berdua ni? Siapa Mirza? Kenapa diorang seolah tak nampak pun aku?

"Arkk.." Tiba-tiba dadaku sakit, bagaikan dihempap batu yang besar. Dadaku tercungap-cungap, cuba bernafas dengan betul. Kepalaku mula sakit sambil perlahan-lahan mataku terkatup lalu tubuhku jatuh layu menyembah bumi.

************
"Aqeela, bangun!"

"Arkk..ss..ss sakit" Aqeela tersentak bangun dari tidur yang lena.

Wajah bimbang Miaa terpapar di deria penglihatannya.

"Kau okey tak?" Persoalan yang dituju oleh Miaa bagaikan dibawa angin. Aqeela hanya duduk sambil matanya terpaku di satu sudut.

"Aqeela, aku tanya ni kau okey tak?" Dirinya bagaikan baru sedar dari mimpi apabila tubuhnya digoncang kan beberapa kali. Perlahan tangan Miaa ditepisnya lembut.

"Aku okey. Cuma.. mengigau je" Hurm dia pun tak pasti apa yang dia alami hanya mainan tidur ataupun sebahagian daripada memori silamnya.

Aqeela menghela nafas. Berkerut dahi Miaa sampai kedua-dua keningnya bercantum apabila mendengar keluhan Aqeela. Berat je bunyinya.

Dia duduk di sebelah kanan Aqeela. Bahu sahabatnya ditepuk.

"Kau kalau ada problem, kau boleh luah dekat aku. Jangan pendam seorang diri" Nasihat Miaa. Wajah sugul sahabatnya menerbitkan tanda tanya di benak fikirannya namun pantas ditepis.

'Mimpi dia teruk sangat kut' Hanya ayat itu yang memujuk hatinya agar sentiasa positif.

"Miaa.." Panggil Aqeela.

"Hm?" Tolengan ke sisi menampakkan sepasang mata hijau merenungnya dengan tatapan yang sukar ditafsirkan.

Air liurnya ditelan. Terasa payau tekaknya. Tatapan yang diberikan oleh Aqeela cukup mendebarkan hatinya. Seolah-olah tatapan itu mempunyai maksud yang mendalam.

"Kau, ada sorok apa-apa tak daripada pengetahuan aku?" Soal Aqeela dengan nada yang serius. Entah kenapa dirinya terasa ada sesuatu yang mimpi itu ingin tujukan kepadanya.

Miaa tersenyum canggung. Debar di dada kian terasa. Persoalan yang diajukan kepadanya ibarat muncung pistol yang berada di dahinya. Hanya bersedia menarik picu sahaja.

Begitulah situasinya sekarang. Salah jawab pasti ditembak.

Jarak dijauhkan sedikit dari Aqeela. Jari-jari runcing digenggam erat tanda gementar.

"Aqeela.. kenapa kau tanya aku soalan macam tu?" Akhirnya soalan dibalas soalan. Aqeela hanya mampu memaparkan riak dingin.

Anak mata hijaunya mula bergetar. Sepasang mata biru cerah milik Miaa ditiliknya. Dia pasti ada sesuatu yang lain pada Miaa dan Mirza.
Kedua-duanya terlalu perahsia!

"Jangan balas soalan dengan soalan, Miaa. Jawab soalan aku, ada benda yang kau tak beritahu aku ke selama ni?"

Miaa mula mengambil nafas panjang sebelum memandang wajah jelita yang masih merenungnya.

"Aqeela, aku tak sorokkan apa-apapun daripada pengetahuan kau. Kitakan best friend. Kita kan dah janji takkan rahsiakan apa-apapun. Semuanya kita kongsi bersama. Itukan prinsip kita" Dengan berhati-hati dia menyusun ayat. Dia berharap keraguan yang bertandang di hati Aqeela akan hilang.

Aqeela tampak mengangguk. Mata hijaunya bergetar seperti tadi.

"Ya. Kita dah janji dan aku harap kau masih berpegang pada prinsip tu. Kalau aku dapat tahu ada perkara besar yang kau dan Mirza cuba sorokkan. I'm sorry maybe aku takkan jadi Aqeela yang kau kenal sekarang ni" Ayat yang ditutur perlahan itu bagaikan satu amaran dan peringatan bagi Miaa. Dadanya yang berombak kencang cuba ditahan. Perasaan risau dan takut mula menjadi satu.

" Kau jangan risau, qeela. Aku masih tahu menunaikan janji. Hm takpelah aku nak kemas dapur sekejap. Bersepah sikit tu. Aku keluar dulu" Bunyi pintu ditutup disusuli dengan kehilangan kelibat Miaa.

Dengan perlahan, Aqeela menghembus nafas berat. Yang teramat berat.

'Aku tahu ada yang kau tak beritahu aku Miaa. Aku dah kenal kau lama, dari kecil lagi. Aku dah boleh baca pergerakan dan mata kau. Kau menipu. Kenapa kau menipu? Apa yang kau sorokkan dari aku? Siapa kau dan Mirza sebenarnya? Apa yang korang cuba buat ni?' Luahan ini hanya dapat dia luahkan didalam hati sahaja.

********

Assalamualaikum maaf geng lama menyepi. Bab kali ni pendek sampai sini je sebab point yang pertamanya saya nak ketengahkan situasi dimana Aqeela mula curiga so saya start dari bab ni je dulu.

Sorry kalau lama saya off di novelplus mahupun . Sekarang ni banyak ujian-ujian yang sekolah anjurkan seperti peperiksaan. Jadi saya kena banyak ulang kaji. Tak lupa juga dengan kokurikulum, sukan & permainan yang mula bergiat semula. Maklumlah kita kan dalam fasa endemik.

So how this chapter? Leave your comment in the comment section. If you dont mind, you can share your opinion there.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience